TAMADUN ISLAM

BAB 1 : Pengenalan Tamadun Islam
Pengertian :
            Bahasa Melayu : Peradaban, kebudayaan, kemajuan (rohani dan jasmani)
            Bahasa Arab      : Qamus Al- Marbawi – tamadun dari kata ‘madana’ iaitu
                                         kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota.
                                         Ali bin Md. Isa mendefinisikan tamadun dari kata ‘mudun’ iaitu
     kota:  kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa dalam 
     membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di
     tahap yang lebih tinggi.

            Bahasa Inggeris  : Civilization – dari kata Latin iaitu civitas (bandar), Tiap-tiap
     perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar besar dan
     ciri-ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di    
     bandar- bandar.
    
     A.S Hornby dan E.C Parnwel :
     ‘Civilization : Pertambahan percapaian hidup manusia daripada
     kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu sains,
     teknologi, politik, moral dan sebagainya.
                
Arnold J. Toynbee
    Civilization bermaksud sejenis kebudayaan yang berkembang
     di dalam kota.

Tamadun Islam : Pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam pelbagai aspek termasuk  ilmu pengertahuan, sains, teknologi, undang-undang, politik, seni bena dan sebagainya berasaskan akidah, syariah dan akhlak.
Tamadun barat:   Tidak berasaskan atau berpandukan kepada mana-mana kitab samawi, malah hanya berasaskan kepada pemikiran manusia semata-mata.  Keutamaannya adalah lebih kepada kebendaan berbanding dengan kerohanian.  Oleh itu tamadun barat membawa masyarakat ke arah krisis kerohanian.


Sumber Tamadun Islam


1.                  Al-Quran : iaitu Kalam Allah yang diturunkan dalam Bahasa Arab secara beransur-ansur melalui malaikat Jibril.  Di dalamnya terkandung aspek akidah , syariah , akhlak dan sebagainya.

2.                  As-Sunnah:  iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah saw. Melalui perkataan, pernuatan, pengakuan atau sefat keperibadiannya.


3.                  Ijma’; kata sepakat para mujtahid umat Nabi Muhammad saw di masa tertentu selepas kewafatan Rasulullah saw mengenai hukum syarak.

4.                  Qiyas : Menyamakan hukum sesuatu peristiwa yang tidak ada nasnya dengan hukum suatu peristiwa yang sudah ada nasnya lantaran adanya persamaan illat (sebab) hukumnya dari kedua-dua peristiwa.contohnya arak  disamakan dengan dadah. Kerana kedua-dua sifat ini memabukkan.

Sumber tambahan Tamadun Islam.     1.   akal pemikiran manusia
2.      pengalaman
3.      tamadun-tamdun selain Tamadun Islam.   


Matlamat Tamadun Islam

 

1.                  Hubungan manusia dengan AllahKeimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi untuk merubah individu dan umat menjadi individu dan umat yang berjiwa besar.
Keimanan bertanggungjawab membebaskan jiwa manusia daripada pengaruh kebendaan dan nafsu.
Implikasi hubungan manusia dengan Allah:
a.   pengiktirafan terhadap pencipta
b.   pengiktirafan terhadap keagungan pemerintahanNya dan kebesaran KekuasaanNya.
c.   pengiktirafan terhadap nikmat Allah.
d.   menyedari dan mengharapkan Rahmat Allah
e.   Perasaan bertanggungjawab
f.    pengampunan kepada Allah melalui doa.
g.       cinta dan rindu kepada Allah sebagai matlamat hidup.

2.                 Hubungan manusia dengan manusia

Manusia tidak dapat hidup bersendirian. Justeru itu, pematuhan kepada perundang Allah dapat mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam membentuk keluarga, jiran, masyarakat, negera, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain.

3.                  Hubungan manusia dengan alam
Allah swt telah memperundangkan aturcara bagaimana manusia seharusnya bertingkahlaku apabila berhubungan dengan alam sekitar.
Segala yang ada di lautan dan daratan dijadikan untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia sejagat.

