27 Januari 2011

Permata Negara campur urusan kementerian lain






Dr Rajiee Hadi   
DALAM bajet 2011 yang diumumkan Oktober lalu, PM Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini memberi peruntukan sebanyak RM111 juta daripada Perbendaharaan  kepada projek Permata Negara (PN)  2011 yang dipromosikan oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera  dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), alangkah bagusnya mententeramkan jiwa generasi muda agar boleh menumpukan pengajian sepenuhnya tanpa memikirkan masalah kewangan yang boleh menjejaskan prestasi akademik mereka.
Projek PN disasarkan untuk  melatih kanak-kanak yang dikatakan pintar di peringkat prasekolah. Projek ini seolah-olah mempertikaikan atau memperlekehkan program prasekolah yang kini telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Bahkan program prasekolah juga telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat (KPWKM) di bawah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas.
Program PN seolah-olah kelangsungan kelas lompat kanak-kanak pintar yang terpaksa dibatalkan pelaksanaannya setelah projek printisnya menemui kegagalan semasa Najib Razak selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Apakah ini adalah manifestasi kelangsungannya semula?
Projek PN juga memberi impak pada jangka masa panjang. Apa tidaknya, ini melebarkan kelas sosial dalam struktur masyarakat. Walhal Falsafah Pendidikan Negara itu mahu merapatkan segala jurang perbezaan yang mana menuju ke arah perpaduan. Kita tidak mahu projek ini memisahkan dunia kanak-kanak dengan dunia realti sebenarnya.
Bahkan harus diingat; pendidikan itu proses sepanjang hayat. Pintar di tahap permulaan bukanlah bermakna penentu di penghujungnya. Jangan kerana nafsu besar golongan dewasa, anak-anak kecil diajar dengan taraf kelas sosial antara yang kaya dengan miskin, yang di bandar dengan luar bandar, anak-anak menteri dengan anak pembantu am rendah,yang pintar dengan yang lembam dan sebagainya.
Projek PN juga bagaikan mencampuri urusan pendidikan yang sepatutnya di bawah seliaan KPM. Kita tidak mahu kerana campur tangan banyak pihak, anak-anak kecil akan menjadi mangsa perlumbaan, pergelutan dan pergeseran dek politiking pihak atau individu yang berkepentingan.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.
(Sumber : Harakahdaily, 27 Januari 2011)



KOMUNIKASI TUNJANG UTAMA KSSR


Oleh: DR. RAJIEE HADI


 TRANSFORMASI  kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke -21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penandaarasan  dengan kurikulum negara  maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Melalui transformasi kurikulum ini Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 ini.


 Justeru  berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR maka penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR yang antara lain tunjangnya ialah aspek pengukuhan kemahiran komunikasi.


Bagi mengukuhkan kemahiran komunikasi, sandaran adalah berdasarkan teori psikologi pengajaran bahasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) lisan mestilah diutamakan sebelum mengajar aspek kemahiran bacaan dan penulisan. Kemahiran dalam lisan memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa para pelajar. Apatah lagi dari sudut psikolinguistik wujudnya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan simbol tertentu. Kebiasannya simbol ini ialah lambang-lambang pertuturan tertentu yang merupakan perkataan. Maksudnya jika murid tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang luas maka mereka tidak dapat berfikir dengan jelas.

Oleh itu bersandarkan lisan adalah kemahiran asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh murid normal.  Sebelum mempelajari kemahiran membaca dan menulis khususnya murid Tahun Satu di semua sekolah rendah seluruh negara wajar diberikan penekanan utama dalam kemahiran komunikasi lisan KSSR. Sementelahan pula kurikulum ini berpaksikan kepada prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk
semua murid dan berkonsepkan pendidikan seumur hidup.

Dalam komunikasi, penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi menjadi keutamaan guru ketika proses P&P berlangsung dalam bilik darjah. Sehubungan dengan ini guru sewajarnya berupaya menyampaikan isi pelajaran, pengetahuan, idea, maklumat, nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dengan tepat tanpa menimbulkan salah faham, kekeliruan dan kekaburan.Yang nyata, sudah semestinya guru itu menggunakan bahasa yang betul, sesuai dan sempurna tatabahasanya.

Ketika kemahiran lisan difokuskan oleh guru dalam P&P, aspek kemahiran mendengar dan bertutur hendaklah diberikan penekanan utama. Dalam kemahiran mendengar guru hendaklah  sentiasa memastikan apa yang murid faham dan ingat dengan melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Manakala kemahiran bertutur ialah aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada artikulator manusia dan merupakan kemahiran interaksi dalam suasana berbahasa.

Dalam hal ini aspek asas seperti sebutan, tekanan, mora (panjang-pendek),jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa wajar diberikan penekanan oleh guru khususnya guru bahasa. Dalam erti kata lain, aktiviti lisan seperti perbualan, bercerita, lakonan, berpuisi, melaporkan berita, menyanyi, bacaan bersuara/lantang, bercakap berdasarkan gambar, perbincangan adalah aktiviti yang membolehkan murid mengamalkan bahasa dalam bidang komunikasi yang  mana paling hampir dengan kehidupan seharian mereka.

