PENDIDIKAN ISLAM 2 AA201


INSTITUSI KEKELUARGAAN


1.     Definisi Perkahwinan: Bahasa Arab “nikah”- kumpul, cantum, himpun
         fekah – satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan
         lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan
         menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahannya.


2.     Dalil:” Maka kahwinlah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga dan empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat melakukan keadilan, maka kawinlah seorang sahaja.”(an-nisa : ayat 3)

         “  Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan (zahir dan batin)
    untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin.  Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan
    (menjaga) pandangan mata dan mengekang hawa nafsu (menjaga kehormatan). Maka sesiapa yang tidak
    berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu (mengawal nafsu
    syawat) “ (Al Bukhari dan Muslim
3.     mattlamat perkahwinan
a.     mendapatkan keredaan Allah
b.     mengikut sunnah Rasulullah saw.
c.     Hubungan kasih dan sayang
d.    Mendapatkan zuriat
e.    Memenuhi kehendak semulajadi (naluri)
f.      Membesarkan saiz keluarga dan persaudaraan

4.             Hukum nikah
wajib – mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkannya kelembah maksiat.
- kemampuan  dari segi maskahwin dan nafkah
    -  yakin tidak menganiaya terhadap isterinya
                      Sunat  -  mampu serta sanggup memikul tanggungjawab
-  boleh mengawal diri daripada perbuatan zina.
-  mempunyai tab’ie yang sederhana
Haram – tidak mampu zahir dan batin
-  bila berkahwin akan menyusahkan isterinya
-  tidak mempunyai keinginan.
Makruh-  bagi orang yang tidak mampu memberikan nafkah zahir dan batin
-  jika berkahwin menyusahkan isterinya
-  mempunyai kemampuan kewangan tetapi tidak mampu dari segi batin.
Harus – adalah hukum asal perkahwinan iaitu orang yang tidak ada padanya penyebab –
             penyebab di atas (wajib,sunat, haram dan makruh)
5.             Memilih Jodoh
a.    beragama
b.     gadis
c.     keturnan yang banyak anak
d.     tidak dari keluarga yang terdekat.

6.             Perempuan –perempuan yang haran dinikahi
a.  haram buat selama-lamanya iaitu:
i.      sebab keturunan
ii.   sebab penyusuan  : syarat susuan:
       - ibu yang menyusukan telah baligh
       - anak yang disusukan belum sampai usia 2 tahun
       - 5 kali susuan yang berasingan dan tiap kalimenyusui sampai kenyang dan di telan sampai ke
          perut.
                                        
                       iii.  sebab persemendaan : ibu tiri, datuk tiri ke atas
                                                                                 - ibu mertua samaada dari keturunan @  penyusuan           
                                                                                 - menantu perempuan , cucu hingga kebawah
                                                                                 - anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya belum disetubuhi
                                                                                    kemudian diceraikan sama ada anak tiri dari keturunan. 
                  b.   haram buat sementara   - sebab menghimpunkan _ emak saudara isteri sebelah ibu, anak saudara isteri
                                                                    dari saudara lelakim, saudara isteri (ipar),
                                                                    haram buat sementara atas sebab bakal isteri masih isteri orang, masih dalam
                                                                    edah, talak tiga an berlainan agama
                                                                                                           
                                                                          
PERTUNANGAN (AL-KHITBAH)
Definisi – dari bahasa Arab al-khitbah ; pertunangan iaitu melahirkan keinginan hendak berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan melalui saluran syarak.

Proses Pertunangan:

Mengenalpasti - mengenal pasti perempuan yang menjadi pilihan
Merisik menghantar wakil atau datang sendiri untuk merisik (menyiasat latar belakang bakal pasangan) Islam membenarkan memandangkan bakal pasangan mengikut batas-batas yang tertentu.
-         
Meminang- adalah peringkat terakhir sebelum perkahwinan dilaksanakan.  Memilih tarikh perkawinan, mahar dan lain-lain.
- Adalah peringkat terakhir sebelum perkawinan dilaksanakan. Memilih tarikh perkahwinan , mahar dan lain-lain.



Kaafah (sekufu)
Definisi: sebanding atau sepadan .  perkara yang dengan ketiadaannya menyebabkan aib sepadan (kafaah)

Tujuan :
1.         untuk menjaga keselamatan dan kerukunan dalam perkawinan
2.         agar suami mempunyai kewibawaan serta  kehebatan dipandang tinggi, hormat dan mulia  
    pada pandangan isteri.
Aspek yang dinilai:
1.        beragama                              5.  akhlak
2.        merdeka                                 6.  berilmu
3.       harga diri                                7.  aib
4.     keturunan                                8.  umur
                                              9. pekerjaan

Mas Kawin /Mahar.
Definisi : pembrian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab perkawinan.
Sesuatu yang boleh dijadikan mas kawin:
1.mata wang
2.harta benda
3.perkerjaan (mengajarkan ilmu agama)
4.makanan
5.memerdekakan hamba.
Kadar mas kahwin:
1. musammasamaada disebut semasa akad atau tidak dengan kerelaan.
2. Mithli : tidak ditentukan kadarnya, tetapi dibangkan dengan mahar keluarga isteri.