Dasar-Dasar Tamadun Islam:
1.                  Memelihara jiwa dan nyawa.
Hak kehidupan yang dikurniakan oleh Allah tidak boleh dicerobohi sama sekali.  Seseorang itu tidak membunuh diri sendiri atau orang lain kerana perbuatan ini diangap jenayah sosial yang besar dan ia berhak menerima azab diakhirat.
2.                 Memelihara akal fikiran.
Islam menggariskan panduan agar akal terpelihara kerana manusia dituntut untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Memberikan galakan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah agar fikiran menjadi lapang dan dapat menolak dari sebarang unsur keburukan.

3.                  Memelihara kehormatan/maruah.Setiap manusia dijadikan sebaik-baik makhluk dan mempunyai kehormatan yang mulia.  Kehoramatan  itu menentukan setiap insan mendapat hak yang diturunkan dalam bentuk hukuman dan peraturan.

4.                  Memelihara harta benda
Islam menetapkan manusia wajib pertahankan dan mengariskan cara membelanjakan harta tersebut.  Kekayaan yang dikumpul dengan usaha sendiri wajib dipertahankan dan tidah harus dilucut atau dirampas tanpa kebenaran.

5.                  Memelihara hak dan kebebasan.
-     manusia bebas dari pengabdian kepada sesuatu selain dari Allah
-          bebaskan manusia dari taklid (mengikut tradisi) warisan nenek moyang yang membelenggu pemikiran.
-          Bukti wujud alam ini sebagai wujudnya Allah melalui penelitian, renungan dan pemikiran tentang kejadian alam.
-          Manusia bebas dari kesesatan akal fikiran yang kemampuannya terhadap benda yang dapat dicapai oleh pancaindera sahaja.

BAB 2 : MANUSIA DAN MASYARAKAT

Asal Kejadian Manusia:
                Dijadikan Adam a.s pada hari Jumaat mengikut 3 peringkat:
1.     semua unsur bagi menjadikan Adam a.s dihimpunkan
2.     unsur tersebut diadunkan
3.     diukir/direka bentuk oleh Allah swt lalu dikeringkan. Kemudian dihembuskan roh kepada rangka Adam lalu ia bernyawa dan bergerak.
Menurut pandang Islam manusia di cipta oleh dari paduan unsur rohani dan jasmani
Jasmani:
Nabi  Adam a.s:                                                                      Zuriat Nabi Adam a.s
Tanah                                       - hidrogenium                          sari pati air mani
Tanah ferrum                            - (zat besi)                             air mani (sperma dan ovum)
Pati tanah                                  - zat argonis                           seketul darah
Tanah yang panas dan berbau- nitrogenium (zat lemas)        seketul daging
Tanah keras seperti tembikar   - zat pembakar                        tulang belulang
Tanah bumi                               - zat arang carbonium             daging yang membaluti tulang
Menjadikan bentu rupa              - ditiupkan roh                         satu penciptaan lain (ditiupkan roh)

Hikmah Kejadian Manusia
1.             bukti kekuasaan Allah
2.             dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain
3.             tidak menjadi sombong dan angkuh dengan keadaan diri.

Keistimewaan manusia:
1.             kesempurnaan kejadian yang memiliki rohani dan jasmani.
2.             akal fikiran – merancang, memikir, mengkaji
3.             ilmu pengetahuan
4.             kemudahan alam semulajadi.

