29 Disember 2010

PENGEMIS MODEN: AWASILAH......

APABILA ucapan salam diberikan di pintu hadapan bank, meja makan di restoran atau gerai,atau di mana-mana tentu dengan senyum syukur kita membalas(bagi umat lslam)semula ucapan tersebut dengan senyum dan berlapang dada.Namun jika saban waktu, orang yang sama, situasi yang sama, dengan berkopiah atau bersongkok ataupun berkain pelikat ataupun berbaju kurung dengan tabung tertulis derma untuk maahad tahfiz, surau, masjid,sekolah rendah agama atau apa jua yang berunsur agama maka ikhlas atau tidak atau separa cuka hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui.Ya, orang yang sama, atau hanya bertukar orang hari ke hari,minggu ke minggu,bulan berganti tahun di hadapan pintu masuk bank maka kita mulai curiga ataupun ada invidivu yang mengangggap bahawa ini satu profesion yang mudah,senang,ringkas dan lumayan.

Apakah tidak ternampak mana-mana pegawai yang berkaitan dengan sektor awam seperti Baitulmal, Pusat Zakat, jabatan lmigresen, Penguatkuasa Perbandaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat cuba membuat intipan atau penyiasatan setiap susur galur dan akar umbi yang dirasakan ada sindiket yang menjadikan modus operandi ini sebagai taktik meraih keuntungan.Tidak sesiapapun mahu bertanya benar atau palsu.Bayangkan masakan si penunggu tabung itu tidak makan atau minum untuk sara dirinya?Dari sumber manakah makan minumnya diperolehi?

Begitu juga modus operandi yang menggunakan kanak-kanak atau remaja lelaki dan perempuan atas nama anak-anak yatim yang berkeliaran di stesen-stesen petrol.Kononnya kita bersimpati dan prihatin tetapi sebenarnya kita telah menggalakkan kegiatan tidak bermoral menjatuhkan maruah umat lslam,penipuan dan eksploitasi!Situasi ini termasuk juga menggunakan orang-orang kurang upaya (buta dan cacat anggota) meminta sedekah,menjual tisu tetapi tidak siapapun antara kita yang tahu apa yang terjadi di belakang tabir.

TB berharap andainya kita bermurah hati dan ada sedikit lebihan rezeki apa kata kita terus masukkan di mana-mana tabung masjid atau Rumah Allah.ltu jalan terbaik. (sumber tiubbocor.blogspo.com)

Jauhi budaya ‘semua baru’



SETIAP akhir tahun atau awal tahun baru menjelang persekolahan anak-anak, kita dapati dan perhatikan di kedai-kedai, toko-toko atau di pasar-pasar raya dikunjungi ibu bapa atau penjaga yang sibuk bagai menyambut hari raya.

Mereka membeli-belah sakan untuk anak-anak dengan serba baru: kasut baru, uniform sekolah baru, uniform kokurikulum baru, stokin baru dan beraneka macam yang baru-baru belaka.
Situasinya seolah-olah anak-anak didedahkan bahawa budaya ‘baru’ ini bagaikan suatu kemestian. Di kedai-kedai buku sekolah, ibu bapa mengendong berbakul-bakul buku kerja, buku latihan, buku teks tambahan dan peralatan tulis untuk perbekalan sepanjang tahun.

Pada hari pembayaran yuran ibu bapa ke meja guru kelas bagi melunasi segala jenis yuran termasuk derma PIBG yang sepatutnya ikhlas sukarela, tetapi entah siapa yang memeterai menjadikan bagai yuran wajib tahunan atau bulanan. Bayangkan segala-galanya terpaksa dipikul di pundak ibu bapa sekarang agar anak-anak mereka pada masa akan datang tidak merempit, tidak melepak dan menjadi manusia berguna pada suatu hari nanti.

Sebenarnya, ibu bapa tidak usah kalut. Bertenang dan bersabar adalah nilai-nilai murni hasil pembelajaran sepanjang hayat. Mendidik anak-anak bersyukur, reda dan bersederhana adalah juga hasil pembelajaran sepanjang hayat. Mengapa menjelang akhir atau awal tahun, ibu bapa berpusu-pusu ke kedai menggantikan pakaian atau peralatan persekolahan anak-anak serba baru?
lnilah anjakan paradigma yang perlu kita ubah. Agar tidak terkejut atau tersepit dengan perbelanjaan hujung tahun mendadak, ibu bapa boleh melakukan pada pertengahan tahun.
Sekiranya pakaian anak-anak ditukar baru pada bulan Jun atau Julai tahun ini, tidaklah perlu ditukar hujung tahun tetapi diganti pada pertengahan tahun depan. Namun sekiranya pakaian mereka masih boleh dipakai, apakah perlu ditukar? lnilah masanya kita melatih agar anak-anak kita bersederhana, bersyukur dan tahu menilai erti jerih payah ibu bapa mereka.

Begitu juga buku latihan dan peralatan tulis yang kadang kala dibeli tetapi tidak digunakan sepenuhnya sehingga akhir sesi persekolahan. Apakah ini tidak dikatakan membazir? Belilah atas nama keperluan semasa sahaja. Elakkan berlebihan bagi mengelak anak-anak tidak ada nilai rasa menghargai. Buku tambahan termasuk buku kerja pastikan bukan dibeli semberono. Fikirkan siapakah yang bakal mengaut keuntungan di penghujungnya?

Sebenarnya, jika anak-anak kita menumpukan sepenuhnya pembelajaran di bilik darjah dan guru komited melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tiusyen di luar sekolah tidak diperlukan! Apakah guru kini sudah hilang kebolehpercayaan yang menyebabkan ibu bapa terpaksa beralih arah kepada pusat tiusyen di luar?

Sedarkah ibu bapa bahawa kebanyakan guru-guru tiusyen di luar tidak terlatih sebagai seorang guru bertauliah? Sedarkah ibu bapa banyak pusat tiusyen di luar tidak memperoleh permit dan kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia? Fikir-fikirkanlah.
Berhubung derma sukarela, PIBG sepatutnya tidak memaksa atau menekan ibu bapa atas alasan keputusan mesyuarat agung tahunan. Mengenakan caj bayaran bulanan sebagai kaedah mengutip derma PIBG bukanlah sesuatu yang bijaksana. Jika derma, katakan derma, jangan ‘disilapmatakan’ dengan istilah yuran.

Sehubungan ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Majlis Permuafakatan PIBG Nasional sewajarnya memantau dari semasa ke semasa agar permasalahan setiap tahun tidak menjadi duri dalam daging yang berpanjangan. (sumber daripada forum : Utusan Malaysia 29/12/2010)

MAHNESSA A. KADIR

BERBAKTI KEPADA DUA IBU BAPA LEBIH BAIK DARI IBADAT 2 JUTA TAHUN

Anas bin Malik r.a telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasulullah SAW lapan soalan, sebagaimana berikut iaitu:

"Ya Rasulullah SAW yang manakah lebih engkau suka yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang         sunat 100 rakaat?"

Sabda Rasulullah SAW:"Sepotong roti yang engkau sedekah adalah lebih saya suka dari sembahyang sunat  100 rakaat."

"Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim
 dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
    
 Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai dari sembanhyang
 sunat 
1,000 rakaat."

 "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau
  sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
      
 Sabda Rasulullah SAW :" Meninggalkan sesuap makanan haram adalah lebih saya sukai dari
 sembahyang sunat 2,000 rakaat."

"Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai meninggalkan ghibag atau sembahyang sunat
1,000 rakaat?"

 Sabda Rasulullah SAW :"Meninggalkan ghibah (mengumpat) lebih saya sukai dari sembahyang 10,000 rakaat."

 "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita
janda atau sembahyang sunat 10,000 rakaat?"
        
Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan keperluan wanita janda lebih aku sukai dari sembahyang sunat 30,000 rakaat."

"Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai daripada duduk dengan anak isteri atau di
  masjid?"
        
 Sabda Rasulullah SAW :"Duduk sesaat bersama anak dan isteri lebih aku sukai dari i'tikaf dalam          
 masjidku ini."


"Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai, yakni membelanjakan wang untuk keluarga
 atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah?"
        
Sabda Rasulullah SAW : "Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku sukai dari 1,000 dirham
dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah."

"Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau badat
1,000 tahun?"

 Sabda Rasulullah SAW:" Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah, oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih aku suka daripada ibadat 2 juta   tahun."

Wahai saudara-saudaraku dan anak-anakku, lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a kepada Rasulullagh SAW bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas r.a sahaja, sebaliknya ia ditujukan kepada semua semua unat Rasulullah SAW.

27 Disember 2010

PILIHLAH WANITA SOLEHAH MENJADI ISTERIMU


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu Daud , Nasa’I dan Ibnu Majah dan Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah menekankan memilih calon isteri kerana agamanya:

“Denikahkan wanita itu kerana empat perkata : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka nikahlah dengan wanita yang beragama, nescahaya kamu beruntung.”

Wanita yang solehah disanjung tinggi oleh Rasulullah SAW.  Dalah haditsnya yang disampaikan oleh Ibnu Majah, daripada Abdullah bin Amrin:

“ Dunia ini hanyalah perhiasan tetapi sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.”

SIAPA ITU WANITA SOLEHAH?

Dalan Surah An-Nisa’ ayat 34, Allah berfirman;

“Wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang taat kepada Allah dan menjaga kehormatan diri mereka di waktu suami-suami mertka tidak ada, dengan cara yang diwajibkan Allah.”

Sabda Rasulullah SAW yang disampaikan dari Ibnu Majah r.a;

Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik perkara yang disimpan oleh orang lelaki?  Iaitu isteri yang solehah.  Jika suami  melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taatk dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehomatan dirinya.”


24 Disember 2010

TERFIKIRKAH ANDA UNTUK BERSYUKUR?

SETIAP hari kita bangun , dan melihat diri kita dalam keadaan yang masih sempuna.  Adakah kita merasai bahawa ALLAH SWT telah memberikan kenikmatan itu?  Jika ya, bererti kita masih sedari bahawa nikmat ALLAH SWT yang diberikan tidak terhitung banyaknya.

Surah Ibrahim ayat : 34

Dan jika menghitung nikmat ALLAH, tidaklah dapat kamu menghitungnya."

Kesihatan, keselamatan persekitaran , makanan, pakaian dan sebagainya, semua itu adalah nikmat yang ALLAH SWT kurniakan kepada kita.  Kadang-kadang kita tidak menyedari dunia berada di tangan kita. dan kehidupan dalam gengaman kita.

Surah Lukman ayat: 20

"Dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin."

Kita memiliki  mata,  lidah,  bibir, tangan, kaki serta banyak lagi nikmat ALLAH SWT.  Semua ini adalah nikmat yang diberikan dan tidak dapat dinafikan.  Bayangkan jika nikmat yang ALLAH SWT berikan ditarik satu persatu.  Sebagai contoh, hari ini kita dapat menikmati makanan dengan menggunakan tangan yang sempurna, esoknya pula kita ditakdirkan menjadi lumpuh.  Makanan yang lazat, terasa seolah-olah tiada kenikmatannya sama sekali.

Yang kita fikirkan ada apa yang tidak kita miliki sehingga lupa untuk mensyukuri apa yang kita ada.  Kita memiliki kunci kebahagiaan, rakan, kenikmatan lain dan berbagai kebahagian yang kita rasakan.  Fikirkanlah dan sedarilah tentang semua yang dirasai  ketika ini untuk menjadikan sebagai seorang yang sentiasa bersyukur.

Surah Adz-Dzariyat ayat 21:

" Dan (juga) pada dirimu sendiri.  Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"

Fikirkan diri kita, keluarga, rumah tangga , pekerjaan , sahabat serta apa yang ada di sekeliling kita. 

Surah an-Nahl ayat 83

" mereka mengetahui nikmat ALLAH SWT  kemudian mereka mengingkarinya."

Sabda Rasulullah SAW
"Siapa yang bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan  tenang, tubuhnya sihat dan kuat serta memiliki untuk melakukan aktiviti kehidupan dalam hari itu, maka dia telah menggenggam kehidupan dunia."
(H.R Tarmizi)


"Redalah dengan keputusan ALLAH SWT maka anda akan menjadi orang yang paling kaya."
(H.R Tarmizi)



BAGAIMANA MERUBAH KESEDIHAN MENJADI IBADAH?

APA yang mampu membuat anda untuk bersabar?  Kenapa anda harus bersedih seperti ini? Kegundahan apa yang menyelimuti anda?

Kesedihan telah berlalu dan ia merupakan ketetapan.  Anda tidak akan mampu menolaknya kecuali ALLAH SWT yang menjauhkannya daripada anda. ALLAH SWT tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya.  Begitu juga dengan kesedihan, Dia tidak akan menimpakannya pada seseorang kecuali seseorang tersebut mampu menghadapinya.

Jadikanlah musibah sebagai wadah untuk mendapatkan manfaat yang banyak.  Dengan demikian, mudah-mudahan kesedihan anda boleh bernilai ibadah, maka bersabarlah atas musibah yang menimpa anda.  Kesabaran merupakan rangkaian yang tersusun daripada ibadah lain seperti tawakal, rela dengan keputusan ALLAH SWT dan bersyukur kepada-Nya.

Dengan demikian ALLAH SWT akan menggantikan kesedihan anda dengan kebahagiaan di dunia sebelum kebahagiaan di akhirat kelak.  Ini kerana sesiapa yang memenuhi hatinya dengan tela terhadap keputusan dan ketetapan-Nya , maka  dia tidak akan pernah mengeluh atas setiap musibah yang menimpanya.  Demi Allah, hal ini merupakan sebahagian daripada kebahagiaan,  Tidakkah anda memperlihatkan wajah orang yang beriman?  Bukankah wajah mereka selalu tersenyum bahagia meski dilanda bencana!

Jadilah orang yang bijak, sebab kehidupan dunia tidak selamanya mulus.  Selesi satu musibah maka musibah lain pula akan datang  menghampiri anda.

Sumber daripada Supaya Gelisah Bernilai Ibdah oleh Dr. Ibrahim Fiqhy

14 Disember 2010

Lelaki 'jual' isteri lembam

AMPANG: Seorang wanita lembam yang baru enam bulan berkahwin menjadi mangsa penganiayaan suaminya yang kaki mabuk apabila dipaksa tidur bersama rakannya dan dibayar upah RM50.
Wanita yang baru berusia 18 tahun dan termasuk dalam kategori orang kurang upaya (OKU) itu dipercayai tidak memahami apa yang berlaku ke atasnya kerana dia dengan gembira menunjukkan wang RM50 yang diterimanya kepada anggota keluarganya, Sabtu lalu.

