13 Jun 2013

SELAMATKAN INDUSTRI BUKU

BEBERAPA tahun lalu, seorang lelaki kaya di Malaysia membina rumah percutian besar di sebuah tanah tinggi di Pahang

Bagaimanapun, kerana kesibukan dan bagi memastikan kemewahan hidupnya tidak menjadi satu skandal, dia jarang sekali bercuti di rumah itu yang kawasannya disaliri jeram yang cantik. Rumah itu kini agak terbiar.
Ada seorang lelaki terkenal lain pula memilih menggunakan kekayaannya untuk jalan yang lebih bermanfaat.
Dia gemar mengumpul buku, terutama judul-judul yang berkaitan dengan sejarah negara. Tidak lama dulu, dia dikatakan membelanjakan RM3 juta untuk membeli satu kontena buku yang kemudian dimuatkan dalam perpustakaannya.

Industri buku sebenarnya sedang berdepan dengan cabaran yang amat hebat. Lelaki terkenal yang membelanjakan RM3 juta untuk membeli buku itu mungkin seorang dalam 100 juta manusia. Yang ramai ialah kategori orang kaya pertama, yang mungkin mengutamakan rumah besar lebih daripada kekayaan ilmu dan mindanya.

Ada ramai rakyat Malaysia, misalnya, sanggup membeli telefon bimbit berharga RM3,000 sebuah, tetapi mereka tidak akan sekali-kali berbelanja RM1,000 setahun untuk buku-buku walaupun ia diberi pengecualian cukai oleh kerajaan. Itulah nasib buku.

Di Amerika Syarikat beberapa hari lalu, industri buku yang suram, yang margin keuntungannya kian kecil, akhirnya memasuki terowong bisnes yang semakin malap dan gelap.

Borders, sebuah rangkaian kedai buku global yang mempunyai 642 buah kedai di Amerika Syarikat sahaja, telah memfailkan notis perlindungan kebankrapan kerana tidak sanggup lagi menanggung hutangnya yang dilaporkan berjumlah AS$1.29 bilion (RM3.87 bilion).

Pada tahun 2009, bisnes Borders yang menjual buku-buku bahasa Inggeris sudah pun menghadapi masalah di United Kingdom, dan selepas dua tahun, krisis itu kini berjangkit ke Amerika Syarikat dan rangkaian Borders di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada cara untuk memperoleh dana bagi membayar hutangnya, kedai-kedai buku Borders mengadakan jualan menghabiskan stok yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus.

Hutang syarikat itu kepada para pengedar dan penerbit buku yang belum berbayar dianggarkan AS$180 juta (RM540 juta). Jika hutang itu tidak dilangsaikan, para pengedar dan penerbit pula mungkin gulung tikar.
Dunia ilmu dan penyebaran pemikiran sedang berhadapan dengan tekanan hebat daripada keruntuhan bisnes buku seperti yang sedang dilalui oleh Borders. Bisnes ilmu berada dalam krisis. Perlakuan pengguna sudah berubah. Tidak lagi seperti masa lalu, membaca bukan lagi dianggap perlakuan insan-insan yang berjaya.
Antara membeli satu kontena buku berharga RM3 juta dan membina rumah percutian bernilai RM3 juta di tanah tinggi, banyak orang akan memilih simbol kekayaan yang kedua.

Memburukkan lagi keadaan ialah trend baru berkaitan teknologi. Mengikut indeks kajian kesetiaan pengguna antarabangsa, divisyen buku elektronik Kindle yang dipelopori oleh Amazon.com kini memasarkan enam judul buku elektronik bagi setiap sepuluh buah buku fizikal yang dijual oleh gedung beli-belah Internet itu.

Ingatkah kita kepada apa yang berlaku dalam bisnes muzik apabila YouTube dan MP4 menewaskan CD, kaset dan katrij yang suatu ketika dulu pernah menghancurkan era piring hitam?