Manusia sebagai Khalifah

Maksud khalifah : penguasa, pemerintah, generasi penerus, wakil.
Maksud khalifah menurut istilah ialah wakil Allah di bumi yang bertindak:
a.             bertindak sebagai pendakwah (penyeru) kepada agama Allah.
b.             Satu jawatan Ketua Umum dalam Negara Islam yang bertanggungjawab mentadbirkan urusan dunia dan hal ehwal agama selepas Rasulullah saw.
Maksud khalifah secara keseluruhannya ialah manusia dipilih oleh Allah sebagai wakil-Nya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka  bumi berdasarkan syariat Allah sama ada di peringkat individu keluarga, masyarakat dan Negara.
Tugas Manusia:
a.           Solat:
Ø  Membentuk akhlak baik dan murni
Ø  Membersihkan diri
Ø  Memberikan latihan dimana gerak-gerik di dalam sembahyang.
Ø  Melatih seseorang menjaga dan menghargai masa mengikut peraturan.
Ø  Solah berjama’ah membentuk perpaduan, kasih saying, persamaan dan persaudaraan.
b.           Zakat
Ø  Keadilan sosial
Ø  Memperkukuhkan kedudukan politik dan bertambah kewangan Negara.
Ø  Mengajar manusia agar hubungan antara mereka dengan harta
Ø  Menentang dan mengikis perasaan cinta kepada harta benda keduniaan.
Ø  Meningkatkan ekonomi umat Islam.


c.           Puasa
Ø  Didik manusia memerang hawa nafsu
Ø  Melahirkan manusia yang berakhlak mulia.
Ø  Bentuk manusia muslim yang bertakwa kepada Allah.
Ø  Memelihara kesihatan manusia
Ø  Memnrikan kerehatan keapda sistem penghadaman.
Ø  Kesedaran dan keinsafan.
Ø  Melatih diri merendakan diri kepada Allah.
d.          Haji
Ø  Meningkatkan keimanan dan ketakwan
Ø  Mewujudkan rasa keagungan dan kebesaran Allah.
Ø  Merupakan perhimpunan agong sejagat (perpaduan dan persaudaraan)
Ø  Membentik sikap berakhlak mulia seperti displin yang tinggi.
Ø  Mengambil iktibar dari sejarah pengorbanan kasih saying dan naluri manusia (Nabi Ibrahim a.s)

Konsep Kejiranan

Jiaran :   Bahasa : orang yang tinggal sebelah menyebelah / tetangga.
Istilah    : ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang menggililingi  rumah seorang tidak kira samada iran itu Islam atau tidak.
Pembahagian jiran:
1.     Jiran dekat:
v  Tempat tinggal yang dekat.
v  Mempunyai hubungan persaudaraan.
v  Hubungan pertalian darah atau seagama.
2.     Jiran Jauh
v  Tempat tinggal yang jauh
v  Tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
v  Hubungan yang berlainan agama.
Hikmah jiran
1.     mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan.
2.     keutamaan kepada jiran yang berhampiran .
3.     memenuhi perasaan/naluri untuk bercampur gaul dengan masyarakat.
4.     menghormati jiran.

Hak dan Tanggungjawab jiran:
¥        Mewujudkan ikatan persaudaraan serta memesrakan dirinya di antara satu sama lain.
¥        Tidak melakukan sebarang jenayah fizikal dan mental.
¥        Menghoramati jiran.
¥        Memberikan pertolongan yang diperlukan oleh jiran.
¥        Menghormati hak jiran ketika ditimpa sesuatu yang mendukacitakan.
¥        Wajib menguruskan jenazah apabila berlaku kematian.
¥        Tidak boleh menyakiti hati jiran.
¥        Wajin menghadiri majlis yang tidak bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak.

Hak jiran bukan Islam:
·          Mewujudkan perpaduan.
·          Tidak melakukan jenayag.
·          Menghormati jiran.
·          Beri pertolongan yang diperukan oleh jiran.


 

BAB  3    AKHLAK


Akhlak : menurut bahasa : tabiat, dan sifat semulajadi.
Perkataan Khuluk digunakan Allah dalam Al-Quran  yang bermaksud :” dan sesungguhnya kamu (Muhammad) mempunyai budi pekerti yang tinggi”.
            Menurut istilah :Al-Ghazali – akhlak suatu sifat yang tertanam dalam jiwa
             timbul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran
              terlebih dahulu.