Menurut sumber polis, sebelum itu dia dipaksa bermalam seharian dengan seorang rakan suaminya di Lembah Jaya di sini.


Sejurus mangsa menunjukkan wang RM50 diperolehnya, keluarganya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah memiliki wang, malah suaminya yang berkerja sebagai pencari barang lusuh juga tidak pernah memberikan kepadanya kerana kehidupan mereka yang terlalu daif.

“Apabila ditanya daripada mana dia memperoleh wang terbabit, mangsa menceritakan yang rakan suaminya memberikan wang itu dan ini menimbulkan rasa hairan dikalangan ahli keluarganya.

“Mangsa yang lembam dan lurus bendul kemudian menceritakan kepada ibu dan bapanya bahawa suaminya memaksa dia bermalam di rumah rakan sebelum dia diajak menonton filem lucah dan kemudian melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit,” katanya.
Sumber itu berkata, mendengarkan cerita mangsa, bapanya kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Difahamkan, mangsa dipaksa suaminya yang ketika itu dalam keadaan mabuk selain lelaki durjana terbabit dikatakan turut menerima wang daripada rakannya itu. Suami mangsa juga sanggup bertindak demikian kerana dia memerlukan wang untuk membeli bekalan arak bagi menghilangkan ketagihannya.

“Setakat ini, polis masih mengesan suami mangsa yang terus menghilangkan diri selepas kejadian itu. Rakannya yang mengambil kesempatan merogol dan meniduri mangsa turut dicari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat bapa mangsa itu.

“Kami sudah mengenal pasti dua suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
 Sumber daripada Harian Metro 14 Disember 2010.

Teliti dulu perkahwinan remaja

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta Mahkamah Syariah agar menyemak butiran setiap kes yang melibatkan perkahwinan remaja bawah umur sebelum memberikan persetujuan.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendekatan yang lebih berhati-hati dan selektif perlu dilakukan kerana ia penting bagi menjamin masa depan remaja yang terlibat.
Jelasnya, perkahwinan bukan sekadar berkahwin tetapi lebih daripada itu kerana banyak tanggungjawab dan komitmen yang perlu dihadapi oleh remaja berkenaan.

“Isunya sekarang, sama ada remaja itu bersedia untuk menjadi ibu bapa? Adakah mereka bersedia untuk menggalas tanggungjawab dalam usia yang muda?
“Justeru kita meminta Mahkamah Syariah agar lebih berhati-hati sebelum memberikan persetujuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Institusi Kekeluargaan Abad ke-21 anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) di sini hari ini.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif IAIS, Profesor Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Persidangan yang berlangsung dua hari bermula hari ini itu menghimpunkan 25 penceramah dari pelbagai negara untuk berkongsi permasalahan yang dihadapi institusi kekeluargaan daripada perspektif Islam.

Shahrizat berkata demikian mengulas mengenai isu perkahwinan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Siti Marham Mahmod dan pasangannya, Abdul Manan Othman, 23, yang menyertai 250 pasangan lain dalam perkahwinan 1Malaysia baru-baru ini.
Tambah Shahrizat, pihaknya tidak menentang perkahwinan itu sebaliknya prihatin kepada kesan jangka panjang yang akan dihadapi kanak- kanak itu.

Dalam pada itu, Shahrizat dalam ucapannya berkata, keluarga yang kukuh secara tidak langsung akan membantu anak-anak belajar cara-cara penyelesaian masalah, peroleh sokongan kuat dan rasa kesatuan di antara mereka.

Katanya, institusi kekeluargaan yang kuat juga akan membantu mereka untuk berhadapan dengan sebarang cabaran dan tekanan. Sumber daripada Utusan Malaysia 14 Disember 2010.

12 Disember 2010

Taraf ibu kandung, tiri, mentua

SALAM Datuk, saya mahu bertanya, adakah kedudukan ibu tiri dan ibu mentua sama seperti ibu kandung? Apakah hukumnya mereka yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu tiri mereka sedangkan ketika kecil, dia banyak berkorban untuk mereka.

SHAH

Tangkak, Johor 
Ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat dan ibu mentua tidak sama perkataan dan kedudukannya. 
Jelas disebut dalam Al-Quran, ibu ialah orang yang melahirkan anaknya dan tidak akan sama dengan yang lain. 

Kalau ibu kandung menyayangi, merawat, mengurus dan mendidik anaknya itu memang kewajipan tetapi bagi ibu tiri, itu bukan kewajipan. 

Namun, jika ibu tiri kita menyayangi, mengurus dan mendidik kita seperti anak kandungnya sendiri, maka, dosa besar bagi kita kalau menyakiti hatinya. 

Dosa itu sama besarnya kalau kita menyakiti ibu kandung kita, begitu juga terhadap ibu angkat dan ibu mentua.

Sumber daripada Harian Metro 12 Disember 2010.

Apa maksud perkahwinan bahagia?


Saya ada membaca cerita perceraian terutama di kalangan artis.

Dalam banyak ceramah kekeluargaan, antara resipi kebahagiaan perkahwinan dan rumah tangga ialah kemahiran berkomunikasi, saling memahami dan pengorbanan. Tetapi, ia tidak ada dalam perkahwinan ibu bapa saya.

Walaupun, ibu bapa saya kekal sebagai suami isteri, rumah kami penuh dengan kesunyian. Ibu bapa membuat haluan masing-masing. Mereka tidak bergaduh, tetapi tidak bergurau senda.

Ibu saya selalu tidak mengendahkan bapa dan sering membiarkan bapa membuat halnya sendiri. Contohnya, apabila ibu ingin keluar berjalan dengan saya, dia tidak peduli sama ada sudah beritahu ayah atau tidak.

Ayah pula terlalu memberi muka kepada ibu. Apa saja yang dikehendaki ibu diturutinya. Ayah tidak pernah membantah permintaan ibu.

Saya pernah terdengar perbualan mereka iaitu ayah mahu ibu melahirkan anak lagi, tetapi ibu enggan sedangkan dia tidak bekerja. Memang pelik sikap ibu, tetapi ayah tetap sayang.

Dari sudut pendidikan, ibu saya tidak berpelajaran tinggi manakala bapa berkelulusan universiti. Mereka berkahwin lebih 23 tahun.

Sejak kecil, saya lihat mereka tidak suka keluar bersama-sama, tiada gelak ketawa, malah bapa jarang berbincang mengenai tugasnya dengan ibu.

Bapa sering seorang diri dan jarang mengikut ibu keluar. Ibu pula sering ke rumah ibunya yang hanya beberapa kilometer dari rumah saya.

Adakah disebabkan status pendidikan yang jauh berbeza, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik? Adakah ini bermakna saya kena memilih jodoh yang mempunyai taraf pendidikan lebih kurang sama dengan saya supaya perkahwinan itu tidak menjemukan?

Saya keliru dan tertanya-tanya sama ada ibu dan bapa saya gembira dengan perkahwinan mereka?

Apabila saya berkahwin nanti, adakah perkahwinan itu akan jadi seperti mereka, sebuah perkahwinan yang sunyi sepi?

Adakah saya perlu bercinta dulu sebelum berkahwin atau kahwin dulu baru bercinta?