Hukum menyebut mahar:
Sunat : hokum asal kerana Rasulullah saw. Tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad.
Wajib:                         -     jika bakal isteri masih kecil , gila, atau bodoh.
1. Bakal suami bersetuju memberikan mahar  lebih dari yang sepatutnya.
2. Perempuan yang sempurna tapi tidak menyerhkan urusan maskawin kepada walinya.
3. Bakal suami masih kecil, gila atau bodoh dan belum boleh menguruskan dirinya sendiri sedangkan bakal isterinya bersetuju mahar yang kurang dari yang sepatutunya.



RUKUN NIKAH
5 Rukun : 1. suami      : -   orang yang halal dinikahi
                                                -  mengetahui bakal isteri itu sah dinikahi
                                                -  dengan pilihan hati (tidak dipaksa)
                                                - suami bukan dalam ihram
                                                - calon suami itu lelaki asli
                     isteri                   - perempuan yang halal dinikahi
                                                -  benar-benar seorang perempuan
                                                -  dengan kerelaan sendiri kecuali masih gadis lagi.
                                                -  bukan dalam ihram
                                                -  seseorang yang tertentu orangnya
wali              -  Islam, lelaki, baligh, merdeka, berakal, adil, atas kemahuan sendiri, bukan
   dalam keadaan ihram, tidak cacat akal atau tidak terlalu tua. Tidak dari orang 
                      yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartabendanya kerana bodoh
                      atau terlalu boros (muflis).
Saksi            - Islam, lelaki, baligh, merdeka. Berakal, adil (tidak fasik) tidak dipaksa,  bukan   dalam ihram, dapat
                      melihat, bercakap dan mendengar. Bukan menjadi wali bagi si perempuan yang akan dinikahinya),   
                      kuat ingatan, memahami ijab dan qabul (faham dengan bahsa yang digunakan ketiak akad).
Ijab               - hendaklah dengan perkataan nikah atau perkataan yang sama erti dengan terang tepat seperti:
                    ” aku nikahkan engkau” atau “aku kawinkan engkau”.
1. tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain sperti:
”aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau “.
2. Ijab mesti ta’yin ( disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan)
3. Diikuti qabul oleh pengantin lelaki dengan segera.
4. Hendaklah didengar dan difahami oleh 2 saksi.
5. Tidak boleh bertaklik (pergantungan pada sesuatu kejadian)
”aku nikahkan dikau dengan anakku Siti Zubaidah sekiranya anaku itu diceraikan dan selesai eddahnya”
6. Lafaz nikah itu tidak boleh  mengandungi perkataan yang menunjukkan perkawinan yang terbatas dan tertentu (dihadkan masanya)
7. Lafaz dari pada wali atau wakilnya
        Qabul
-   diterima oleh calon suami
                “ aku terima nikahnya”
  -  tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan lain diantara ijab
     dan qabul.
  -  lazaf yang tidak tertaklik.
  -  tidak mengandungi perkataan yang terbatas watunya.
     Lafaz qabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
        -   hendaklah dengan terang dan nyata bukan sindiran.



                        Wali                - bapa
  - datuk sebelah bapa hingga keatas 
  - saudara lelaki seibu sebapa
  - saudara lelaki sebapa
  - anak saudara lelaki seibu sebapa
  - bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa
  - bapa saudara (sebelah bapa) sebapa
  - anak bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa
  - anak bapa saudara (sebelah bapa) sebapa
  - hakim (sultan) termasuk orang yang dilantik oleh sultan seperti kadhi dan naib
    khadi.

   Jenis wali :
   Mujbir : bapa atau datuk lelaki semasa ketiadaan bapa.
   Ab’ad : selain bapa atau datuk lelaki daripada susunan wali nasab
         (sebab perpindahan dari mujbir kea bad ialah ):
         -     belum baligh
1. tidak siuman
2. fasik
3. hamba sahaya
4. bisu atau pekak
                    5. Hakim : mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam sesuatu sebab.
              - ketika tidak ada wali nasab
              - wali enggan menikahkan
              -  wali berada jauh sekadar yang mengharuskan qasar sembahyang.]
              -  wali dalam ihrma
              - wali itu sendiri berkahwin dengan perempuan itu
              - wali bersembunyi
                                                           - apabila  tiasa 10 wali nasab, ia diwakilkan kepada wali hakim yang
                                                             dilantik oleh pemerintah.