Tanpa sedar, buku yang menjadi sumber ilmu juga menjadi mangsa kepada pembaharuan teknologi. Lakulah sesuatu sebelum ia dikuburkan. (sumber: Awang Selamat, UM, 13/06/13)




12 Jun 2013

BIODATA DR. RAJIEE HADI

DR. RAJIEE HADI

DR.RAJIEE BIN ABDUL HADI @ DR. RAJIEE HADI, anak jati Muar, Johor (lahir di Kampung Serom 2 Hilir) yang menggunakan nama pena antaranya Rajiee Hadi dan ROHA. Nama-nama samaran lain yang pernah digunakan ialah Guru Bahasa, Pak Ngah,R.H.Roy,Adzie Roha dan Idah Eeijar . Beliau menulis pelbagai genre sastera termasuk puisi, cerpen skrip drama dan novel kanak-kanak.  Beliau juga menulis kertas kerja, resensi,jurnal, esei, rencana dan buku-buku kajian  sosiobudaya,pendidikan,psikologi, kesusasteraan dan kebahasaan.

Beliau pernah dilantik sebagai stringer Berita Harian/Berita Minggu bermula tahun 1980 di Muar, Johor. setelah mendapat bimbingan bengkel daripada Tokoh Wartawan Negara A.Samad lsmail (Allahyarham) dan Ahmad Sebi.Kemudian tahun 1981 menjadi penulis tamu akhbar Warta Tebrau atas undangan  SN A.Samad Said. Karya-karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.  Antaranya Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dian, Jurnal Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Mastika, Al-Islam,Harakah,  Jurnal Pemikir, Jurnal Penulis, Berita Minggu, Mingguan Malaysia,  Bahana (Brunei) , Nino Bagus, Fikiran Rakyat (Indonesia) portal berita Harakahdaily, Malaysiakini dan banyak lagi.

Antara buku-bukunya ialah Antologi Cerpen Perseorangan Tirai Malam (1981, Tra-Tra Publication), dan kumpulan puisi perseorangan Cinta Arafah (2003, Diwangsa Publications & Distributors).


DR. RAJIEE HADI (2010)
Beliau yang aktif dalam beberapa pementasan teater bersama Badan Teater Rakyat Muar (BATERA 1978-1982)  bersama penggiat teater tempatan ketika itu seperti Saparman Bakri, Dzulkarim Daud dan Mahfar Tahir.Di Universiti Pertanian Malaysia,Serdang (UPM) beliau pernah berlakon dalam teater 'Atap Genting,Atap Rumbia' (1985) arahan Aripin Said /Roselina Khir Johari..Di Maktab Perguruan Bahasa,Kuala Lumpur (MPB) beliau terbabit dalam pementasan teater 'Hari Jadi Nona' (1976) dan 'Bayang-Bayang' (1977) di bawah arahan Elias ldris & Khairuddin Wahab. Beliau pernah memenangi hadiah utama, antaranya Sayembara Penulisan Puisi dan Cerpen MPB (1977-kini IPGM Kampus Bahasa Melayu) , Sayembara Penulisan Kreatif UPM, Serdang (1984), Sayembara Penulisan Puisi Sejarah Nasional (1992) dan Sayembara Puisi Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1994) dan Sayembara Puisi Bosnia,1994 (menggunakan nama wanita) dan memenangi tempat pertama hadiah RM3000/-. Beliau juga ialah salah seorang pemenang penama kereta nasional, Proton Saga (1985) yang mendapat hadiah sagu hati bernilai RM3,000/.

Sebagai aktivis bahasa dan sastera serta kemasyarakatan beliau pernah menganggotai Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).  Bergerak cergas sebagai Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia (KKGBMS), Exco Kongres Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KONGRES),  Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Kementerian Pendidikan /Pelajaran Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Kebangsaan (1998-2005). Kini beliau Presiden Pengamal Pendidikan Malaysia (PPPM/PENDIDIK 1999--).

Beliau pernah bertugas sebagai guru penolong terlatih (1978-1995) Kementerian Pelajaran/Pendidikan Malaysia di beberapa buah sekolah harian dan Sekolah Berasrama Penuh di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Di samping itu beliau berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Kolej Anjung Selatan, UNITEN dan UPM Serdang (1998-99).Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PIBG di salah sebuah sekolah menengah agama di Selangor Darul Ehsan.

Dalam kerjaya pendidikan Dr Rajiee Abdul Hadi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme Keguruan,di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme, Maktab Perguruan Islam (kini Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Pendidikan Islam) Bangi, Selangor Darul Ehsan (1995-2005).Beliau juga dilantik oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Ahli Panel Penggubal Soalan M-Test iaitu peperiksaan untuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah di IPBA,Kuala Lumpur (2003).

Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Kolej Perguruan Ugama  Seri Begawan Negara Brunei Darussalam.Semasa di Brunei beliau dilantik menjadi ahli panel penemuduga kemasukan para pelajar baru untuk mengikuti kursus diploma perguruan dan sarjana muda perguruan.Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim bagi Pertandingan Forum Hijrah IPTA Negara Brunei Darussalam 1429H/2008. Beliau kini juga adalah  kolumnis majalah PENDIDIK, penyair, penulis bebas,blogger ('tiubbocor.blogspot.com' 'drrajieehadi.blogspot.com') dan Ketua Pengarah kepada DRH Consultants & Services.


DR RAJIEE HADI: ANTARA KARYA



JURNAL /JOURNAL

1.            Salina dan Langit Petang: Satu Perspektif Bandingan SosioBudaya dan
            Pendidikan Kemanusiaan, Jurnal Penulis, 1994.
2.            Bahasa dan Fikiran : Hubungan Antara Struktur Lahir Dengan Struktur Batin,
           Jurnal Dewan Bahasa , November 1995.
3.            Perlanggaran Dalam Sajak-sajak T.Alias Taib, Jurnal Pemikir, Julai-
           Septemper, 2004.

KAJIAN/ RESEARCH.
1.            Analisis Kesalahan Sintaksis Bahasa Melayu Lisan Murid-Murid Kelas
           Peralihan di Sebuah Sekolah Menengah di Johor.
2.            Kepengarangan T.Alias Taib: Satu Kajian Teksdealisme
3.            Teksdealisme Dalam Puisi-Puisi Malaysia .
4.             
 BUKU/ BOOK
1.            Cinta Arafah,2003.Kuala Lumpur.Diwangsa Publications& Distributors.
2.            Bahasa Melayu SPM, 1995.Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.
3.            Bahasa Melayu PMR, 1993. Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti.
4.            Bahasa Melayu SRP, 1990.Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti.
5.            Daftar Sinonim Antonim dan Kata Kerja KBSM, 1990.Kuala Lumpur.AMK
            Interaksi Sdn. Bhd.
6.            Kesusasteraan Melayu Kertas 2 STPM Sastera Lama.1993.Kuala
            Lumpur.Penerbit Fajar Bakti.
7.            Ulangkaji Kesusateraan MelayuSPM.1990, Petaling Jaya, Kompas
           Publishing.
8.            Pengadilan ( Novel Kanak-kanak),1989. Kuala Lumpur.Pustaka system
           Pelajar.
9.            Senjakala( Ulasan Sastera SPM),1988.Kuala Lumpur.Pustaka Pertiwi Sdn.
           Bhd.
10.          Bunga Gerimis( Kajian Sastera SPM),1988. Kuala Lumpur . Pustaka Yakin
            Pelajar.
11.          Hari Kemerdekaan ( Kajian Sastera SPM)1988.Kuala Lumpur.Pustaka Yakin
            Pelajar.
12.          Hikayat Umar Umaiyah( Kajian Sastera SPM),1988.Kuala Lumpur.Pustaka
           Yakin Pelajar.
13.          Ulasan dan Kajian Teks Bunga Gerimis( Bersama Kamal
            Shukri),1988.Edusystem (M) Sdn. Bhd.
14.          Jika Kau Rindu ( Antologi Puisi Bernama),1988. Kuala Lumpur.Dewan
            Bahasa dan Pustaka.
15.          Bumi Hijau( Antologi Cerpen/Penyelenggara),1990.Shah Alam.Marwillis
            Publisher.
16.          Guru Oh Guru( Antologi Puisi Bersama),1989.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
           dan Pustaka.
17.          Sematan(Antologi Puisi)1985.Kuching.Gabungan Persatuan Penulis Sarawak
18.          Tirai Malam ( Kumpulan Cerpen)1984.Kuala Lumpur.Tra-Tra Publishing &
            Trading.Sdn. Bhd.
19.          Selatan (Antologi Cerpen Bersama)1983.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan
            Pustaka.
20.          Gema membelah Gema(Antologi Puisi Bersama ke-7,8,9).Jawatankuasa Hari
            Puisi Nasional GAPENA.
21.          Sumpah Bahasa (Antologi Puisi Bersama,Penyelenggara Rejab
            F.I),1999.Kuala Lumpur.GAPENA.
22.          Cetera (Antologi Puisi Persama),19xx. Kuala Lumpur. Kelab Sastera DBP.
            Dewan Bahasa dan Pustaka.
23.          Dupa (Antologi Cerpen & Puisi Bersama ).1979. Persatuan Penulis Johor.
24.          Ulangkaji Geografi SRP (198x).(Editor Rajiee Hadi), Penerbit xxx.Kuala
            Lumpur.
25.          Mereka Yang Pergi (Antologi Puisi Perseorangan), stensilan. 1977.Pulau
            Pinang.