ANAK SEDIH
Kuala Terengganu




PERKAHWINAN adalah sebuah hubungan yang ada kalanya unik. Pasangan yang tidak bahagia tidak semestinya akan bercerai.

Ramai pasangan suami isteri mengambil kira banyak faktor untuk mengekalkan sebuah rumah tangga terutama sekali apabila memikirkan kesejahteraan mental dan emosi anak-anak.

Kebahagiaan juga adalah relatif sifatnya, ada suami isteri yang mendefinisikan kebahagiaan perkahwinan sebagai melihat pasangannya gembira walaupun dirinya tidak gembira.

Seperti ibu bapa adik, setiap pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri untuk menilai perkahwinan dari sudut kebahagiaan.

Resipi kebahagiaan mengikut mereka adalah ukuran sendiri. Mungkin tingkah laku dan sikap ayah dilihat sebagai terlalu mengikut kata-kata ibu namun ayah adik mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau tidak membantah kehendak ibu.

Ayah boleh bersifat lebih asertif dengan meminta ibu memberi perhatian kepada dirinya, melahirkan anak lagi dan tidak selalu ke rumah ibunya.

Namun, ayah tidak melakukannya. Sikap ayah ini membuatkan ibu merasakan apa yang dilakukannya adalah betul. Apabila ayah tidak bersifat asertif, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan ibu.

Ayah perlu berhadapan dengan kesan daripada sifat dirinya yang tidak asertif dan tingkah lakunya.

Dr tidak tahu sama ada ayah dan ibu gembira atau tidak dengan perkahwinan mereka. Yang pasti, mereka mahukan perkahwinan itu berterusan.

Cara mereka berdaya tindak untuk mengatasi konflik rumah tangga adalah berdasarkan keinginan dan keunikan cara tersendiri.

Ada kalanya apa yang diinginkan sebuah pasangan tidak sama dengan jangkaan orang luar.

Apa yang sering adik baca mengenai resipi kebahagiaan sesebuah rumah tangga dari pakar perkahwinan atau pakar motivasi adalah sebagai satu panduan.

Berdasarkan kajian, resipi ini bersifat benar bagi banyak perkahwinan. Namun ia tidak semestinya benar bagi semua perkahwinan.

Ada pasangan yang melihat kebahagiaan rumah tangga dari sudut keinginan mereka tersendiri.

Mengenai perkahwinan adik nanti, apa yang didefinisikan sebagai kebahagiaan banyak bergantung kepada apa yang diinginkan oleh adik dan bakal suami.

Adik boleh menjadikan panduan kebahagiaan perkahwinan sebagai panduan menjalani kehidupan berumahtangga.

Mengenai pertanyaan adik sama ada disebabkan status pendidikan ibu bapa yang jauh berbeza, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik, jawapan kepada perkara ini perlu diteliti lagi. Membuat andaian hanya akan memberi jawapan tidak tepat.

Komunikasi yang baik bergantung kepada banyak faktor. Perbezaan taraf pendidikan boleh menjadi faktor kepada jurang komunikasi tetapi tidak semestinya benar berlaku kepada perkahwinan ibu bapa adik.

Ini juga secara tidak langsung menjawab kepada persoalan adik iaitu adakah perlu memilih jodoh yang mempunyai taraf pendidikan lebih kurang sama dengan adik supaya perkahwinan menjadi bahagia.

Sumber daripada Kolum Bimbingan Harian Metro 12 Disember 2010.

DR. RAJIEE HADI (PIBG DAN SEKOLAH)

SEMUA pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahukan hubungan Persatuan lbu Bapa Guru (PIBG) dengan pengurusan sekolah perlu ada pada tahap terbaik dan berkesan.Bahkan semua pihak mendambakan hubungan yang harmonis dan saling memahami antara satu sama lain. Apatah lagi hasrat murni ini selaras dan sesuai dengan penubuhan PIBG yang bertujuan menjadi jambatan penghubung di antara rumah dan sekolah serta ibu bapa dan guru.Tambahan pula, semua pihak berharap PIBG dapat memenuhi hasrat mulia itu sesuai dengan perkembangan pesat yang dialami negara.

Justeru,  kita sedia maklum bahawa fungsi utama penubuhan PIBG di sekolah-sekolah ialah menjaga dan melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru. PIBG juga berperanan memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah menerusi kegiatan-kegiatan akademik, kebajikan dan sosial seperti mana dalam garis panduan surat pekeliling ikhtisas KPM bilangan 5/2001.

Sehubungan dengan  ini, PIBG adalah gerakan komuniti yang sangat penting dalam sistem pendidikan negara lantaran ia bukan sahaja dianggotai oleh semua lapisan masyarakat, kaum atau keturunan tetapi mencakupi juga pelbagai bidang pekerjaan dan latar profesion. Pelbagai latar dan situasi inilah yang memberi kekuatan kepada PIBG untuk mengorak langkah dan bergerak maju mendukung cita-cita pendidikan bangsa dan negara.

Oleh itu, dalam erti kata lain PIBG  bukan sahaja sekadar  mengadakan mesyuarat agung malah boleh bergerak aktif melalui forum, wacana ilmu, dialog, seminar  dan perundingan yang boleh mengambil langkah perlu bagi membendung salah laku dan pelanggaran disiplin pelajar-pelajar sekolah. Kendatipun telah bertahun-tahun PIBG memainkan peranan sebagai institusi penghubung antara rumah dan sekolah namun belum banyak kajian yang menyentuh keberkesanan fungsinya.

Namun demikian dalam usaha merealisasikan usaha muafakat pendidikan, PIBG yang dilihat sebagai satu-satu institusi yang boleh berperanan secara berkesan maka penubuhan Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN) beberapa tahun yang lalu adalah suatu usaha murni dan positif. Soalnya, sejauh manakah keberkesanan badan induk ini dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab serta boleh dijadikan rujukan oleh PIBG lain boleh diperbincangkan secara sihat.

Setiap awal tahun persekolahan  banyak laporan di akhbar, ramai ibu bapa yang merungut kerana PIBG dilihat lebih cenderung dalam aktiviti pungutan derma yang kini ada sesetengah PIBG yang menggunakan istilah ‘yuran PIBG’ dan turut disenaraikan dalam kertas senarai tahunan pelbagai yuran dan buku-buku rujukan  sekolah. Sebenarnya sebahagian besar ibu bapa tidak  berkira sangat dalam soal menderma kepada tabung PIBG.

Namun apa yang menggusarkan kedapatan sesetengah PIBG yang mengenakan derma/yuran  tahunan PIBG yang kononnya diputuskan tetap atau wajib dalam mesyuarat agung  yang melebihi RM100.00 bagi setiap pelajar. Adakah sudah tiba masanya KPM atau PIBGN menetapkan kadar derma tahunan maksimum PIBG agar tidak timbul elemen penyalahgunaan kuasa?

Sebenarnya pungutan derma daripada ibu bapa, orang kenamaan, syarikat dan firma untuk memperoleh sumber kewangan PIBG untuk membantu pembiayaan projek sekolah bukanlah suatu paksaan. Ada PIBG yang beriltizam tinggi menganjurkan motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah dengan tujuan mengwujudkan kesedaran dan keyakinan kendiri ke arah kecemerlangan akademik,sahsiah dan kokurikulum.