TANGGUNGJAWAB SUAMI MENURUT ISLAM


ADIL
SALAH  satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

    Suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama  
   dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda      
   Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan.
   Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai
   mengawal isteri.
   Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal
   isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini
   lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami
   hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami
   perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga
   dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”

(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.(sumber:airmein.wordpress.com)

TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTARI DALAM MENCARI BAHAGIA BERUMAH TANGGA


1) Pendahuluan

Keluarga ialah kelompok yang paling kecil dalam sesebuah masyarakat. Keadaan sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi masyarakat sekelilingnya. Berkecai keluarga, berkecailah masyarakat dan jika aman damai dan bahagia setiap kelurga akan membawa kebahagiaan kepada masyarakat itu. Demikianlah pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.

Tanggungjawab adalah amanah Allah yang telah diletakkan ke bahu manusia, manusia memikul berbagai tanggungjawab di antaranya tanggungjawab kepada keluarga dan tanggungjawab ini akan ditanya Allah sama ada telah disempurnakan atau sebaliknya. Sabda Rasulullah, maksudnya :

“Setiap kamu adalah ketua dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaannya. Lelaki (suami) adalah ketua di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Bukankah setiap kamu itu ketua dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.”

Apabila seseorang itu selesai diijab-kabulkan maka sama ada dia sedar atau tidak dia telah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.


2) Tujuan perkahwinan

1. Untuk meneruskan wujudnya keturunan manusia.

Firman Allah, maksudnya : “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu diperkembang-biakkan daripada keduanya lelaki dan wanita yang ramai”.

2. Pemeliharaan terhadap keturunan

Dengan perkahwinan manusia dapat menentukan zuriat dan keturunannya dan mempunyai harga diri. Tanpa perkahwinan tentulah sesebuah masyarakat itu akan jadi porak peranda.

3. Menjaga masyarakat dari sifat yang tidak bermoral

Sabda Rasulullah S.a.w, maksudnya : “Wahai anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu membendung pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.”

4. Menjaga ketenteraman jiwa

Firman Allah maksudnya :  “Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi keterangan bagi orang yang berfikir."

5. Memberi perlindungan kepada anak yang dilahirkan

Perkahwinan menjamin keselamatan kanak-kanak. Tanpa ikatan perkahwinan seseorang boleh mengelakkan diri dari menjaga kebajikan seseorang anak. Oleh kerana itu akan lahirlah masyarakat kucar-kacir dan terbiar.

Untuk menjamin kebahagiaan di dalam sesebuah rumahtangga, suami isteri hendaklah memahami tujuan perkahwinan dan juga mengetahui dengan jelas tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam.


3) Apa dia kebahagiaan dan di mana letaknya?

Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan harta, Kebahagiaan; suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu; “Ketenangan hati, kelapangan dada dan kerehatan atau keselesaan hati kecil”, ianya berpunca dari dalam hati manusia, bukan dari luar.

Sebagaimana berlaku satu kisah seorang suami marahkan isterinya, katanya mengugut; “Abang  akan lakukan sesuatu sampai engkau menderita”, jawab isteri dengan tenang; “Abang tidak akan dapat menjadikan saya menderita sebagaimana abang tidak mampu membahagiakan saya”, jawab suami dengan penuh marah; “Kenapa tidak?” , kata isteri; “Kalau kebahagiaan ada pada gaji, boleh abang potong, atau pada perhiasan boleh abang rampas daripada saya, tetapi kebahagiaan berada di tempat yang abang tidak terdaya menguasainya dan semua manusia tidak berjaya”, tanya suami dengan penuh hairan; “Apa dia?” Jawab isteri dengan penuh yakin; “Saya dapati kebahagiaan saya terletak pada iman saya dan iman saya berada dalam hati saya dan hati saya tidak siapa dapat menguasainya kecuali Tuhan saya”.

Ya, itulah kebahagiaan yang sebenarnya yang tidak seorang dapat memberi dan merampasnya. Kebahagiaan menjadi syurga impian oleh setiap individu tak kira kaya atau miskin, raja atau rakyat, pendek kata tidak ada seorang pun di dunia ini yang inginkan kecelakaan untuk dirinya. Ianya tidak terletak pada harta atau pangkat tetapi pada hati.

Tetapi walau bagaimanapun kadar harga yang tertentu adalah diperlukan untuk melaksanakan kebahagiaan hidup, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya :

“Empat perkara yang membawa kebahagiaan, isteri yang baik, rumahtangga yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.”


4) Tanggungjawab suami terhadap isteri

Suami adalah merupakan ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya. Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah S.w.t sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :

i. Wajib atas suami memberi mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.

ii. Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :

a. Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.

b. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”

iii. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya:  “Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”

iv. Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.

v. Suami wajib menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.

vi. Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya).

Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :

1. Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya. Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan dia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya. Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud :

“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”

2. Hendaklah suami memberi kelapangan perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupun tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila dia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.

3. Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila dia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.

4. Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya dia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”

5. Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.

6. Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.

7. Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang 'queen control').

8. Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam. Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).

Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.



5) Tanggungjawab isteri terhadap suami

Kalau suami mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Sesungguhnya tugas seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud :

“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


Antara tugas isteri ialah :

1. Jujur dan taat setia kepada suaminya dalam sebarang hal dan pekerjaan yang tidak berlawanan dengan hukum Islam.

2. Menyampaikan hajat suami kepadanya, iaitu perkara-perkara yang dibolehkan oleh Islam termasuk perkara yang mengenai hubungan kelamin, sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud.

