TANYA PADA
HISHAMUDDIN SIAPA DALANG PERTAHAN PPSMI….
ISU PPSMI semakin hangat sekarang.
Pada 7 Mac lalu perarakan raksasa 100,000 orang ke Istana Negara
adalah manifestasi bantahan rakyat terhadap dasar yang akan merugikan bahasa
dan bangsa Melayu dalam tempoh jangka panjang. Kepupusan tulisan jawi berlaku
selama 30 tahun selepas dihapuskan pembelajaran tulisan itu di
sekolah-sekolah. Maka perkara yang
sama akan berlaku kepada bahasa Melayu dalam jangka masa 30 tahun lagi.
Ramai pihak yang menentang dan yang paling lantang ialah Gerakan
Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof, Dr.
Shahrir Mat Zin dan SN Datuk A. Samad Said.
Salah sebuah pertubuhan yang membantah PPSMI ialah Persatuan Pengamal
Pendidik Malaysia (PPPM/Pendidik) yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka
yang memiliki tauliah dan kelayakan ikhtisas dalam bidang pendidikan sama ada yang sedang
berkhidmat atau yang sudah bersara.
Sehubungan dengan itu SIASAH telah berkesempatan mewancara Presiden
Pendidik baru-baru ini iaitu Dr. Rajiee Hadi.
Dr. Rajiee Hadi adalah mantan Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru
Bahasa Melayu Se-Malaysia (KKGBMS) dari tahun 2000-2005. Beliau sekarang berkhidmat sebagai
pensyarah kanan di salah sebuah universiti di luar negara.
|
|
SIASAH
|
Apakah pendirian Persatuan
Pendidik dalam isu PPSMI?
|
DR. RAJIEE
|
Persatuan kami berdiri teguh dan
menyokong penuh GMP yang gigih memperjuangkan supaya PPSMI dihapuskan. Kita mahu kembalikan pengajaran dan pembelajaran
sains dan matematik dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Ketika menjadi Presiden Kesatuan
Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia
( KKGBMS) dahulu, pernahkah kesatuan ini dipanggil untuk membincangkan
isu PPSMI ini?
KKGBMS ialah
sebuah kesatuan sekerja yang mewakili golongan guru. Ianya macam sebuah badan pemikir dalam Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ketika itu.
Berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah-sekolah
dibincangkan dalam Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPM ini. Mengenai PPSMI, seingat saya pernah iaitu
pada tahun 2002. Pada tahun itu, Dr.
Mahathir telah membangkitkan betapa ramainya pegawai diplomatik (PTD) dan
pelajar universiti tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Dr. Mahathir tidak senang dengan keadaan
itu dan mencadangkan supaya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan matematik.
Kami dipanggil
dalam suatu taklimat bagi membicangkan isu PPSMI ini. Pada taklimat itu Ketua Pengarah Pendidikan ketika itu
(sekarang Kementerian Pelajaran) Allahyarham Tan Sri Mohd, Rafie Mahat
memberitahu bahawa PPSMI merupakan projek percubaan atau perintis selama lima
tahun. Sekiranya tidak berjaya maka projek
ini akan dibatalkan. Juster, tiada perbincangan serius. Mungkin kerana ianya
hanya percubaan. Ia serupa dengan
projek Sekolah Bestari.
Selama 6 tahun,
projek ini ternyata gagal maka kerajaan harus membatalkannya tanpa bersusah
payah mengadakan perbincangan meja bulat.
Akan tetapi
kami dapat merasakan bahawa taklimat itu hanya sebagai memenuhi proses
pengurusan dan pentadbiran
sahaja. Saya dapat merasakan
keputusan sudah diambil untuk melaksanakan PPSMI ini. Pada awal tahun 2002, ketika Kongres Pendidikan
Melayu diadakakan, borang-borang kaji selidik sudah diedarkan kepada para
peserta. Kesatuan kami membantah
pelaksanaan projek ini kerana akan menghadapi permasalahan kekurangan
guru-guru yang mahir dan terlatih dalam bahasa Inggeris dan dari aspek ilmu
psikolinguistik cara ini bertentangan.
|
Pengarah-pengarah Pendidikan yang lain
tidak membantah?
|
|
Saya percaya
ramai yang tidak bersetuju termasuk Ketua Pengarah DBP. Oleh kerana mereka ini pegawai kerajaan
yang mesti patuh kepada kerajaan dan tertakluk di bawah General Order maka mereka
tidak ada keberanian untuk menyuarakan bantahan secara jelas.
|
|
Apakah diundang golongan akademik, ahli
bahasa dan persatuan-persatuan penulis seperti GAPENA dalam perbincangan ini?
|
|
Pada taklimat
itu tidak ada seorang pun golongan akademik, ahli bahasa dan GAPENA. Mereka tidak dipanggil kerana mungkin
mereka bukan Ahli Majlis Permuafakatan
KPM ini.
|
|
Adakah selepas taklimat itu mereka
dipanggil?
|
|
Seingat saya
tidak ada. Itulah taklimat pertama dan
terakhir. Isu sesi taklimat bukan sesi
perbincangan atau percambahan pendapat.