Di samping itu ada PIBG yang bermurah hati memberi sumbangan dalam bentuk peralatan seperti projektor, komputer, mesin fotostat, peralatan kokurikulum, prasarana sekolah, hadiah-hadiah dan sebagainya kepada pihak sekolah. Soalnya adakah sumbangan seperti ini boleh mengabaikan pihak lain yang sepatutnya lebih dipertanggungjawabkan? Adakah adil PIBG memberi sumbangan seperti ini dengan menggalas beban ke pundak ibu bapa?

Sememangnya tidak dinafikan ada PIBG yang amat ghairah memfokuskan tanggungjawab lebih ke arah kegiatan sosial berbanding kegiatan kebajikan dan akademik.Tidak salah jika PIBG lebih mengutamakan menganjurkan kelas pemulihan dan kelas-kelas tambahan  percuma bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa lnggeris.

PIBG juga boleh   membantu pelajar-pelajar terutamanya yang kurang cerdas supaya berupaya mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah demi meningkatkan prestasi dan pencapaian mereka dalam peperiksaan kelak. Selain daripada itu PIBG juga boleh membantu pelajar-pelajar miskin dan memberi sumbangan buku-buku di perpustakaan dari semasa ke semasa. Bukankah buku-buku dan segala sumber ilmu itu merupakan harta tidak ternilai untuk jangka masa panjang?

Kini sudah tiba masanya PIBG wajar berusaha merapatkan hubungan ibu bapa dan masyarakat sekolah  dalam melicinkan usaha mencapai matlamat pendidikan. Sekiranya ibu bapa dan pihak sekolah  mahu mendidik para pelajar bersikap berjimat cermat dan tidak membazir seperti sering bertukar ganti saban tahun berbagai-bagai pakaian rasmi selain uniform sekolah seperti pakaian seragam kokurikulum, pakaian sukan, tanda nama dan sebagainya maka adalah wajar dirancangkan dengan teliti agar sikap negatif ini boleh diatasi dengan meletakkan kesungguhan dan kesepakatan bersama antara dua pihak.

Dan dengan lebih berkesan PIBG perlu menjurus usaha menyedarkan masyarakat umum khususnya ibu bapa atau penjaga mengenai peranan mereka terhadap pendidikan dan disiplin pelajar. Tegasnya, PIBG wajar bertindak sebagai pemberi dorongan dan ransangan agar ibu bapa atau penjaga berminat dalam menghadapi pelajaran anak-anak. Janganlah dipersalahkan ibu bapa jika ada ibu bapa yang masih berdegil tidak mahu menghadiri mesyuarat agung tahunan kerana mereka juga ada alasan tersendiri.

Sayugia dimaklumi, dengan menganjurkan aktiviti tanpa kutipan bayaran tambahan maka diharapkan hubungan PIBG dan sekolah yang sedia terjalin akan bertambah erat. Aktiviti menganjurkan bengkel keibubapaan, forum/dialog isu-isu pendidikan semasa dan kegiatan bersama pelajar seperti bengkel teknik belajar, motivasi, khemah ibadah, bina semangat  dan sebagainya wajar kerap diadakan secara berkala.

Kesimpulannya dengan usaha sebegini dapatlah  diyakini bahawa matlamat merealisasikan dan mengoperasikan sekolah penyayang dan perkhidmatan penyayang ke arah mengwujudkan budaya ilmu akan melibatkan semua individu dan agensi agar peka dan responsif. Dan yang menarik, diharapkan semua ahli PIBG dan warga pendidik di sekolah akan menyedari bahawa pembentukan generasi cemerlang yang boleh mengisi hasrat dan cita-cita wawasan pendidikan negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
 sumber daripada majalah PENDIDIK

06 Disember 2010

TELEFON BIMBIT DAN REMAJA.



TIDAK dapat dinafikan telefon bimbit adalah, “Sebagai alat perhubungan atau komunikasi yang dapat digunakan  sebagai penyambung silaturahim, sebagai hiburan, dan tidak menutup kemungkinan sebagai alat tambahan membantu dalam kerancakan berurus niaga ”. Kebanyakan remaja telefon bimbit adalah teman setia dikala kesepian sehinggakan mereka lebih rela bersendirian bersama telefon bimbit daripada bersama-sama dengan keluarga.


Tidak dapat dimungkiri, bagi mereka yang hidup dalam  dunia serba moden  yang menuntut segala sesuatunya serba cepat dan mudah, memiliki telefon bimbit sebagai satu kemestian.  Disebalik kerancakan remaja menggunakan telefon bimbit sebenarnya telah memberi  peluang besar kepada para perusahan komunikasi untuk mengaut  keuntungan yang berganda.  Mereka berlumba-lumba mengembangkan teknologi yang telah ada disamping berusaha mencipta produk-produk baru yang bakal mengisi pasaran.  Melalui inovasi-inovasi, mereka seolah menambahkan keghairahan remaja menambah keperluan dalam kehidupan mereka  Perkembangan teknologi sedia ada tentu tidak mungkin puas dengan kata sempurna dalam erti sesungguhnya.  Oleh yang demikian, tidak ada satu teknologi pun yang dikembangkan telah mencapai tahap akhir  inovasi-inovasi dan penemuan-penemuan berikutnya tetap mengikuti hasrat nafsu, dan keperluan  manusia.

Setiap sesuatu itu mempunyai risiko tersendiri.  Oleh itu telefon bimbit  tidak dapat dihindari dari  menghadirkan kesan  samping yang mempengaruhi kehidupan manusia.  Sekecil apa pun, teknologi pasti memiliki sifat “pengaruh ” , membuat manusia menjadi tergantung kepadanya.

Ketergantungan Terhadap Telefon Bimbit oleh Remaja

Beberapa  kajian dibuat mendapai ramai orang mengakui kebergantungan pada telefon bimbit telah mencapai taraf yang tinggi,  walaupun demikian, sifat “pengaruh ” sangat relatif tentunya.  Dari tempat yang jauh dari kesibukan kota yang diburu kemajuan teknologi, kemungkinan masyarakat masih belum dapat membayang kan kewujudan kecanggihan alat komunikasi yang dapat menghubungkan antara satu sama lain. Kemajuan teknologi berkembang seiring dengan peradaban manusa dalam memenuhi keperluan hidup. Telefon bimbit menjadi satu lambang kemegahan dan kemewahan dalam kehidupan gaya seseorang dan juga masyarakat. Begitulah tanggapan orang bijak pandai mengenai teknologi yang satu ini. Sama ada  suka atau tidak, kewujudan dan kehadiran teknologi telefon bimbit tidak dapat dielakkan.

Kesan Positif dan Negetif Telefon Bimbit

Kemajuan teknologi telefon bimbit berkembang pesat  menimbulkan kesan  positif dan negetif bagi para penggunanya. Khususnya para remaja:

Kesan Positif
1.     1.Mempermudahkan komunikasi.
2.     2.Menambahkan pengetahuan tentang perkembangan teknologi.
3.     3.Memperluaskan  jariangan persahabatan atau silaturahim.
4.     4.Penggunaan internet bila-bila dan di mana sahaja.

Kesan Negetif

1.     1.Mengganggu perkembangan anak: Dengan canggihnya perkhidmatan yang tersedia atau ditawarkan pada telefon bimbit seperti kamera dan permainaan (games) dapat  mengganggu remaja dalam pembelajaran mereka . Tidak dapat dinafikan kebanyakkan remaja terlalu leka menggunakan telefon bimbit seperti menerima  atau membuat panggilan tanpa menghiraukan masa dan situasi kekeliling mereka.  Lebih parah lagi ada remaja yang sanggup meniru dalam ujian atau peperiksaan .