“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatnya (isteri) hingga ke subuh.”  (Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)

3. Isteri mestilah berkelakuan sopan terhadap suaminya, wajib menjauhkan kata-kata yang menunjukkan kedurhakaan atau menyakitkan hati suami seperti memaki, berleter atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama atau adat.

4. Janganlah memberati atau memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke lembah curang seperti rasuah, curi, rompak dan sebagainya. Rasulullah S.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan merungut meminta belanja (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan Abi Hurairah)

5. Minta keizinan suami apabila hendak keluar dari rumah walaupun untuk menziarahi keluarga, ibu-bapa atau kerana menuntut ilmu. Sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:

“Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah dia di dalam kemurkaan S.w.t sehinggalah dia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”

6. Hendaklah memelihara harta benda dan rumahtangga supaya bersih, rapi dan kemas serta isteri tidak boleh memberikan sesuatu harta benda suaminya kepada orang lain tanpa izinnya.

7. Segera meminta maaf apabila terlanjur mendurhaka kepada suami sepertimana yang dipraktikkan oleh Fatimah puteri Rasulullah S.a.w menurut sepotong hadis yang bermaksud:

Fatimah telah datang berjumpa ayahandanya Rasulullah S.a.w dalam keadaan menangis dan mukanya berubah tanda penyesalan lalu bertanya Rasulullah S.a.w: “Kenapa wahai anakku, Fatimah?” Fatimah menjawab, “Ayahanda, kelmarin anakanda dengan Ali telah berseloroh (bergurau) sehingga terbit kata-kata anakanda yang menyebabkan Ali marah anakanda, anakanda menyesal kerana sebab mulut anakanda itu Ali menjadi marah, lantas anakanda meminta maaf darinya dan mengeliling dia sebanyak tujuh puluh dua kali sehinggalah dia memaafkan dan Ali pun tertawa serta redha”. Sabda Rasulullah kepada Fatimah,”Demi diriku yang telah diangkat oleh Allah sebagai Nabi, sesungguhnya engkau sekiranya meninggal dunia sebelum Ali redha atas kesalahan itu takkan ku sembahyang jenazah engkau”.

8. Jikalau suami tidak berharta dan isteri dari anak orang kaya janganlah isteri menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan harta yang diberikan bapanya sambil mengecilkan pemberian dari suaminya, serta berkata, ”Apalah yang awak boleh berikan kepada saya dan tengok ini, itu dan sebagainya semuanya bapa berikan kepada saya”, isteri yang bersikap demikian terhadap suaminya. Pernah Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud :

“Allah akan menghapuskan amalan perempuan itu sekalipun banyak amalan kebajikannya.”

9. Hendaklah isteri memakai pakaian yang cantik dan bersih di hadapan suaminya. Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud:

“Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”

10. Isteri wajib memelihara perasaan dan peraturan suaminya, isteri tidak boleh membenarkan masuk seorang lelaki atau perempuan yang tidak disukai ke dalam rumah. Jika isteri hendak berpuasa sunat ketika suaminya berada di rumah hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

11. Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah S.a.w dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jima' oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil dia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya dia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila dia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka”.  (Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah S.w.t kepada seorang isteri yang solehah. Apabila suami dan isteri melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing maka lahirlah rahmat dan kasih sayang yang akan menghasilkan kebahagiaan bersama seperti yang dikehendaki oleh Allah S.w.t di dalam firmanNya, maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.  (Surah Al-Ruum : Ayat 21)


Apabila tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan maka di sana ada pula tanggungjawab bersama yang mesti diawasi dengan rapi yang juga merupakan factor-faktor penting dalam mewujudkan rumahtangga bahagia, antara lain:

i) Anak-anak yang didapati hasil dari perkongsian hidup suami isteri hendaklah diberi pendidikan yang sempurna sama ada dari segi rohani, jasmani dan akalnya atau dalam erti kata yang lain ditanam dalam dirinya iman dan takwa menjalani hidup di dunia ini.

ii) Hendaklah masing-masing menghormati orang tua kedua belah pihak sekiranya mereka masih hidup.

iii) Hormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana sekiranya suasana di dalam rumah penuh harmoni tetapi dengan jiran bermusuh, kebahagiaan tidak juga terlaksana dengan sempurna. Sebab itu baginda Rasulullah S.a.w sendiri menyatakan bahawa antara syarat kebahagiaan seseorang anak Adam ialah jiran yang soleh (baik).