Judul
Pengarang
Akhbar
Keluaran
Perkahwinan
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.08.1981
Surina
Rajiee Hadi
Bacaria
20.08.1985
Aidilfitri
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.08.1979
Ibu
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.08.1980
Kongkalikong
Rajiee Hadi
Watan
28.01.1986
Judul
Pengarang
Akhbar
Keluaran
Kalendar
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.01.1982
Hamparan Hijau
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
07.08.1994
Meredah Metropolitan
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
18.12.1994
Pesisir Aidilfitri
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
18.01.1998
Iktikaf Malam
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
26.04.1998
Amison BTN
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
07.06.1998
Sungai Mati
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
06.09.1998
Suatu Perjalanan
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
07.08.1994
Amison BTN
Rajiee Hadi
Watan
01.03.1985
Abahku Sayang
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.02.1983
Kini Rindu
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.05.1982
Dalam Kenangan
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.05.1982
Kini Rindu
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.05.1982
Surat Layang
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.02.1982
Iktibar Zulhijah
Rajiee Hadi
Berita Minggu (Sastera dan Budaya)
15.07.2001
Di Laman Syawal
Rajiee Hadi
Berita Minggu
28.10.2007
Pujangga baru didebat
Rajiee Hadi
Berita Harian
25.07.1994
Monolog Seorang Bukhari
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
26.03.1995
Mendepani Kota Dumai
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
17.05.1998
Empat Puluh Satu
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
23.08.1998
Usaha guru diperlukan
Rajiee Hadi
Berita Harian
15.02.1986
Kekalkan kepimpinan Pena
Rajiee Hadi
Berita Harian
18.06.1994
Di Pusara Ayahanda
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
28.08.1994
Monolog Sang Pejuang
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
01.05.1994
Penyair dan isteri
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
15.07.1982
Sumpah Anak Palestine
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.01.1983
Suara Seorang Pemuisi
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.12.1981
Menjelang Tirai Malam
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1980
Menjelang Tirai Malam
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1980
Warung Sri Serombong
Rajiee Hadi
Warta Terbau
01.01.1982
Warong Sri Serombong
Rajiee Hadi
Warta Terbau
01.01.1982
Lagu Bumi Afgham
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1984
Lagu Bumi Afgham
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1984
Judul
Pengarang
Akhbar
Keluaran
Suaramu Oh Palestin
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1983
Di Ruang Kabus
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
10.02.1991
Getar Penghujung Ogos
Rajiee Hadi
Berita Minggu
17.08.2003
Mendepani Kota Suci
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia (Seni dan Sastera)
17.12.2000
Sebenarnya puisi tidaklah sukar
Rajiee Hadi
Berita Harian
18.10.1990
Tandus drama di jawab
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
25.02.1982
Beri perhatian persoalan sosiobudaya
Rajiee Hadi
Berita Harian
11.10.1990
Pidato Akhir Sang Iblis
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
25.06.1995
Pendedahan Faisal amat berani
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
23.08.1997
Penulis harus mempunyai idea
Rajiee Hadi
Berita Harian
11.04.1991
Wajarkah kelab kritik ditubuhkan
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
19.08.1993
Penulis perlu membina nama
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
02.10.1994
Jangan ketepikan anugerah kritikan
Rajiee Hadi
Berita Harian
18.07.1994