2.    2.Remaja tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Keasyikkan  bermain ‘games’ yang terdapat dalam telefon bimbit  tanpa menghiraukan berapa lama masa yang  dihabiskan .

3.    3.Telefon bimbit dapat mempengaruhi sikap dan perilaku remaja. Jika ibu bapa tidak mengawal penggunaan telefon bimbit oleh remaja akan dapat menimbulkan kesan negetif yang serius.  Sebagai contoh, telefon bimbit digunakan untuk menyebarkan gambar-gambar mengandungi unsur  porno dan sebagainya yang nyatanya tidak layak dilihat oleh remaja sama sekali.

4.    4. Dapat mengundang jenayah.  Perlu diingat, remaja  dan pelajar salah satu sasaran  utama penjenayah. Kes rompakan dan kecurian telefon bimbit kerap berlaku dan remaja tidak terkecuali menjadi mangsa.

5.    5. Kesan rediasi.  Penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap dapat mendatangkan kesan terhadap kesihatan.

6.    6. Pembaziran.  Penggunaan telefon bimbit  melibatkan pengeluaran wang yang banyak jika remaja tidak dapat menggunakan kemudahan ini dengan bijak.  Kebanyakkan remaja lebih rela menahan lapar dan dahaga untuk menambah nilai  atau ‘Top Up’ telefon bimbit mereka.

Jika kita amati kesan positf dan kesan negetif diatas , dapat kita ambil kesimpulan bahawa telefon bimbit banyak mendatangkan kesan negetif  khususnya remaja jika mereka tidak bijak menggunakannya.  Oleh yang demikian UMMI NESSA mengajak para remaja berfikir sebelum bertindak dengan penggunaan telefon bimbit di kalangan remaja.  

Perceraian punca kerosakan generasi muda


SEBUAH keluarga seumpama satu blok yang tersusun menjadi bangunan dalam masyarakat. Keluarga adalah tempat hidup kita bermula dan kita terikat kepadanya. Jika perasaan sayang dan rasa terikat antara ahli keluarga utuh, semakin tenang serta bahagia sesebuah keluarga. 

Malaysia juga tidak terkecuali daripada turut menyaksikan perubahan nilai terhadap institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Perceraian kini menjadi perkara biasa, diterima umum dan dianggap lumrah. Ia berlaku dalam semua masyarakat sehingga tanpa sedar memberi nilai rendah kepada satu akad nikah yang perlu dipertahankan.
Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, ‘The Social Scientific Data on the Impact of Marriage and Divorce on Children’, Dr Patrick F Fagan menyatakan apabila wujud rasa terbuang antara pasangan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran, bergaduh, apatah lagi bercerai, maka seluruh isi keluarga terutama anak berasa sangat sengsara.

Kajian beliau turut disokong oleh pakar sosiologi keluarga membuktikan bahawa graf tertinggi sikap positif adalah terhasil dari keluarga yang ahli keluarganya berhubungan baik, saling terikat dengan perasaan kasih sayang.
Anak daripada keluarga sebegini mendapat gred lebih tinggi, mempunyai sikap yang baik, lebih ceria dan bagus dalam hubungan sosial. Mereka juga kurang terbabit dengan penyakit kejiwaan seperti kemurungan, kecewa keterlaluan dan sebagainya. 

Apabila ayah dan ibu tidak lagi mempunyai rasa terikat dan saling membuang, seperti ayah meninggalkan ibunya kerana wanita lain atau ibu meminta cerai kerana lelaki lain atau anak diberitahu dia adalah anak zina dan sebagainya. Dr Fagan mendapati anak ini mempunyai kesamaan dalam urusan kejiwaan mereka. Kekuatan dalaman anak itu tidak terbentuk dengan baik.

Banyak perkara negatif memenuhi jiwa dan memberi kesan langsung dengan tumbesaran mereka. Mereka kecewa dengan hidup, murung, suka membuli, melakukan keganasan, gagal dalam akademik dan juga gagal dalam hidup.
Apabila bilangan perceraian semakin bertambah dan anak mangsa cerai yang mengalami ‘tekanan kejiwaan’ bertambah ramai, mereka membesar dan berkahwin, mengulangi kesilapan ibu bapa mereka, maka masyarakat umum akan turut menerima kesan negatif daripada gejala itu. 

Kajian itu walaupun membabitkan masyarakat di Amerika, tetap wajar menjadi iktibar kepada kita di Malaysia terutama berkaitan keutuhan ikatan kekeluargaan. Jika Malaysia ingin maju pada masa depan, blok terpenting yang perlu dijaga adalah keluarga dan anak dalam sesebuah keluarga itu.

Kita perlu menanam dan menyuburkan rasa keterikatan antara pasangan suami isteri sehingga perceraian dilihat sebagai jalan terakhir selepas semua usaha mengalami kegagalan. Kepatuhan kepada agama, taat kepada Allah, memegang tanggungjawab sebagai pasangan dan ibu bapa kerana perintah agama perlu diterapkan.


sumber dari : PROF MADYA NURHIDAYAH MUHD HASHIM, 
Melbourne, Australia. 

03 Disember 2010

CERPEN: AMISON BTN OLEH RAJIEE HADI


AMISON BTN
Oleh
RAJIEE HADI

AMISON sudah lama bercita-cita mahu merebut jawatan Yang Di Pertua BTN alias Badan Tonjol Nama.  Sejak pembukaan, BTN yang diketuai oleh Lahabun lulusan Sarjana University of Oversea.  Amison kurang cocok dengan kepimpinan Lahabun yang masih bertarikan kuda sarkis, berentakan zimbomba zimbomba zimbomba.

Justeru adalah menjadi tugas Amison untuk menerajui dan sekaligus mengepalai hala ke mana BTN mahu diperjuangkan menjelang tahun 2000 nanti.

Amison sedar; dia memerlukan kesabaran, ketekunan dan kerajinan.  Dirasakannya dialah yang benar-benar memiliki sifat-sifat itu.  Dirasakannya juga setiap ruang kepalanya tersumbat dengan kalimah-kalimah yang berselirat dengan strategi  dan perancangan untuk bangsanya yang bukan sahaja terabai oleh sisa-sisa penjajah  bahkan bangsanya kini kian tercabar dan dicabar, getus hati Amison.

Biar apa pun tentangan yang dihadapi,  api wira yang berkobar-kobar  dalam sangkar dada Amison, tidak mudah luntur.  Bahkan suara batin yang berkepul-kepul dalam dirinya, meraung-raung bagaikan gempita sang guntur lakunya.

Biarlah mati hidup Amison bersama BTN.  Biarlah sorak sepinya bersama BTN.  Dia rela bergelumang dalam arus perjuangan BTN.  Biarlah. Biarlah segala-galanya, biarlah.  Amison sudah nekad.  Amison sudah bulatkan hasrat.

Sebenarnya, telah bertahun-tahun dia mengumpulkan sekalian kekuatan hati dan keyakinan diri untuk menempuhi segala risiko yang menghalangi.  Walauapa pun cabatan mendalangi, dia gigih menentangi hingga ke titisan darah terakhir.  Dan teringatkan sajak AKU peninggalan akhir Almarhum Chairil Anwar tiba-tiba bola mata Amison berkaca.