Kesimpulannya aspek komunikasi yang menjadi salah satu tunjang utama KSSR adalah wadah penting dalam transformasi pendidikan ini. Apatah lagi komunikasi ialah proses penyampian maklumat daripada satu pihak kepada satu pihak lain. Keberkesanannya bergantung kepada maklum balas dan seterusnya tindak balas antara guru-murid. Apa yang diharapkan komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah cara berfikir individu terutamanya dalam perlakuan dan tindak-tanduk seseorang. Dengan ini natijahnya  akan memberikan impak positif dan menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif dan dinamik.
(Sumber : Majalah Pendidik , Januari 2011)



24 Januari 2011

BAGAIMANA TANGANI STRES DALAM RUMAH TANGGA


Stres satu tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.  Menurut seorang pelopor teori tekanan Bruno Selye (1970-1980), stres boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku padanya.  Stres boleh berlaku dalam semua aspek kehidupan dan mempunyai kesan positif dan negetif.

            Adakalnya stres membawa kesan yang postif dan individu akan merasa lebih semangat untuk menghadapi kehidupan.  Tidak kurang juga stres yang membawa kesan negetif akan merasa amat tertekan  dan hilang kemampuan untuk berfungsi secara optima.  Stres, jika tidak diuruskan dengan bijak akan menghalang kejayaan diri dan merosakan kebahagiaan sesebuah rumah tangga dan keharmonian sesebuah masyarakat.

            Kehidupan kita di era globalisasi hari ini mengundang  banyak tekanan atau stres.  Tidak ada siapa yang boleh lari secara mutlak daripada mengalami stres  sama ada dari golongan pelajar hingga kepada ibu bapa , suami isteri, pekerja, golongan professional, ushawan , pemimpin dan rakyat jelata.

            Stres adalah istilah yang dikaitkan dengan tekanan, beban konflik, keletihan , ketegangan, perasaan gemuruh, anxitie, kemurungan  dan hilang daya.  Gajala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan  atau sumber yang ada oada dirinya.  Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional.  Pada masa yang sama rimbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri.

DI ANTARA TANDA-TANDA ATAU SIMPTOM MENGALAMI STERSS DALAM RUMAH TANGGA

Simptom dari segi fizikal

            Perasaan gementar, berpeluh, rasa seram sejuk, tangan dan kaki rasa sejuk, sakit kepala atau rasa mual/nak muntah, bernafas laju, kerap buang air kecil/besar, cirit berit, kurang selera makan, gatal-gatal dan masalah penghadaman, sakit-sakit hubungan kelamin suami/isteri contohnya kurang minat melakukan hubungan seksual walaupun pasangan mempunyai hajat.

Simptom dari segi psikologi

            Timbul rasa kebimbangan, perasaan keliru dan kurang daya tumpuan, apabila menghadapi sesuatu masalah serta sukar kawal diri, berlaku perubahan emosi, tekanan  perasan, kekecewaan, mewujudkan permusuhan, rasa tidak berdaya , kurang sabar dan cepat marah walaupun hanya perkara yang kecil, mudah lemah semangat, susah nak tidur, mudah terpengaruh sehingga sanggup mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak untuk menghilangkan stres.

Simptom dari segi gangguan fikiran

            Sukar membuat keputusan dalam rumah tangga, kurang minat terhadap aktiviti harian, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar, sering berfikiran negetif, kurang memberi perhatian , kurang keyakinan diri, hilang tumpuan, menghadapi perasaan bingung, timbul perasaan takut, kecewa dan cepat marah.

Simptom dari segi tingkah laku:

            Bercakap dengan cepat dan kuat walaupun bukan satu keperluan, mudah menguap, suka gigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan jari, letih, hilang selera makan walaupun masalah yang disedikakan sedap dan menyelerakan, menangis tanpa sebab, berperasaan negetif  (mudah tersinggung, terlalu bergantung kepada orang lain, suka memberi komen dan mengkritik orang lain, bertindak secara tidak logik, terlalu beremosi), kurang kecekapan diri (mudah lupa, kurang produktiviti kerja), dan menidakkan keupayaan diri sendiri.

            Tekanan ini memerlukan pasangan suami/isteri untuk menyeimbangi tuntutan perubahan dengan keupayaan yang ada pada dirinya.  Kegagalan untuk mencapai keseimbangan inilah yang akan menyebabkan stres berterusan.  Bila stres berada di peringkat tinggi, seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres seperti di atas. Stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup dalam sesebuah rumah tangga. 

Beberapa saranan untuk mengurangkan stres dalam rumah tangga
Pendekatan mengurus stres:

