17 Julai 2011

A. SAMAD SAID: SEBUAH CERITA LARA


TINDAKAN polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini berasa amat benci kepada kerajaan.


NONE"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike
Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepatu Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya berasa amat bangga.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.(sumber: disesuaikan daripada wawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw dengan SN. A. Samad Said)
sumber :tiubbocor.blogspot.com

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA: ADUAN KEPADA BAHAGIAN PENGUATKUASA!


AWANG SELAMAT dalam akhbar MM cukup terganggu berhubung dakwaan beberapa NGO wanita bahawa terdapat ratusan pusat urut yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Menurut wakil NGO berkenaan, Profesor Dr. Clara Chee, di kawasan Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut. Apa sudah jadi?

Itu belum menyentuh daerah lain di Selangor. Yang menyakitkan lagi mata terdapat kian banyak premis urut di rumah-rumah kedai taman perumahan. Apa yang kita boleh saksikan itu bercanggah dengan dakwaan kerajaan Selangor bahawa hanya 60 lesen pusat urut dikeluarkan.

Awang sudah lama terpinga-pinga melihat lambakan pusat urut di negeri itu yang seakan mahu menjadi seperti Bangkok. Wanita dan pelacur asing makin ramai bekerja di premis seperti itu, yang sebahagiannya berselindung atas nama pusat refleksologi atau urutan kaki. Ini kejayaan terbesar kerajaan campuran PKR-DAP-Pas. Khabarnya ada pemimpin politik DAP mendalangi banyak operasi rumah urut di Selangor dan cakap-cakap mengenainya berlegar dalam industri.

Yang pasti, lambakan rumah urut menyebabkan NGO dan orang ramai bimbang kerana ia akan memburukkan lagi gejala sosial. Siapa yang membenar dan merangsang persekitaran tersebut jika bukan pentadbiran kerajaan Selangor. Anak-anak kita membesar dengan melihat premis itu di kiri-kanan jalan. Lebih menjadi persoalan mengapa Pas atau satu lagi jolokan yang Awang hendak beri iaitu ‘parti angguk sahaja’ boleh merelakan semua ini berlaku?(sumber: MM,18/7/11).

TB: Anggaplah isu di atas adalah aduan untuk tindakan pihak berkuasa penguatkuasa Jabatan lmigresen dan juga termasuk PDRM dan penguatkuasa PBT. Janganlah menunggu aduan, turunlah ke padang. Berbaktilah demi anak-anak cucu kita pada masa akan datang. Selamatkanlah negara,negeri dan kampung halaman kita. Perangilah rasuah. Anda semua mulakan 'revolusi' kembalikan maruah dan martabat agensi anda. Bertindak segera,lakukan sekarang. 


Bukan setakat di kawasan Pandan lndah bahkan di Subang Jaya,Seri Kembangan, Jinjang, Kepong, dan lain-lain dalam negeri Selangor. lngat bukan sahaja dalam negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Kedah sahaja tetapi dalam negeri tadbiran BN lakukan juga 'serbu' dan perang habis-habisan para pendatang dan pelencong di Negeri Sembilan seperti di Bandar Baru Nilai, Seremban, Seri Petaling, Jalan Kelang Lama, Bukit Bintang di Kuala Lumpur, lpoh,Setiawan Perak, Kulai, Johor Bahru, Sibu dan Miri Sarawak dan seluruh pelosok Malaysia.


Dalam kembara TB ke seluruh pelosok Malaysia tahun lepas, TB akui banyak premis tersebut wujud bagai cendawan selepas hujan. Ayuh, Jabatan lmigresen, bertindaklah. Tugas menanti anda.


Kembalikan maruah integreti jabatan-jabatan anda termasuklah Jabatan Kastam &Eksais DiRaja Malaysia, bertindaklah' selamatkanlah Malaysia! (sumber: Tiubbocor.blogspot.com)