Sudah kerap benar Amison menyakinkan segunung harapan pada Farion; satu-satunya teman rapat yang dipercayainya, sekaligus lelaki harapan terkanan yang bakal menggantikan tempatnya.  Selain Farion, Amison menggantungkan harapannya kepada Jawatankuasa BTN seperti Syahnestum, Superior, Jafiro, Zahibon , Unan dan Kadamun yang bergelar Tuk Imam Swasta.

MULUK

Amison menginsafi yang bukan sedikit tentang bangsa dan tanah airnya.  Selama ini dalam tengkorak bangsanya telah berserabut dengan akar umbi hal-hal yang muluk.  Ya, bangsanya terlah berabad-abad dijajah pemikiran dan sosio-budayanya.  Bukan sesuatu yang aneh.  Orientalis barat mengecap bangsanya hina-dina di atas bumi pusaka turun-temurun ini, fikir Amison waras.

Amison menggertap bibirnya.  Dia teringatkan betapa bangsanya dituduh keturunan malaun pemalas.  Tidak tahu berdikari. Rendah martabat. Pengamuk.  Dan macam-macam tomahan yang menyebabkan Amison sekali lagi menggenggam penumbuk ke udara.  Amison merasakan dirinya hilang kesabaran lalu ingin membuka langkah ke gelanggang memegang ulu Taming Sari.

“Apakah kita selama ini sanggup dimomokkan dengan sikap menghina diri?” tanya Amison kepada para hadirin di Majlis Ulangtahun Kesepuluh penubuhan BTN.

“Tidak.  Tidak sama sekali! Tidak! Tidak!!!” gemuruh pekikan sekata sekalian tamu itu menambahkan  sari yakin dalam dada Amison yang meruap.

Amison semakin galak.  Obor dalam dadanya terus membara.  Ghairahnya tidak dapat dibendung. Seolah-olah dia merasakan perjuangannya mengembalikan maruah bangsanya yang hampir sirna, terpancar kembali.  Amison menatap girang.

“Tuan-tuan dan puan-puan.  Fikirlah.  Apakah sikap berani menegakkan kebenaran dengan idea-idea jitu tidak diperlukan lagi oleh bangsa kita?” soal Amison sambil mengelus-ngelus lembut janggutnya yang meruncing ke bawah.  Sesekali disuaknya jurai-jurai rambut yang menutup sulah dahinya yang berkilat kehitaman.

“ Apakah kita patut pupuskan sikap egoistik bangsa kita? ” Apakah suara lantang menuntut hak-hak kemanusiaan yang ada dalam diri bangsa kita wajar dipunahkan?  Bagaimana sikap kurang ajar tetapi tidak terlebih ajar yang mula bertunas di tapak kaki bangsa kita sekarang:” soal Amison lagi bertalu-talu tanpa menunggu respons pendengar di hadapannya.

Para hadirin mula terpukau.  Konsep perjuangan BTN yang pada mulanya samar-samar di hati masing-masing mula menampakkan maksud dan matlamatnya.  Dan ada di antara mereka mula mencongak nasib nenek moyang terdahulu, dan nasib anak cucu terkemudian.  Amison memerhati gelagat mereka.  Dan Amison dapat menduga sesuatu.  Ya, semuanya berhubung-kait dengan harga diri.  Nama bangsa. Dan jati diri bangsa, fikir mereka,  cetus hati Amison memutuskan teka-teki hatinya.

HARMONIS

Amison puas.  Gumpalan rasa hati yang membuak-buak selama ini sukses diletuskan dalam situasi yang harmonis sekali.  Sebagai bakal pemimpin harapan nusa bangsa menjelang tahun 2000 nanti.  Amison tidak tergamak menyaksikan sebuah letusan yang memuntahkan bahang lahar seperti Sang Karakatoa pada  abad ke-19 lampau yang melanda rumpun bangsanya.  Amison insaf.

Atas sebab-sebab menanti tirai hari depan gemilang, BTN yang diimpikan Amison, mahu  digerakkan dengan lebih dinamik, progresif lagi sofisikated.  Dan Amison tersenyum sendirian apabila mengingatkan kejayaan yang bakal diraih BTN pimpinannya kelak.

Dalam kotak fikir Amison, membayangkan kejayaan itu akan menjulangkan namanya sebagai Tokoh Penegak Bangsa.  Nama Amison akan tercatat lalu didirikan tugu memorial  di setiap kota negara ini.  Namanya terpahat sebagai pejuang unggul maruah dan martabat bangsa sarwajagat.  Dan mengingatkan keagungan namanya,  sekali lagi bibir Amison mengorak riang.  Dalam diam-diam dia mengumpulkan segala kekuatan untuk mempertahankan keunggulan namanya.

“Apalah ada pada nama Amison? usik Kadammun, sewaktu selesai solat Maghrib,  Amison duduk bersimpuh  membetul kopiah lusuhnya.

Amison yang keletihan kerana petang itu mengikuti kursus intensif  “Latihan Daya Kreativiti anjuran sulung BTN di Bukit Merbuk cuma membisu.  Tanpa berkata, Farion mencelah
“Nama memang penting Mun.  Nama ‘kan agen utama dalam komunikasi harian kita” ujar Farion singkat tapi bernas.  “Sebab itu kita patut menonjolkan nama kita, sampuk Jafiro pula yang turut tumpang sekaki.  “Kerana itulah BTN ini patut aku pimpin.  Ya kau pimpin watak untuk kembalikan nama harum bangsa kita seperti zaman gemilangnya dalam  abad ke-15 silam,”  celah Amison yang tampak bersemangat untuk berkempen.  Sahabat-sahabat seusrah mengangguk akur.

“Kita perlu mebina nama Kadamun,”bisik Amison lagi memberi keyakinan. 
“Tolong jelaskan’” pinta Kadamun kebodohan.  Sementara Kadamun, Superior, Zahibun dan Unan serta Syahnestum hanya melopong dengan rasa ingin tahu yang mendalam.

GIRANG

“Kalian nak tahu? Baiklah” Amison tersengeh girang melihatkan minat yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabatnya.

“Kerana namalah yang membina peribadi.  Nama mengembalikan maruah.  Bahkan mengembalikan tenaga  lahir dan batin!”  Amison terhenti.  Dia mengalih sandar untuk menghilangkan lenguh.  Sementara kawan-kawannya tergelak.  Amison turun merasakan dirinya adanya kelucuan.

“Kalian harus faham.  Nama melambangkan identiti. Nama sumber dihormati.  Nama juga punca komersial,” kata Amison galak sambil mengaru-garu siku kirinya.  Dan Amison menyambung lagi:
“Sebab itu, siapa kata nama tak ada apa-apa.  Nama baik akan disanjung. Dan… dan…”
“Dan nama juga akan dilaknat!”  sahut Farion. 
“Justeru  tonjolkan nama kalian agar tidak dilaknat!” bentak Amison sepontan.

Setelah mendengar hujah Amison, mereka merendahkan pelupuk mata masing-masing tanda setuju.  Pada malam itu detik hati masing-masing menyetujui Amison mengambil alih bahtera BTN kali ini.  Farion secara terbuka mengakui kepintaran dan kebijaksanaan Amison.  Amison pemimpin nombor wahid BTN, desis hati Farion.