1.       Pengurusan masa  iaitu perancangan pengurus peribadi ahli kelaurga dan rumah tangga.  Tumpukan perkara betul, ikut keutamaan dan kepentingan.
2.      Mengendalikan dan mengurus kemarahan konflik hubungan interpersonal suami-siteri dan tolak ansur, berinteraksi secara berkesan dengan pihak suami isteri dan anak- anak.  Tunggu situasi tenang semula serta fikrikan bagaimana nak selesaikan masalah dihadapi dengan waras.
3.      Menyediakan stres diari bagi menentukan tahap keseronokan dan kecekapan.  Catat jenis peristiwa, bila dan di mana berlaku, factor tahap cabaran dan punca, analisis dan melakukan pelan tindakan.
4.      Belajar bertenang dan sabar.  Akui adanya konflik, semua pihak perlu memahami keadaan, elakan membesarkan isu serta konflik rumah tangga.
5.      Bersikap positif.  Mempunyai rasa membina diri suami-isteri, ada toleransi, bertenaga dan penuh minat menyelesaikan sebarang konflik rumah tangga.
6.      Nikmati keindahan alam.  Suami dan isteri masing-masing terlalu sibuk bekerja, luangkan sedikit  masa  contohnya di hari minggu untuk bersantai dengan menghayati keindahan alam ciptaan Allah bersama anak-anak atau rakan-rakan di tempat-tempat yang bebas dari kesibukan kota dan kerja.
7.      Bersukan/beriadah.  Bersukan dan bersenam adalah cara yang sangat penting dalam melegakan stres yang terkumpul serta banyak mendatangkan rasa kelegaan dan akan mengukuhkan semangat seseorang untuk meneruskan aktiviti fizikal itu.
8.      Rehat dengan tiduk sejenak (nap).  Tidak sejenak (melelapkan mata) buat seketika dalam lingkungan masa 30-40 menit mampu menyegarkan tubuh dan minda untuk kembali bekerja atau melakukan aktiviti lain seperti membaca majalah, menonton TV dan sebagainya. 
9.      Cuba gembirakan hati dengan ketawa.  Ketawa mampu mengurangkan stres yang membelenggu diri.  Luangkan masa seketika bergurau senda bersama suami/isteri dan anak-anak.
10.  Perlu realistik.  Tidak terlalu optimistik tetapi realistik.  Contohnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan dan akedamik anak-anak.  Tidak salah untuk mensasarkan sesuatu yang tinggi sebagai memotivasikan diri tetapi jangan sampai sasaran yang dibuat tidak berpijak di bumi nyata.
11.  Memulis diari stres setiap hari.  Walaupun agak kurang popular, cara ini akan membantu kita lebih peka akan pertalian pemikiran dan perasaan kita dan seterusnya  dapat memperbaiki bentuk-bentuk  pemikiran dan perasaan yang negatif.
12.  Teknik pernafasan.  Gunakan semua pancaindera untuk menikmati saat itu.  Semakin mendalam tumpuan  kita, maka semakin jauh sesuatu  masalah itu meninggalkan fikrian kita.  Tegangkan otot-otot dan tarik nafas sedalam-dalamnya, tahan pernafasan selama 4 hingga 8 saat (teruksan relaksasi tersebut selama 30 hingga 60 saat).
13.  Positifkan pemikiran.  Amalkan konsep muhasabah  diri sendiri (suami/isteri) dan teliti kembali apa kelebihan dan kekurangan  yang ada pada keluarga anda.  Kenal pasti kelemahan dan atasilah dengan baik.
14.  Mendengar alunan music/ nasyid.  Relaks dengan mendengar muzik-muzik yang bersifat sentimental dan lembut berupaya memberi ketenangan kepada minda.  Contohnya muzik kitaro, nasyid, balada, klasik dan sebagainya.
15.  Ekspresi diri/luahkan apa yang dirasakan.  Jika anda tidak berupaya menanagi stres dengan sendiri suami/isteri tidak dapat membantu , carilah rakan atau kaunselor yang benar-benar dipercayai untuk mendengar segala luahan hati.  Bukan mengharapkan respon atau penyelesaian tetapi sedia mendengar isi hati.
16.  Hubungan seks dengan pasangan.  Kajian menunjukkan hubungan seks dapat mengurangkan perasaan stres pasangan suami/isteri.  Serlahkan kasih-saynag dengan sepenuhnya dan tunjukan minat melakukan hubungan seksual terutama apabila pasangan mempunyai hajat yang tinggi dapat meningkatkan keharmonian dan mengurangkan bebanan stres.
17.  Solat, tadabur Al-Quran, zikir dan doa.  Sebagai seorang muslim, solat , membaca Al-Quran, zikir dan doa merupakan teknik terbaik mengatasi stres.  Amalan berzikir dan membaca Al-Quran merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menenangkan fikiran, emosi dan perasaan yang bercelaru.

Pandangan Islam mengenai stress

            Dalam masyarakat bahtera rumah tangga, suami-isteri kerap mengalami stres yang tidak kurang hebatnya.  Stres negetif dalam rumah tangga akan memalapkan api kemesraan dan mungkin akan memusnahkan perhubungan suami isteri dan anak-anak sekiranya tidak ditangani dengan segera dan berkesan.

(Sumber: Siasah 15-21 Mac 2009)


20 Januari 2011

SIASAH:MEWAWANCARAI DR. RAJIEE HADI ISU PPSMI (Siasah , 15-21 Mac 2009)


TANYA PADA HISHAMUDDIN SIAPA DALANG PERTAHAN PPSMI….


ISU PPSMI semakin hangat sekarang.  Pada 7 Mac lalu perarakan raksasa 100,000 orang ke Istana Negara adalah manifestasi bantahan rakyat terhadap dasar yang akan merugikan bahasa dan bangsa Melayu dalam tempoh jangka panjang. Kepupusan tulisan jawi berlaku selama 30 tahun selepas dihapuskan pembelajaran tulisan itu di sekolah-sekolah.  Maka perkara yang sama akan berlaku kepada bahasa Melayu dalam jangka masa 30 tahun lagi.

