03 Disember 2012

MAHNESSA



 Masih kuingat lagi  
 Rambutmu mengerebang  manja
 Membasahi pagi mandi
 Wajahmu seri ayu kemerahan
 Lesu bersengkang mata

Buat pertama kali
Rupa-rupanya telah lama
Kauucapkan masa silam
Dan surammu pasrah
Dan terpadam lorong kelam
Terbina monumen  indah yakin

Apabila kita bersatu
Malam syahdu
Dingin asyik dalam resah
Kucintaimu abadi 
Mahnessaku

DARMA KEMBARA
2010