6) Bagaimana mengundang rahmat ke dalam rumahtangga

Di samping suami isteri merupakan faktor utama dalam melahirkan rumahtangga bahagia, (adalah suatu hakikat yang tidak boleh dilupa bahawa Allah sahaja yang berkuasa penuh sama ada mahu memberi kebahagiaan atau tidak). Maka Allah S.w.t juga memberi panduan melalui RasulNya. Apakah perkara-perkara yang patut diamalkan agar saluran rahmat sentiasa menuju ke rumah kita, antara lain:

1. Hidupkan salam antara ahli keluarga. Sabda Rasulullah S.a.w bermaksud: “Wahai Anas, ucapkanlah salam kepada ahli rumah engkau nescaya ahli rumah engkau mendapat berkat.”

2. Banyakkan membaca Al-Quran dalam rumah. Kata Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya, memberi kelapangan kepada ahlinya, banyak berkatnya dan ianya dikunjungi oleh para malaikat dan keluar darinya syaitan-syaitan dan sesungguhnya rumah yang tidak dibaca Al-Quran di dalamnya membuat kesempitan kepada penghuninya, sedikit berkatnya, keluar darinya oleh para malaikat dan masuk ke dalamnya oleh para syaitan.

3. Banyak sembahyang sunat di rumah, sebab itu Rasulullah S.a.w apabila hendak sembahyang sunat baginda pulang dan bersembahyang sunat di sudut rumahnya, kerana katanya Malaikat Rahmat akan memasuki rumah yang banyak dilakukan ibadat di dalamnya.

4. Hiasi rumah dengan benda-benda yang halal dan bersihkan dari perhiasan haram kerana rumah yang dihiasi dengan benda-benda haram seperti patung-patung, gambar-gambar lucah dan sebagainya tidak akan dimasuki Malaikat, sedangkan Malaikat pembawa rahmat, rumah yang tidak dimasuki Malaikat ertinya tidak mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah-rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung-patung”.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w pada tahun pembukaan Mekah apabila melihat gambar-gambar tergantung di rumah baginda tidak masuk sehingga baginda perintah supaya dihapuskan terlebih dahulu. Ini adalah menunjukkan gambar-gambar lucah adalah dibenci oleh Islam.

Demikian di antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para suami dan isteri untuk membentuk sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia.  Wallahua’lam.

[www.unitagamakmb.com]


Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami

April 13, 2007
Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)


3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)


 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)


P/S: Kepada wanita-wanita yang ingin kekasih mereka melamar mereka dengan cepat,hadiahkanlah kepada kekasih anda e-book “Maskahwin Yang Hilang“,sebuah e-book yang akan menceritakan dengan terperinci bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan wangperkahwinan dengan mudah dan lancar.Klik di sini untuk maklumat lanjut.



Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

   Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.

   Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab sumami dan isteri,iaitu:

Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)


Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)


Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)


Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)


7.   Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)


8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
   Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

   Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.

    Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.(sumber: jomkawin.wordpress.com)


TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK MENURUT ISLAM






















Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.






Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh....

As-Salam....



Apakah dia Fasakh? Fasakh bermaksud pembubaran suatu pernikahan mengikut keputusan Hakim Syar'ie kerana sebab tertentu yang telah di tetapkan mengikut Hukum Syara'.

Di Brunei, dalam Perintah Undang2 Keluarga Islam, ada menyatakan mana2 pasangan yang berkahwin boleh memohon untuk membubarkan perkahwinan mereka secara fasakh atas alasan2 berikut :


1. Dalam tempoh satu tahun atau lebih tidak diketahui di mana suaminya berada.

2. Dalam tempoh satu tahun atau lebih suaminya berada dalam tahanan.


Suami dalam tahanan


3. Suami telah cuai atau gagal mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 4 bulan.


Cuai atau gagal memberikan nafkah


4. Suami telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.


Suami dipenjara


5. Suami telah gagal menunaikan tanpa sebab yang munasabah kewajipan memberikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.


Tiada nafkah batin


6. Suami telah mati pucuk.


Suami mati pucuk


7. Suami telah gila selama tempoh 2 tahun.

8. Suami menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau AIDS atau pembawa kuman HIV atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.


Suami menghidapi Aids


9. Isteri maseh tidak disetubuhi kerana suami senghaja enggan menyetubuhinya walaupun sudah diperintahkan oleh Hakim Syar'ie.

10. Isteri tidak izin terhadap perkahwinan itu samada sebab paksaan, kesilapan dan kecacatan akal.

11. Isteri mempunyai kecacatan yang menghalang persetubuhan dilakukan.


Jelas sekali sebab2 di atas menunjukkan bahawa bukan saja isteri yg boleh memohon cerai secara fasakh ini akan tetapi suami juga boleh memohonnya jika bersesuaian dengan sebab2 di atas.

Mungkin ada yang belum berapa jelas mengenai dengan sebab2 untuk bercerai sebelum ini, maka diharap dengan apa yang sudah dinyatakan di atas akan dapat memberikan info baru bagi yang berhajat untuk memohonnya.





Saturday, July 4, 2009


HUJAHAN PENGGULUNGAN NIKAH SENDIKET

H U J A H P E N G G U L U N G A N

MUKADIMAH

1. Pemohon memohon kepada Mahkamah untuk mengesahkan dan mendaftakan pernikahan mereka pada 02hb Oktober 2004 bertempat di Gopeng, Perak Darul Ridzuan sebagaimana di bawah seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984.