Sebab itu saya yakin keputusan sudah dibuat terlebih dahulu. Saya tidak ingat ada apa-apa sesi
perbincangan pun sebelum dilaksanakan PPSMI ini pada tahun 2003. Mungkin pihak atasan, saya tidak tahu. Tetapi kalau pihak atasan takkan berani
mereka menyuarakan bantahan. PM
sendiri sudah mula melaksanakan dasar itu.
|
|
Jadi, jelas bantahan sudah dibuat pada
peringkat awal lagi dan tidak pernah diadakan perbincangan dengan para
akademik, ahli bahasa dan persatuan penulis?
|
|
Ya! Tidak
ada. Tidak payah pun susah-susah
hendak diadakan persidangan meja bulat bagi melaksanakan PPSMI ini. Sekarang ini entah berapa banyak
persidangan meja bulat diadakan bagi mengkaji keberkesanan projek PPSMI
ini. Saya rasa membuang masa sahaja. Daripada kajian para akademik, professor dalam
bidang matematik, bahasa dan pendidikan
seperti Prof. Dr. Shahrir Mat Zain, Prof. Abdullah Hassan dan beberapa orang
lagi profesor dan pensyarah, jelas menunjukkan bahawa PPSMI ini gagal dalam
projek perintisnya. Kalau kajian atau
pendapat profesor-profesor ini kita tidak percaya, siapa lagi harus kita
percaya? Prof Dr. Shahrir yang pernah belajar di aliran kebangsaan dan
mendapat Ph.Dnya di Australia dalam bidang matematik tentu sedia arif. Maaf,
kalau hendak dibandingkan dengan Menteri Pelajaran kita, pendapat siapa harus
kita terima?
|
|
Tidak timbullah isu ini tetapi baru ditimbulkan sekarang pula?
|
|
Perkara ini
sudah dibangkitkan pada 2002 lagi.
Selepas itu ada suara-suara bantahan daripada pejuang-pejuang bahasa,
persatuan-persatuan penulis dan orang Melayu.
Bahkan seminar, kongres dan memorandum turut diserahkan kepada pihak
berkuasa. Mungkin suara-suara mereka
tidak selantang sekarang kerana pada masa
itu masih lagi dalam
percubaan. Tetapi sekarang sudah 6 tahun,
jelas projek ini gagal.Hapuskan sahajalah.
Tidak payah lagi nak diadakan meja bulat. Menteri ada kuasa
membatalkannya. Lebih lama dibiarkan,
akan lebih rumit dan parah lagi.
|
|
Bagaimana pandangan Dr. terhadap saranan PM
minta Menteri Pelajaran atasi segera kemelut ini bagi mengelakkan tercetus
masalah yang lebih besar lagi?
|
|
Ini satu
perkembangan yang baik. Ada nada
positif dalam saranannya itu. Dalam bahasa politik, ianya suatu bayangan
bahawa PM memberi arahan kepada Menteri Pelajaran supaya PPSMI ini dihapuskan
segera. Mungkin saya salah, tetapi itu
bacaan saya.
BN khususnya UMNO mesti mengambil
berat isu ini kerana orang Melayu suda
mula marah pada kerajaan yang semacam bersikap sambil lewa menangani isu
ini. Kekalahan BN/UMNO dalam pilihan
raya umum tahun 2008 diikuti oleh pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan
Kuala Terengganu adalah juga disebabkan oleh isu ini. Kalau UMNO mahu sokongan Melayu semula, hak
dan bahasa kepunyaan orang Melayu ini hendaklah dikembalikan . ingat. SN A. Samad Said juga telah
menyarankan, jika PPSMI tidak dimansuhkan, beliau telah meminta pengundi
menggunakan kuasa undi mereka dalam mana-mana pilihan raya. Suara Pak Samad tidak boleh
diremehkan. Pengaruh beliau sudah
menular di kalangan rakyat terutama orang Melayu.
Tetapi saya kira isu ini dapat
diselesaikan segera kalau PM sendiri mengambil keputusan menghapuskan PPSMI
ini. PM juga semacam tidak ada political will dalam menyelesaikan isu
ini. PM mesti ada keberanian, kerana
projek ini hanya percubaan. Tetapi
sekarang ianya mahu terus dikekalkan pula.