Terasa lapang dada Amison, kerana kali ini mempunyai barisan orang-orang yang kuat yang berdiri kukuh di belakangnya .  Mereka inilah yang diharapkan Amison akan menyebarkan amanat perjuangannya ke pelosok kota dan desa.

Jauh di dasar hati Amison bercambah rasa mahu merubah pemikiran manusia mutakhir.  Manusia menjelang tahun 2000 ni bodoh terpelajar, bentak hati kecilnya.  Dalam tempurung benak hati Amison tergambar, garis strategi dan cabar pimpinannya akan dapat mengalahi Hitler dan Yamashita ataupun Napoleon Bonarparte.

“Ah! Orang semua gila kerana tidak mahu menilai ketokohanku sepuluh tahun lalu”. Rasa kesal itu masih bersarang dalam ingatan Amison.  Pada jarak waktu itulah Amison  memendam impian dengan seribu tekanan yang menyeksa jiwanya.  Namun Amison tetap bersabar.

Amison diam. Berfikir. Panjang. Manusia itukah yang bersalah?  Dia bertanya sendiri dalam hati.  Kadang-kadang Amison hairan melihat manusia menjelang tahun 2000 rela dibelenggukan.  Mengejar wang? Jadi robot? Diburu? Terburu? Memburu? Amison bertanya sendiri lagi dalam hatinya.

Lama juga Amison berdiri di kaki lima itu.  Tubuh lusuhnya tegak lurus pada langit petang yang tampak bening.  Lorong Merpati amat lengang.  Hanya seekor anjing kurus dan kotor di hujung lorong. Dia nampak anjing itu mengais-ngais tong sampah.  Di udara burung bayang-bayang menghampirinya.  Dan dia pun terpana.

(tersiar dalam akhbar  WATAN, Sabtu 30 – 1 April 1985)



Sidang pembaca yang budiman sila hayati dan tafsirkan apa yang tersurat dan tersirat daripada cerpen di atas yang telah ditulis oleh pengarang lebih daripada 25 tahun yang lalu yang masih dirasakan relevan hingga kini.- UMMINESSA

30 November 2010

HIBURKANLAH HATI SUAMIMU YANG SEDANG GUNDAH

"Dari Khadijah r.a., ia berkata:Wahai Rasulullah, anak bapa saudaraku, sanggupkah tuan menceritakan kepadaku tentang teman tuan yang datang kepada tuan jika ia datang? Beliau bersabda : Dapat.  Ia berkata: Kalau ia datang lagi kepada tuan, beritahukanlah kepadaku kedatangannya.  Lalu Jibril datang sebagaimana kebiasaannya, lalu Rasulullah SAW  berkata kepada Khadijah: Wahai Khadijah, ini ada Jibril datang kepadaku. Ia berkta: Ya, wahai anak bapa saudaraku.   Duduklah tuan diatas peha kiriku.  Rasulullah SAW pun berdiri dan duduk di atas peha kirinya.  Ia berkata: Adakah tuan masih melihatnya? Beliau bersabda: Ya. Ia berkata: Pindahlah dan duduklah tuan di atas peha kananku.  Lalu Rasulullah SAW pindah dan duduk di atas peha kanannya.  Ia berkata: Apakah tuan masih melihatnya? Sabdanya: Ya.  Ia berkata: Lalu ia mengambil dan memakai kerudungnya, tetapi Rasulullah SAW tetap duduk di atas pangkuannya, kemudian (Khadijah) berkata: Adakah tuan masih melihatnya? Sabdanya: Tidak .  Ia berkata : Wahai anak bapa saudaraku, tenanglah dan tetaplah bergembira hati.  Demi Allah, sesungguhnya orang itu adalah malaikat dan sama sekali bukan syaitan”
 (Hadis riwayat Ibnu Najjar)

KHADIJAH, isteri baginda Rasulullah Saw, semasa melihat suaminya dalam keadaan gundah kerana turunnya wahyu pertama kali kapadanya merasa sedih melihat keadaan suaminya. Oleh kerana itu Khadijah selalu menghiburkan Rasulullah SAW dengan kata-kata manis dan mengembirakan.  Khadijah berkata:”Wahai anak pakcikku, tenanglah dan tetaplah bergembira hati.  Demi Allah , sesungguhnya orang itu adalah malaikat dan sama sekali bukan syaitan.”  Ucapan seumapama ini dimaksudkan untuk menghilangkan perasaan sedih dan gundah Rasulullah SAW sehingga beliau dapat merasa gembira dan tenang kembali seperti hari-hari biasanya.

Para isteri sesungguhnya dapat melakukan perkara yang serupa kepada suami bila melihat suami murung atau gundah.  Isteri seharusnya memahami dan cuba menggali isi hati suaminya untuk mengetahui apa yang sedang dihadapinya dan berusaha untuk menghiburkannya agar tidak hanyut oleh persoalan yang dihadapinya.  Begitu juga para suami hendaklah sentiasa menghiburkan hati isterinya apabila melihat isteri dalam keadaan murung atau sedih.  Carilah punca dan sebab-sebab yang membuat isteri bersedih mahupun gundah.

Hendaklah suami dan isteri berusaha agar saling membesarkan hati pasangannya di kala pasangannya menghadapi kesusahan dan kesedihan.  Dengan sikap ini dapat menambahkan kemesraan antara keduanya.


19 November 2010

Kahwin muda punca penceraian, Daud

Perkahwinan awal di kalangan pasangan muda merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan kadar perceraian pasangan Islam di Sarawak meningkat.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di bandar besar seperti Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu meningkat dengan banyak.
“Jumlah pasangan Islam yang berkahwin meningkat setiap tahun. Malangnya, jumlah perceraian juga meningkat.
“Faktor utama yang menyumbang kepada perceraian di negeri ini ialah pasangan berkahwin terlalu awal dan terlalu cepat.
“Pada awalnya, mereka rasa mereka sesuai untuk satu sama lain tetapi selepas beberapa ketika mereka mendapati mereka tidak sesuai. Selepas itu mereka ucap selamat tinggal dan bercerai. Malah ada sesetengahnya menghilangkan diri,”
katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ibadah Korban di Surau Nur Hidayah di Kampung Kolong 2 Wetan di sini hari ini.
Daud berkata Majlis Agama Islam negeri (Jais) menawarkan sesi kaunseling untuk pasangan yang bermasalah dalam usaha menyelamatkan sesebuah perkahwinan itu.
“Kaunselor kami dari Jais akan menasihatkan mereka. Biar mereka cari kemungkinan untuk bersatu kembali sebelum membuat keputusan bercerai. Pasangan akan diberi masa untuk menenangkan diri. Kadar mereka yang menerima nasihat kami agak tinggi,” katanya.
Minggu lepas Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri Datuk Seri William Mawan Ikom berkata kementerian akan mengadakan kajian mengenai kehidupan berkeluarga dan perceraian, yang dijangka siap Julai depan, bagi memahami kenapa pasangan kahwin awal dan cepat bercerai.
Kadar perceraian di Sarawak meningkat sehingga 50 peratus daripada jumlah perkahwinan yang didaftarkan di negeri ini.
Sementara itu, Daud berkata tidak ada kejadian perkahwinan melalui sindiket yang berlaku di negeri ini.
“Kami memantau perkara itu dan sehingga kini Jais tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu,” katanya. — (Sumber daripada BERNAMA)