2. Pemohon I dan Pemohon II telah memfailkan permohonan tersebut pada 19hb Februari 2009. Pada 17hb Februari 2009, Pemohon I telah melafazkan wakalah melantik Peguam Syarie En. Nahar Alias dari Tetuan Nahar & Associates bagi mewakili Pemohon I dan Pemohon II di Mahkamah.

3. Kes perbicaraan telah bermula pada 10hb Mac 2009 dan keterangan Pemohon I dan pemohon II telah diambil pada tarikh 7hb April 2009 tersebut berserta keterangan wali “Abang kandung” Iaitu En Mohd Azman Bin Abd kadir .


4. Kes telah ditetapkan pada 19hb Mei 2009 untuk Peguam Syarie Pemohon memasukkan hujahan bertulis sebelum Mahkamah membuat keputusan.




ULASAN

1. Beban pembuktian menurut doktrin perundangan Islam adalah berdasarkan suatu kaedah yang dipetik dari Hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi :-

Maksud: “Keterangan (pembuktian) ditanggung di atas pihak yang mendakwa (menuntut)dan sumpah ke atas yang engkar (menafikan).”

2. Pemohon I dan Pemohon II sebagai pihak yang mengemukakan dakwaan hendaklah membuktikan kesemua dakwaannya sehingga ke tahap yakin. Keyakinan pula adalah disabitkan melalui pengakuan, penglihatan atau keterangan dan dalil.

3. Kaedah-kaedah pembuktian (wasa’il al-ithbat) dalam mengemukakan eviden atau bukti samada yang disepakati atau yang tidak disepakati oleh ulama merangkumi kesaksian, iqrar, nukul al-yamin, (yang disepakati) ilmu al-qadhi, kitabah, qarinah, pendapat pakar, khabar, qiyafah, qasamah, li’an dan undian (yang tidak disepakati).

4. Dalam Seksyen 3 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1993, “keterangan” termasuklah :-
(a) bayyinah dan syahadah,
(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat dihadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara-perkara fakta yang disiasat (keterangan lisan) ;
(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah (keterangan dokumentar).

5. Bayyinah ialah keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah. Manakala syahadah ialah apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz ‘asyhadu’ untuk membuktikan sesuatu hak atau kepentingan.

6. ‘Dokumen’ ialah apa-apa perkara yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua peranti lain, dengan menggunakan huruf, angka, tanda, rakaman visual, rakaman bunyi, dan sebagainya.

7. Dalam kes ini, keterangan telah diberikan kepada Mahkamah secara bayyinah, syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumentar.

8. Dalam kes ini, beberapa isu-isu penting yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah tentang :-

(a) Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini.

(b) Samada Pernikahan tersebut yang berlangsung pada 02hb Oktober 2004 di Gopeng, Perak adalah Sah mengikut hukum Syara atau Tidak

Isu pertama : Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes.

1. Merujuk kes ini dari sudut undang-undang, bahawa Mahkamah Yang Mulia ini adalah berbidangkuasa untuk mendengar kes ini kerana ia telah memenuhi kehendak peruntukan Seksyen 2,4 dan 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

2. Pemohon I adalah seorang yang bermastautin dalam daerah bidangkuasa Mahkamah. Ini dibuktikan melalui keterangan dokumentar serta alamat yang tertera di kad pengenalan Pemohon I yang secara jelas menunjukkan bahawa pihak Pemohon tinggal di dalam Wilayah Persekutuan. Oleh yang demikian,



3. Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan yang difailkan oleh pihak Pemohon I dan Pemohon II tersebut.

4. Seksyen 2 Akta memperuntukkan “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu.

5. Dalam kes Sharifah Laila binti Syed Shamdin -lwn- Abdul Latif bin Arshad, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam sesuatu kawasan atau pada kelazimannya tinggal di sesuatu kawasan. Tidak disyaratkan menjadi rakyat negeri di kawasan ia berada.

Isu Kedua: Samada Pernikahan tersebut yang berlangsung pada 02hb Oktober 2004 di Gopeng, Perak Darul Ridzuan adakah Sah dari hukum Syara atau Tidak

1. Pemohon I dan Pemohon II telah mengemukakan dakwaan bahawa pada 02hb Oktober 2004 telah berlaku akad nikah diantara Pemohon I dengan Pemohon II . Pernikahan tersebut telah diwalikan oleh wali nasab serta disaksikan dua orang saksi .

2. Dokumen Surat Nikah tersebut adalah keterangan dokumentar yang membuktikan fakta wujudnya pernikahan tersebut .

3. Pemohon I semasa keterangan lisannya menyatakan pernikahan tersebut telah diuruskan oleh orang lain,iaitu Abd talib Bin Abd Majid. Pemohon sendiri tidak mengetahui surat nikah tersebut adalah Palsu.