Rumusan BPPM masih samar
Rajiee Hadi
Berita Harian
02.02.1991
Plagiarisme satu jenayah sastera?
Rajiee Hadi
Watan
14.10.1985
GAPENA baru: satu alternatif?
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
23.04.1994
Jamaludin penyair yang periang
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
26.11.1994
Sudirman (Padamnya sebutir mutiara)
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
01.01.1992
Sudirman (Padamnya Sebutir Mutiara)
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
01.03.1992
Suatu Permintaan (Buat Ngumba)
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.02.1982
Gerak segar sastera kampus
Rajiee Hadi
Mingguan Wanita
04.05.1984
Melahirkan kreativiti, persepsi yang tajam
Rajiee Hadi
Berita Harian
14.09.1990
Saat : Sejarah mengalir dalam dirinya
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
17.12.1981
Penyair muda: ke mana haluan mereka?
Rajiee Hadi
Berita Harian
21.11.1983
Kelab sastera DBP terbit Jurnal
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
09.08.1992
Kesimpulan tentang dialek-dialek Melayu
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
10.02.1987
Masalah 'iktiraf' wakil penyair muda
Rajiee Hadi
Berita Harian
03.01.1991
Di Ruang Makan Yang Dingin
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
03.02.1991
Panduan menjawab soalan berbentuk puisi
Rajiee Hadi
Berita Harian
04.10.1990
Anak (Memori 3.9.83)
Rajiee Hadi
Mingguan Wanita
01.10.1983
Gunung Asahan, Kasihku Setia Tertumpah
Rajiee Hadi
Mingguan Tanahair
01.11.1982
Cetusan (Buat Penghuni Kampung Serom)
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.02.1982
Malam Sastera Malaysia di Frankfurt
Rajiee Hadi
Mingguan Watan
30.10.1994
Wujudkan kelab penulis di sekolah
Rajiee Hadi
Berita Harian
22.10.1994
Di Ruang Makan Yang Dingin
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
10.02.1991
Di Ruang Makan Yang Dingin
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
10.02.1991
Muar jadi pusat kegiatan penerbitan
Rajiee Hadi
Berita Minggu
29.07.1984
Lee Keok Chih tidak boleh lari
Rajiee Hadi
Berita Harian
11.10.1990
Catatan manis hari puisi nasional '84
Rajiee Hadi
Berita Minggu
02.09.1984
PPJ perlu bergiat mencari penyair pelapis?
Rajiee Hadi
Berita Minggu
19.05.1985
Siapa layak duduk kerusi Dewan Negara?
Rajiee Hadi
Berita Harian
02.07.1994
Anugerah kali ini milik Abdullah Hussain?
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
07.08.1994
Aripin Said: seorang perasa yang berserah
Rajiee Hadi
Berita Harian
21.06.1990
Tiru boleh ... tetapi bukan terus meniru
Rajiee Hadi
Berita Harian
12.01.1991
Rancangan sastera patut ada di TV
Rajiee Hadi
Mingguan Tanahair
16.12.1982
Ketika Anakku Kutimang (Fragmen sebuah keluarga)
Rajiee Hadi
Mingguan Wanita
01.11.1983
Skop dan panduan BM Kertas 2
Rajiee Hadi
Berita Harian
10.10.1992
Meniti Ke 25 (Memori hari kebangsaan)
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.09.1982
Karya bermutu lebih penting dari nama pena
Rajiee Hadi
Mingguan Perdana
24.03.1985
Dalam kesibukan lahir seruan puteri Gunung Ledang
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
24.12.1981
Di Dunia Permata: pernyataan penyajak pelbagai kaum
Rajiee Hadi
Berita Minggu
27.03.1994
Dilema guru Bahasa Malaysia: Siapa hendak disalahkan?
Rajiee Hadi
Berita Minggu
15.07.1984
Di Sisi Abah (Alfatihah! Kembali pada 25 Ramadan 1414)
Rajiee Hadi
Berita Minggu
18.09.1994
Muar lahirkan banyak tokoh penulis silih berganti sejak dahulu
Rajiee Hadi
Berita Minggu
24.06.1984
Wakil Muar ke pertandingan drama dan tari peringkat negeri
Rajiee Hadi
Berita Minggu
19.10.1980
Penulis Johor dijangka menangi peraduan drama Daerah Muar 10-11 Okt.
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
07.10.1980
Bosnia
Rajiee Abdul Hadi
Mingguan Malaysia
12.11.1992
Menjejaki Hidupmu
Rajiee Abdul Hadi
Berita Minggu
01.04.1992

(Dikemaskinikan :06/06/13)- Masih ada karya yang belum/tercicir untuk direkodkan.