Ramai pihak yang menentang dan yang paling lantang ialah Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof, Dr. Shahrir Mat Zin dan SN Datuk A. Samad Said.

Salah sebuah pertubuhan yang membantah PPSMI ialah Persatuan Pengamal Pendidik Malaysia (PPPM/Pendidik) yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang memiliki tauliah dan kelayakan ikhtisas  dalam bidang pendidikan sama ada yang sedang berkhidmat atau yang sudah bersara.  Sehubungan dengan itu SIASAH telah berkesempatan mewancara Presiden Pendidik baru-baru ini iaitu Dr. Rajiee Hadi.

Dr. Rajiee Hadi adalah mantan Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia (KKGBMS) dari tahun 2000-2005.  Beliau sekarang berkhidmat sebagai pensyarah kanan di salah sebuah universiti di luar negara.

SIASAH       
Apakah pendirian  Persatuan Pendidik dalam isu PPSMI?

DR. RAJIEE
Persatuan kami berdiri teguh dan menyokong penuh GMP yang gigih memperjuangkan supaya PPSMI dihapuskan.  Kita mahu kembalikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Ketika menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia  ( KKGBMS) dahulu, pernahkah kesatuan ini dipanggil untuk membincangkan isu PPSMI ini?

KKGBMS ialah sebuah kesatuan sekerja yang mewakili golongan guru.  Ianya macam sebuah badan pemikir dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu.  Berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah-sekolah dibincangkan dalam Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPM ini.  Mengenai PPSMI, seingat saya pernah iaitu pada tahun 2002.  Pada tahun itu, Dr. Mahathir telah membangkitkan betapa ramainya pegawai diplomatik (PTD) dan pelajar universiti tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.  Dr. Mahathir tidak senang dengan keadaan itu dan mencadangkan supaya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Kami dipanggil dalam suatu taklimat bagi membicangkan isu PPSMI ini.  Pada taklimat itu  Ketua Pengarah Pendidikan ketika itu (sekarang Kementerian Pelajaran) Allahyarham Tan Sri Mohd, Rafie Mahat memberitahu bahawa PPSMI merupakan projek percubaan atau perintis selama lima tahun.  Sekiranya tidak berjaya maka projek ini akan dibatalkan. Juster, tiada perbincangan serius. Mungkin kerana ianya hanya percubaan.  Ia serupa dengan projek Sekolah Bestari.

Selama 6 tahun, projek ini ternyata gagal maka kerajaan harus membatalkannya tanpa bersusah payah mengadakan perbincangan meja bulat.

Akan tetapi kami dapat merasakan bahawa taklimat itu hanya sebagai memenuhi proses pengurusan dan pentadbiran  sahaja.  Saya dapat merasakan keputusan sudah diambil untuk melaksanakan PPSMI ini.  Pada awal tahun 2002, ketika Kongres Pendidikan Melayu diadakakan, borang-borang kaji selidik sudah diedarkan kepada para peserta.  Kesatuan kami membantah pelaksanaan projek ini kerana akan menghadapi permasalahan kekurangan guru-guru yang mahir dan terlatih dalam bahasa Inggeris dan dari aspek ilmu psikolinguistik cara ini bertentangan.


Pengarah-pengarah Pendidikan yang lain tidak membantah?


Saya percaya ramai yang tidak bersetuju termasuk Ketua Pengarah DBP.  Oleh kerana mereka ini pegawai kerajaan yang mesti patuh kepada kerajaan dan tertakluk di bawah General Order  maka mereka tidak ada keberanian untuk menyuarakan bantahan secara jelas.


Apakah diundang golongan akademik, ahli bahasa dan persatuan-persatuan penulis seperti GAPENA dalam perbincangan ini?


Pada taklimat itu tidak ada seorang pun golongan akademik, ahli bahasa dan GAPENA.  Mereka tidak dipanggil kerana mungkin mereka bukan Ahli  Majlis Permuafakatan  KPM ini.



Adakah selepas taklimat itu mereka dipanggil?


Seingat saya tidak ada.  Itulah taklimat pertama dan terakhir.  Isu sesi taklimat bukan sesi perbincangan atau percambahan pendapat.  Sebab itu saya yakin keputusan sudah dibuat terlebih dahulu.  Saya tidak ingat ada apa-apa sesi perbincangan pun sebelum dilaksanakan PPSMI ini pada tahun 2003.  Mungkin pihak atasan, saya tidak tahu.  Tetapi kalau pihak atasan takkan berani mereka menyuarakan bantahan.  PM sendiri sudah mula melaksanakan dasar itu.



Jadi, jelas bantahan sudah dibuat pada peringkat awal lagi dan tidak pernah diadakan perbincangan dengan para akademik, ahli bahasa dan persatuan penulis?