4. Keterangan dokumentar ini dikuatkan lagi dengan keterangan Pemohon II, serta Wali yang turut hadir dan menjadi saksi pernikahan tersebut.

5. Semasa upacara pernikahan tersebut Pemohon I, Pemohon II telah melihat sendiri wali kepada Pemohon II iaitu En Mohd Azman Bin Abd Kadir telah mewakil walikan kepada juru nikah untuk menikahi anaknya iaitu Pemohon II. Pernikahan tersebut telah diwalikan oleh ayah kandung sendiri .

6. Pernikahan tersebut telah diakad nikahkan oleh Ustaz yang tidak diketahui namanya serta telah disahkan oleh dua orang saksi. Iaitu saksi pertama En Abd Talib Bin Abd majid dan saksi kedua iaitu En Muin Bin Bistami .

7. Jadi kami menghujahkan bahawa Pemohon I dan Pemohon II telah dapat membuktikan kepada Mahkamah di tahap yakin, bahawa telah berlakunya pernikahan pada hari tersebut.

ULASAN
FAKTA-FAKTA KES DAN HUJAH

1. Merujuk permohonan ini, beberapa perkara asas perlu diperjelaskan serta dibuktikan terlebih dahulu di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini ke peringkat/tahap yakin untuk disahkan sebelum diperintahkan didaftarkan.

2. Kerana sudah pasti, apa-apa permohonan yang belum disahkan oleh pihak Mahkamah akan wujud unsur-unsur keraguan berhubung kesahihan sesuatu pernikahan sebelum disahkan serta diperintahkan sebelum didaftarkan pernikahan tersebut di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

3. Persoalan pertama yang timbul dan wajib diberi perhatian berhubung permohonan ini ialah upacara akad nikah tersebut dilangsungkan, adakah ianya bertepatan dengan Hukum Syarak. Adakah akad tersebut ada mencakupi/memenuhi rukun-rukun pernikahan yang menjadi pra-syarat penting sahnya sesuatu pernikahan ataupun pernikahan tersebut sekadar dijalankan tanpa mengikut prosedur yang betul untuk dibenarkan didaftarkan mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.

4. Bagi menjawab dan memperjelaskan isu tersebut, perkara pertama yang perlu dirujuk dan diberi keutamaan berkaitan dengan rukun-rukun nikah. Syariat Islam mengariskan bahawa rukun-rukun pernikahan ada lima perkara iaitu :

i. Mempelai lelaki
ii. Mempelai wanita
iii Wali
iv. Dua orang saksi lelaki
v. Sighah (lafaz Ijab dan Qabul).

5. Berdasarkan persoalan tersebut, pihak kami berhujah berdasarkan kepada keterangan utama pihak Pemohon I dan Pemohon II yang diiqrarkan dalam Afidavit sebagai keterangan Mahkamah . Pemohon I mengakui secara terbuka bahawa Pemohon I telah bernikah dengan Pemohon II, pada 02hb Oktober 2004 bertempat di Gopeng, Perak Darul Ridzuan dengan kata lain di antara mereka telah pun mempunyai ikatan/ pertalian suami isteri.

6. Mengikut kaedah Usul Fiqh “Seseorang itu terikat dengan pengakuannya”. Jadi pengakuan bersumpah tersebut secara langsung mengikat Pemohon berhubung fakta tersebut. Malah fakta tersebut turut diakui oleh Wali yang dipanggil untuk memberikan keterangan.

7. Dari keterangan tersebut, tanpa sebarang prasangka dan syak termasuklah disokong oleh Wali. Ini jelas menunjukkan bahawa pernikahan tersebut melibatkan diantara Pemohon I dan Pemohon II.


8. Pemohon I juga ada mengakui serta memberitahu Mahkamah bahawa status beliau semasa pernikahan tersebut dilangsungkan adalah sudah beristeri dan Pemohon II adalah anak dara.

9. Dalam keterangan Pemohon I dan pemohon II ada menyatakan kepada Mahkamah bahawa Pernikahan mereka tiada sebarang paksaan ke atas pihak-pihak. Malah pihak-pihak bernikah atas kerelaan hati masing-masing.

10. Bagi membuktikan dan memperkuatkan lagi kewujudan pernikahan tersebut, pihak kami berhujah berdasarkan satu kaedah fiqh yang boleh diguna pakai dalam mengesahkan kewujudan pernikahan tersebut. Asal sesuatu itu tidak

ada. Asal sesuatu perkara itu tidak ada melainkan dibuktikan sebaliknya. Dalam hal ini, pada asalnya pernikahan tersebut tidak ada/wujud. Oleh kerana keterangan Pemohon I Pemohon II boleh diterima sebagai hujah yang kuat serta disokong oleh keterangan-keterangan wali, maka tidak syak lagi wujudnya pernikahan tersebut antara pihak-pihak.