Pasti ada dalang di sebalik usaha meneruskan PPSMI ini. Jikalau Hishamuddin tanya siapa dalang di
sebalik GMP, maka kita juga boleh bertanya siapakah dalang di sebalik usaha
mahukan PPSMI ini?
Apakah
impaknya daripada perhimpunan dan perarakan ajuran GMP pada 7 Mac lalu?
Oh! Impaknya
besar sekali. Jika tidak ada
perhimpunan dan perarakan yang dihadiri lebih 50,000 orang itu, tentu
sekalali PM tidak respons dalam masa beberapa jam sahaja pada hari yang
sama. Diikuti pula reaksi daripada
pelbagai pemimpin UMNO dan menteri, sama ada positif atau negatif, tidak
kiralah. Yang jelas ianya mendapat
perhatian segera daripada mereka . Seandainya diadakan setakat kongres, seminar,
penyerahan memorandum dan laporan polis sahaja, tidak akan memberi
bekas. Perhimpunan itu adalah
menifestasi rakyat membantah terhadap PPSMI.
Itu suara rakyat, itu petanda kemusnahan BN/UMNO terserahlah kepada
rakyat memikirkannya.
|
|
Tapi, pada perhimpunan itu kemuncaknya
adalah penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong?
|
|
Benar…tetapi
itu adalah simbolik sahaja. Jikalau
penyerahan memorandum itu dilakukan oleh 7 orang wakil GMP sekalipun,
impaknya menjadi berita besar, kerana penyerahan memorandum telah biasa
dilakukan. Tetapi perhimpunan dan
perarakan itulah menunjukkan betapa rakyat sudah mual, jemu, bosan malah
marah terhadap sikap sambil lewa Menteri Pelajaran. Sekiranya setakat perhimpunan dalam kawasan
Masjid Negara sahaja, tanpa perarakan ke Istana Negara, impaknya juga tidak
sama. Yang menjadi berita besar ialah
perarakan itu dan serangan gas pemedih mata oleh anggota polis simpanan
persekutuan (FRU).
Bagaimana
dengan tuduhan Hishamuddin bahawa GMP didalangi oleh parti pembangkang. Apa
pandangan Dr.?
Saya bersetuju
dengan padangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi GMP bahawa jika ada dalang,
tentu ada boneka seperti wayang kulit.
Dalang dalam wayang kulit bersembunyi di sebalik tabir. Tetapi pemimpin parti pembangkang seperi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan yang lain-lain turut
bersama-sama memperjuangkan isu ini secara terang-terangan. Itu bukan dalang namanya. Ada ketelusan dan keikhlasan. Mereka tidak sembunyi di sebalik tabir. Datuk Hassan Ahmad seorang ilmuwan dan
cendekiawan, tentu sekali dia tidak mudah dijadikan boneka. Tuduhan itu satu penghinaan kepada Datuk
Hassan. Tidak adillah.
|
|
Apa pandangan Dr. seterusnya berkaitan
dengan dasar PPSMI ini?
|
|
Bagi saya dan
juga Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, PPSMI ini wajar dibatalkan
sahaja dan dikembalikan kepada dasar sebelum ini. Meneruskan dasar PPSMI akan memberi kesan
negatif kepada bahasa dan bangsa Melayu dalam tempoh 30 tahun akan
datang. Buktinya tulisan jawi. Bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa adalah
sebahagian daripada budaya sesuatu bangsa yang membina tamadun bangsa itu.Apa
guna jika kita mempertahankan Melayu dan institusi raja jika kita hilang bahasa
kebangsaan,bahasa rasmi kita sendiri.
Saya teringat kata-kata Tun Syed
Nasir salah seorang pejuang bahasa kebangsaan kita yang unggul dahulu yang
saya ingat pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat April 1969 yang
mana beliau ada menyatakan bahawa ada
sesetengah golongan mengemukakan hujah iaitu lebih baik jurusan sains itu
diajar terus menerus dalam bahasa Inggeris.
Tetapi dalam soal ini hendaklah kita faham sungguh-sungguh, iaitu jika
kita lakukan demikian hanya membawa erti bahawa kita semata-mata mengajar
pengetahuan sahaja, dengan tidak memberi peluang memajukan bahasa Melayu
untuk menjadi bahasa ilmu pengetauan.0leh itu sama-sama kita renung-renungkan
dan dijadikan ikhtibar.
|
(sumber:Wawancara akhbar SIASAH dengan DR
RAJIEE HADI, SIASAH,15-21 Mac 2009/18-24 Rabiuawal 1430,Bilangan 0140)
@ Bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa adalah sebahagian daripada budaya sesuatu bangsa yang membina tamadun bangsa itu.
BalasPadam-
Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.
http://70.32.105.174/node/74436