Ya! Tidak ada.  Tidak payah pun susah-susah hendak diadakan persidangan meja bulat bagi melaksanakan PPSMI ini.  Sekarang ini entah berapa banyak persidangan meja bulat diadakan bagi mengkaji keberkesanan projek PPSMI ini.  Saya rasa membuang masa sahaja.  Daripada kajian para akademik, professor dalam bidang  matematik, bahasa dan pendidikan seperti Prof. Dr. Shahrir Mat Zain, Prof. Abdullah Hassan dan beberapa orang lagi profesor dan pensyarah, jelas menunjukkan bahawa PPSMI ini gagal dalam projek perintisnya.  Kalau kajian atau pendapat profesor-profesor ini kita tidak percaya, siapa lagi harus kita percaya? Prof Dr. Shahrir yang pernah belajar di aliran kebangsaan dan mendapat Ph.Dnya di Australia dalam bidang matematik tentu sedia arif. Maaf, kalau hendak dibandingkan dengan Menteri Pelajaran kita, pendapat siapa harus kita terima?



Tidak timbullah isu ini  tetapi baru ditimbulkan sekarang pula?


Perkara ini sudah dibangkitkan pada 2002 lagi.  Selepas itu ada suara-suara bantahan daripada pejuang-pejuang bahasa, persatuan-persatuan penulis dan orang Melayu.  Bahkan seminar, kongres dan memorandum turut diserahkan kepada pihak berkuasa.  Mungkin suara-suara mereka tidak selantang sekarang kerana pada masa  itu masih lagi  dalam percubaan.  Tetapi sekarang sudah 6 tahun, jelas projek ini gagal.Hapuskan sahajalah.  Tidak payah lagi nak diadakan meja bulat. Menteri ada kuasa membatalkannya.  Lebih lama dibiarkan, akan lebih rumit dan parah lagi.



Bagaimana pandangan Dr. terhadap saranan PM minta Menteri Pelajaran atasi segera kemelut ini bagi mengelakkan tercetus masalah yang lebih besar lagi?


Ini satu perkembangan yang baik.  Ada nada positif  dalam saranannya itu.  Dalam bahasa politik, ianya suatu bayangan bahawa PM memberi arahan kepada Menteri Pelajaran supaya PPSMI ini dihapuskan segera.  Mungkin saya salah, tetapi itu bacaan saya.

BN khususnya UMNO mesti mengambil berat isu  ini kerana orang Melayu suda mula marah pada kerajaan yang semacam bersikap sambil lewa menangani isu ini.  Kekalahan BN/UMNO dalam pilihan raya umum tahun 2008 diikuti oleh pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah juga disebabkan oleh isu ini.  Kalau UMNO mahu sokongan Melayu semula, hak dan bahasa kepunyaan orang Melayu ini hendaklah dikembalikan .  ingat. SN A. Samad Said juga telah menyarankan, jika PPSMI tidak dimansuhkan, beliau telah meminta pengundi menggunakan kuasa undi mereka dalam mana-mana pilihan raya.  Suara Pak Samad tidak boleh diremehkan.  Pengaruh beliau sudah menular di kalangan rakyat terutama orang Melayu.

Tetapi saya kira isu ini dapat diselesaikan segera kalau PM sendiri mengambil keputusan menghapuskan PPSMI ini.  PM juga semacam tidak ada political will dalam menyelesaikan isu ini.  PM mesti ada keberanian, kerana projek ini hanya percubaan.  Tetapi sekarang ianya mahu terus dikekalkan pula.  Pasti ada dalang di sebalik usaha meneruskan PPSMI ini.  Jikalau Hishamuddin tanya siapa dalang di sebalik GMP, maka kita juga boleh bertanya siapakah dalang di sebalik usaha mahukan PPSMI ini?

Apakah impaknya daripada perhimpunan dan perarakan ajuran GMP pada 7 Mac lalu?
           
Oh! Impaknya besar sekali.  Jika tidak ada perhimpunan dan perarakan yang dihadiri lebih 50,000 orang itu, tentu sekalali PM tidak respons dalam masa beberapa jam sahaja pada hari yang sama.  Diikuti pula reaksi daripada pelbagai pemimpin UMNO dan menteri, sama ada positif atau negatif, tidak kiralah.  Yang jelas ianya mendapat perhatian segera daripada mereka  .  Seandainya diadakan setakat kongres, seminar, penyerahan memorandum dan laporan polis sahaja, tidak akan memberi bekas.  Perhimpunan itu adalah menifestasi rakyat membantah terhadap PPSMI.  Itu suara rakyat, itu petanda kemusnahan BN/UMNO terserahlah kepada rakyat memikirkannya.


Tapi, pada perhimpunan itu kemuncaknya adalah penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong?


Benar…tetapi itu adalah simbolik sahaja.  Jikalau penyerahan memorandum itu dilakukan oleh 7 orang wakil GMP sekalipun, impaknya menjadi berita besar, kerana penyerahan memorandum telah biasa dilakukan.  Tetapi perhimpunan dan perarakan itulah menunjukkan betapa rakyat sudah mual, jemu, bosan malah marah terhadap sikap sambil lewa Menteri Pelajaran.  Sekiranya setakat perhimpunan dalam kawasan Masjid Negara sahaja, tanpa perarakan ke Istana Negara, impaknya juga tidak sama.  Yang menjadi berita besar ialah perarakan itu dan serangan gas pemedih mata oleh anggota polis simpanan persekutuan (FRU).