Menurut Prof. Ahmad Ariffin – Kehendak yang dibiasakan adalah kehendak membiasakan sesuatu, maka kebiasaan itu dinamakan akhlak.
Menurut Ibnu Maskawaih – akhlak itu adalah keadaan jiwa seseirang yang mendorongnya untuk melakukan peruatan tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Kepentingan akhlak:


1.                  akhlak dihubungan dengan tujuan perutusan Rasulullah saw.
2.                  akhlak tidak dapat dipisahkan dengan agama Islam.
3.                  akhlak menentukan kedududkan seseorang di akhirat nanti.
4.                  aklhak dapat menghindari seseorang itu dari api neraka.
5.                  Rasulullah saw sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah memperelokan akhlaknya.

Konsep Baik dan Buruk.

Baik (mahmudah)
-     dapat menjamin keselamatan, keamanan dan kebahagiaan.
-     Akhlak membezakan manusia dengan haiwan.
-     timbul masalah besar jika keruntuhan akhlak muda-mudi atau akan kembali kepada masyarakat jahiliah
sebelum Islam.
Buruk (mazmumah)
-       perbuatan yang dicegah Allah kepada manusia kerana terdapat kesan negertif selepasanya.
·         Takbur           - merasa dirinya besar dan mulia serta melebihi orang lain
·         Dengki            - rasa tidak senang hati atas kesenangan dan nikmat yang diperolehi oleh orang lain disamping berusaha menghilangkan kesenagan itu daripada orang lain.
       
        Sistem Nilai :

  1. wajib:  perbuatan yang dilakukan mendapat pahala dan bila ditinggalkan akan berdosa Seperti sembahyang.
  2. sunat:  perbuatan yang diberi pahala bila dilakukan dan ditidak berdosa jika ditinggalkan.
  3. haram:            perbuatan yang diberi dosa kepada yang melakukannya dan berpahala jika tidak dilakukan (mencuri).
  4. makruh:          perbuatan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan (tidur pada waktu senja).
  5. harus: Perbuatan yang sama nilai.  Tidak berdosa jika ditinggalkan dan tidak berpahala jika dilakukan.(makan, minum,mandi).
Matlamat Akhlak:
  1. Islam menjadikan peribadi Rasulullah saw sebagai tauladan.
  2. baginda arif  tentang agama.
  3. sebagai orang Islam wajib taat kepada Tuhan dan Rasulnya.
  4. Akhlak Nabi Muhammad saw adalah personality dan akhlak yang paling mulia antara sekalian manusia.
  5. Contoh bukti keunggulan Rasulullah saw.
    • Rasulullah  dalam rumahtangganya adalah seorang manusia yang paling lemah lembut dan sentiasa tersenyum.
    • Kejahatan orang terhadapnya akan dibalas dengan kebaikkan.
    • Rasulullah saw seroang yang pemaaf.

KEPUTUSAN PENILAIAN BERTERUSAN BAGI PELAJAR YANG GAGAL
DJK 2B (DIS 2011)
SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM KEPUTUSAN INI DI HANTAR KEPADA PENASIHAT AKADEMIK ANDA
Bil
No Pend
AML
ESEI
KUIZ
UJN AKHIR
JUMLAH
amali 1
amali 2
20%
esei
20%
KUIZ1
KUIZ2
30%
UJN AKHIR
30%
100%
1
08DJK11F1011
90
60
15
0
67
0
10.05
36.6
10.98
36.03
2
08DJK11F1038
90
60
15
0
50
20
10.5
58.3
17.49
42.99
3
08DJK11F1039
90
70
16
0
53
0
7.95
40
12
35.95
14
08DJK11F1045
90
60
15
0
53
0
7.95
36.7
11.01
33.96