Bagaimana dengan tuduhan Hishamuddin bahawa GMP didalangi oleh parti pembangkang. Apa pandangan Dr.?
Saya bersetuju dengan padangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi GMP bahawa jika ada dalang, tentu ada boneka seperti wayang kulit.  Dalang dalam wayang kulit bersembunyi di sebalik tabir.  Tetapi pemimpin parti pembangkang seperi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan yang lain-lain turut bersama-sama memperjuangkan isu ini secara terang-terangan.  Itu bukan dalang namanya.  Ada ketelusan dan keikhlasan.  Mereka tidak sembunyi di sebalik tabir.  Datuk Hassan Ahmad seorang ilmuwan dan cendekiawan, tentu sekali dia tidak mudah dijadikan boneka.  Tuduhan itu satu penghinaan kepada Datuk Hassan.  Tidak adillah.


Apa pandangan Dr. seterusnya berkaitan dengan dasar PPSMI ini?


Bagi saya dan juga Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, PPSMI ini wajar dibatalkan sahaja dan dikembalikan kepada dasar sebelum ini.  Meneruskan dasar PPSMI akan memberi kesan negatif kepada bahasa dan bangsa Melayu dalam tempoh 30 tahun akan datang.  Buktinya tulisan jawi.  Bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa adalah sebahagian daripada budaya sesuatu bangsa yang membina tamadun bangsa itu.Apa guna jika kita mempertahankan Melayu dan institusi raja jika kita hilang bahasa kebangsaan,bahasa rasmi kita sendiri.

Saya teringat kata-kata Tun Syed Nasir salah seorang pejuang bahasa kebangsaan kita yang unggul dahulu yang saya ingat pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat April 1969 yang mana beliau ada menyatakan  bahawa ada sesetengah golongan mengemukakan hujah iaitu lebih baik jurusan sains itu diajar terus menerus dalam bahasa Inggeris.  Tetapi dalam soal ini hendaklah kita faham sungguh-sungguh, iaitu jika kita lakukan demikian hanya membawa erti bahawa kita semata-mata mengajar pengetahuan sahaja, dengan tidak memberi peluang memajukan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmu pengetauan.0leh itu sama-sama kita renung-renungkan dan dijadikan ikhtibar.


(sumber:Wawancara akhbar SIASAH dengan DR RAJIEE HADI, SIASAH,15-21 Mac 2009/18-24 Rabiuawal 1430,Bilangan 0140)


Sokong wajibkan jawi dalam Bahasa Melayu


PERSATUAN Pengamal Pendidikan Malaysia (PPPM/Pendidik) menyokong penuh kenyataan Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong, agar pengajaran dan pembelajaran (P&P) jawi dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah (Utusan Malaysia, 18 Januari 2011).
Beliau berkata, ia perlu dikuasai bukan sahaja oleh orang Melayu malah kaum lain kerana tulisan tersebut memiliki 1,001 keistimewaan dan kelebihan.

PPPM telah lama menyarankan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah. Situasi kini di mana jawi diajar secara gabung jalin dalam pelajaran Pendidikan lslam adalah tidak memadai dan tidak mencapai matlamat sebenarnya.

Sebenarnya dalam Bahasa Melayu ada dua bentuk tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi (dahulu disebut 'tulisan Melayu'). Tetapi kerana kealpaan dan kelalaian pemimpin terdahulu maka pembelajaran jawi telah disisihkan secara perlahan-lahan dalam P&P Bahasa Melayu.
Pada tahun-tahun sebelum 1980-an, antara kaedah memantapkan murid-murid dalam penguasaan ejaan dan tulisan dalam Bahasa Melayu ialah adanya sub-subjek Rencana Rumi,Rencana JawiTulisan RumiTulisan JawiBacaan Rumi dan Bacaan Jawi.

Langkah membeban dan meletakkan ke atas pundak guru-guru Pendidikan lslam semata-mata bagi memartabatkan Bahasa Melayu jawi adalah tidak adil lantaran guru-guru Bahasa Melayu wajib memikul bersama. Masyarakat bukan Melayu kini harus difahamkan bahawa antara bahasa Arab, bahasa Urdu, bahasa Melayu (jawi), bahasa Parsi dan lain-lain yang menggunakan huruf sama tapi berbeza bahasa dan budaya.

Justeru sikap segelintir masyarakat yang mengaitkan Bahasa Melayu jawi dengan pelajaran Agama lslam adalah tidak tepat walaupun ada pertalian budaya antara bahasa Melayu dan agama lslam.
Ini dapat diterima kerana Melayu dan lslam itu sinonim sejak kedatangan Islam ke alam Melayu Nusantara hingga kini. Inilah yang kita mahu sama-sama perbetulkan dari segi persepsi orang ramai dan tanggapan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama dalam konteks Malaysia.

Oleh itu pihak penguasa dan pentadbir jabatan-jabatan kerajaan seperti sekolah, maktab, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu ada sikap positif bila meletakkan papan tanda. Selain Bahasa Melayu rumi letakkan juga Bahasa Melayu jawi.

Premis perniagaan milik orang Melayu sendiri janganlah hanya pandai bercakap dan menuding menyalahkan orang lain sekiranya anda sendiri yang berasa rendah diri tidak menobatkan Bahasa Melayu warisan nenek moyang yang wujud sejak turun-temurun di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu. 

DR RAJIEE HADI
Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

(sumber: Utusan Malaysia,19 Januari 2011)

13 Januari 2011

PERSATUAN PENGAMAL PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM/PENDIDIK) NO. PENDAFTARAN 1561.

UNDANG-UNDANG BAGI


Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia
(NAMA PENUH PERTUBUHAN)


FASAL  1
NAMA

(1)
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.  Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
FASAL  2
TEMPAT URUSAN

(1)
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah No 3, Jalan 4/5G, 43560, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau di tempat lain yang akan ditetapkan dari  masa ke semasa oleh Jawatankuasa, dan alamat untuk surat sama seperti di atas.
FASAL  3
LOGO

(1)
Keterangan Logo:

Di atas pusat lambang tersebut muncul akronim PENDIDIK kata singakatan “Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia” yang berada di tengah-tengah era globalisasi dan bersedia menghadapi cabaran alaf baru dengan lebih dinamik dan proaktif dalam segala lapangan demi kepentingan agama, bangsa dan negera.  Justeu perkembangan pesat era Teknologi Maklumat tetap ditunjangi buku yang direka bentuknya diasaskan system Pendidikan yang sekali gus member ilmu pengetahuan dan sentiasa memelukan pengajaran dan pendidikan serta sumbangan bakti daripada golongan pendidik.  Oleh itu nama penuh persatuan yang terletak di puncak global memberi maksud sentiasa kukuh dan mantap mengandungi slogan “PENDIDIKAN TERAS KEHIDUPAN”.  Ini menjadi tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan kaum pendidik.

(2)
Keterangan Bentuk Logo:

Bentuk bulat yang menjadi mercu tanda melambangkan bentuk glob atau bumi yang menunjukkan kepada luasnya dunia pendidikan yang merangkumi drlutuh jagat raya.  Bumi mengelilingi cakerawala maya ditunjukkan menerusi jaringan dan bulatan lingkaran gelung yang menandakan betapa pantasnya ilmu diperolehi dalam era teknologi maklumat.  Bahkan ini menunjukkan dunia tanpa sempadan, kesan daripada kemajuan sains dan teknologi.  Di tengah-tengah bulatan terukit  kalimat PENDIDIK yang merupakan akronim bagi Pertubuhan ini, yang sekaligus merupakan suatu tugas murni dari golongan ini; bukan sahaja setakat member ilmu pengetahuan kepada anak didiknya bahkan membentuk manusia menjadi insan kamil yang seimbang dari segi emosi, jasmani , rohani dan intelek.
Pada dasar atau asasyang memangku glon berbentuk buku yang menunjukkan sumber segala ilmu pengetahuan dan kulit buku yang berwarna biru adalah tapak kukuh dan mantap yang mengandungi slogan PENDIDIKAN TERAS KEHIDUPAN yang membuktikan perpaduan kaum pendidik.
Nama penuh persatuan “Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia” berada di atas bulatan yang mengandugi logo ini dan bergerak berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.

(3)
Keterangan Warna

Putih
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan harmoni

Biru
Menunjukkan perpaduan dan muhibah.

Kuning
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Hijau
Berpaksikan kepada Islan sebagai addin
FASAL  4
TUJUAN / MATLAMAT

(1)
Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk kebaikan dan meningkatkan tahap professional pendidikan ahli-ahli persatuan dan masyarakat amnya

(2)
Menitikberatkan perasaan guru/pendidik dalam pembinaan pendidikan kebangsaan termasuk perpaduan dan integrasi pembangunan negara.

(3)
Memupuk perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara pendidik-pendidik di semua tempat.

(4)
Meninggikan martabat dan taraf pendidi dalam masyarkat.

(5)
Member peluang untuk memajukan kecekapan pendidik dalam pengajran melalui seminar-seminat, persidangan-persidangan dan sebagainya.

(6)
Menilai secara objektif peranan pendidik dan mengambil langkah-langkah perlu supaya peranan itu lebih berkesan.

(7)
Member kerjasama dengan institusi pendidikan sama ada kerajaan atau swasta demi meningkatkan profesion pendidikan.

(8)
Mengendalikan urusan mengarang, mencetak, menerbit, mengedar bahan-bahan bacaan dan seumpamanya untuk menjayakan tujuan persatuan ini bagi memajukan kepentingan ahli persatuan jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.
FASAL  5
KEAHLIAN

(1)
Keahlian Pertubuhan ini terdiri daripad dua (2) kategori iaitu:


(a)       Ahli Biasa:   Terbuka bagi semua warganegara Malaysia  berumur  
   21 tahun ke atas yang mempunyai kelayakan Ikhtisas dan terlatih
   dalam bidang pendidikan sama ada dalam sektor swasta atau
   kerajaan.


(b)      Ahli Seumur Hidup:   Terbuka kepada ahli biasa yang membayar
   yuran secara sekali gus sebanyak Rm 100.00

(2)
Bilangan keahlian tiada had minimum dan maksimum.

(3)
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan .  jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa member sebab-sebabnya.

(4)
Tiap-tiap pemohon yang permohonanya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama atau yuran seumur hidup seperti yang ditetapkan  diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

(5)
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah diberankan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor yang berkenaan.
FASAL  6
BAYARAN MASUK, YURAN BAYARAN LAIN

(1)
Yuran masuk dan yuran lain perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
a.         Ahli biasa:
  i)   Bayaran Masuk                   RM 5.00
 ii)   Yuran Tahunan                   RM 24.00
b.        Ahli Seumur Hidup:

(2)
Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum 31 Mac tiap-tiap tahun.

(3)
Ahli yang membayar yuran selepas 31HB Mac akan menerima surat peringatan yang ditandatangi oleh atu wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebgai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4)
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5)
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6)
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahil.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
FASAL  7
PEMBERITAHUAN DAN PEMECATAN AHLI

(1)
Ahli yang hendak berhenti daripada Pertubuhan hendaklah member kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2)
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.  Sebelum Jawatankuasa memecat atu menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.  Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.  Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menundaatau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL  8
MESYUARAT AGUNG

(1)
Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung alhli-ahli.  Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2)
Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat itu hendaklah ditanggungkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3)
Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.  Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahuanan ialah:


(a)   menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuan di
        dalam tahun lalu;
(b)   menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit
        bagi tahun lalu;
(c)    memilih ahli-ahli Jawatankusa dan pemeriksa kira-kira untuk tempoh
         tiga (3) tahun yanga akan datang; dan
(d)   menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
        mesyaurat itu.


(4)
Setiausaha Agung hendaklah menghantar surat keapda tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali diadakan, satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit.  Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

(5)
Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan
(a)   bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa
(b)   atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari
        satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan
        menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.  Permintaan itu
        hendaklah dihantar ke[ada Setiausaha Pertubuhan.

(6)
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7)
Pengumuman dan segala untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8)
Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali boleh digauankan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika koru tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yangs ama tidaklah boleh diadakan.

(9)
Setiausahan Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali dan Mesyaurat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL  9
JAWATANKUASA

(1)
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Presiden
Seorang Timbalan Presiden
Seorang Naib Presiden (1)
Seorang Naib Presiden (2)
Seorang Setiausaha Agung (Dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa)
Seorang Penolong Setiausaha Agung
Seorang Bendahari
5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

(2)
Pemegang-pemegang jawatan Petubuhan ini dan tiap-tiap Pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

(3)
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas kecuali Setiausaha Agung hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengindu oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahuanan tiga tahun sekali.  Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tiga (3) tahun.

(4)
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung . Jawatankuasa  seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung.  Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali.

(5)
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu.  Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa pada bila-bila masa.  Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukukpan korum mesyuarat.

(6)
Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakllan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara peredaran surat pekeliling.  Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.


(a)       Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah diedarkan kepda tiap-taip ahli Jawatankuasa.
(b)      Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c)       Keputudan hendaklah dengan undi yang terbanyak.


Sebarang keputusan didapati melalui suat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada mesyaurat Jaeatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7)
Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tifga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

(8)
Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.  Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung  Tahunan tiga tahun sekali diadakan.

(9)
Jawatankuasa boleh member arahan kepada Setiausaha Agung  dan Pegawai-Pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak.  Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar, menjalankan keputusan Jawatakuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

(10)
Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 10
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1)
Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.  Ia menpunyai undi pemutus dan hengakah ia menandatangani peringtan mesyuarat bila telah diluluskan.  Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausana Agung dan Bendahari.

(2)
Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadannya.

(3)
Naib Presiden (1) hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.

(4)
Naib Presiden (2) hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Persiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (1).

(5)
Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalakan peritah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa.   Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua bukut, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.  Setiausaha Agung hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat  dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli.  Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.  Ia hendakahlah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari.  Setiausaha Agung hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966 kecuali penyata kewangan yang dikehendaki dikemukakan setiap tahun.

(6)
Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.

(7)
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.  Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketetapannya.  Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha Agung.

(8)
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 11
KEWANGAN

(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upaj memeriksa kira-kira.  Walau bagaimanapun, wang itu tidakklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2)
Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 100.00 (Seratus Ringgi) pada sesuatu masa.  Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa.  Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

(3)
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kra-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden dan Setiausaha Agung  dan atau Bendahari.  Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha Agung atau Bendahai maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa sahaja di antara mereka sebagai pengganti untuk menendatangi cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

(4)
Perbelanjaan yang lebih daripad RM 1000.00 (Seribu Ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan lebih daripada RM 10,000.00  (Sepuluh Ribu Tinggit) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.  Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (Seribu Ringgi) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari.

(5)
Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeiksa Kira-Kira yang dilantik di wawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.  Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

(6)
Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 12
PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1)
Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira.  Mereka akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(2)
Pemeriksa kira-kira  adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.  Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 13
PENGAMANAH

(1)
Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan  mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan.  Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepda mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2)
Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung  Pertubuhan.

(3)
Seseorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan.  Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung.
FASAL 14
TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1)
D I antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2)
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 15
PENASIHAT/PENAUNG

(1)
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
FASAL 16
LARANGAN

(1)
Permainan yang disebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chao Ji Kee, Sdm Cheong, Dua Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata pada nasib;

(2)
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

(3)
Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama sekali sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;

(4)
“Faedah” seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidak boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 17
PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinga kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftat Pertubuhan.
FASAL 18
PEMBUBARAN

(1)
Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perempat (3/4) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuaray agung dipanggil khas kerananya  .

(2)
Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3)
Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh tersebut.