11. Disamping itu juga tidak timbul lagi sebarang syak dan tohmahan, realitinya akad nikah tersebut dijalankan/dilangsungkan menepati kaedah Hukum Syarak. Kesahihan fakta tersebut dibuktikan lagi dalam keterangan Pemohon bahawa wujudnya Sighah (lafaz ijab dan Qabul) dalam pernikahan tersebut.

12. Mengikut Syariat Islam, Sighah ialah lafaz Ijab Qabul dalam sesuatu pernikahan adalah dalil zahir yang menunjukkan kerelaan kedua-dua belah pihak yang mengadakan akad tersebut. Oleh demikian itu wujudnya Sighah tersebut secara zahirnya menandakan wujudnya kerelaan pihak-pihak untuk bernikah.

13. Menyentuh perlaksanaan Sighah dalam pernikahan tersebut juga berdasarkan keterangan pihak-pihak, jelas menunjukkan mencakupi syarat-syarat Sighah sebagaimana yang digariskan di dalam Kitab Fikah Mazhab Syafie (Fiqh Manhaji) iaitu :

i. Hendaklah menggunakan Lafaz Nikah atau Kahwin.
ii. Lafaz Ijab dan Qabul hendaklah disebut secara jelas dan terang.
iii. Ijab dan Qabul bersambung.
iv. Pengantin lelaki dan wali waras sehingga selesai akad.
v. Sighah menunjukkan akad berlaku ketika itu juga.
vi. Sighah mesti mutlak.

14. Mengulas keterangan Pemohon-Pemohon juga berhubung halangan pernikahan tersebut, tidak berbangkit sebarang masalah dari sudut Hukum Syarak, memandangkan tidak ada sebarang bukti yang boleh menghalang kesahihan pernikahan tersebut khususnya dari sudut hubungan kekeluargaan/ pertalian darah/ susuan/ tidak berada dalam ihram haji dan pinangan antara pihak-pihak.

15. Dalam kes ini Pemohon berhujah bahawa mereka tidak terhalang dan berkeupayaan untuk berkahwin menurut hukum syara, dengan keadaan tersebut ianya telah memenuhi rukun nikah tersebut.

16. Malah, kesahihan pernikahan tersebut juga disokong oleh keterangan Pemohon-Pemohon yang memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pernikahan tersebut telah diwalikan oleh Ayah kandung Pemohon II sendiri.

17. Berlandaskan keterangan tersebut juga, secara jelas memperlihatkan bahawa pernikahan tersebut diadakan dengan menggunakan wali akrab (nasab) bagi pihak Pemohon II. Perkara tersebut selaras dengan tuntutan Hukum Syarak sebagaimana yang disebut serta dita’kid oleh Imam Syafie : pernikahan seorang perempuan tidak sah kecuali apabila dinikahkan oleh wali akrab (dekat). Kalau tidak ada wali akrab dinikahkan oleh wali ab’ad (jauh). Kalau tidak ada dinikahkan oleh Penguasa (wali hakim).

18. Rasulullah saw bersabda maksudnya:-
“Dari ibnu Abbas bersabda Rasulullah saw bersabda : Tidak sah pernikahan kecuali dengan wali dan sultan adalah wali dari orang yang tidak mempunyai wali (HR Ath Thabrani) (Drs H.Djaman Nur , Fiqh Munakahat, hln:74)

19. Pemohon juga ada menggambarkan kepada Mahkamah sebelum upacara akad nikah dijalankan (Ijab dan Qabul), wali iaitu Ayah Kandung Pemohon II, ada melafazkan wakil wali kepada Jurunikah untuk menikahkan Pemohon II. Sejurus itu akad nikah dijalankan dengan disaksikan oleh (2) dua orang saksi lelaki, dengan dimulakan Ijab oleh Jurunikah dan Qabul oleh Pemohon I.

20. Wujudnya (2) dua orang saksi lelaki yang dalam pernikahan tersebut telah menangkis segala keraguan yang timbul dalam pernikahan tersebut, ini memandangkan Islam telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan kehadiran (2) dua orang saksi lelaki untuk menyaksikan akad nikah tersebut.

21. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Tidak ada perkahwinan tanpa wali dan dua orang saksi yang adil. Perkahwinan yang selain dari itu adalah batal.”- Riwayat Ibnu Habban.

22. Rentetan dari prosiding tersebut juga, Pemohon ada memberitahu Mahkamah bahawa Mas Kahwin pernikahan tersebut sebanyak RM 22.50 tunai.

23. Sikap positif Pemohon I yang ada menyediakan mahar sebanyak RM 22.50 tunai serta hantaran sebanyak RM2,000.00 kepada Pemohon II bertepatan dengan kehendak Syariat Islam yang memberi hak jelas kepada wanita yang hendak dikahwini.

24. Ini sebagaimana yang terkandung di dalam Firman Allah S.W.T dalam surah An Nisa’ ayat 4 yang berbunyi : “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah pemberian itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”

25. Lazimnya dalam masyarakat kita mahar (maskahwin) adalah sesuatu pemberian dalam sesuatu pernikahan, oleh sebab itu nyata dan jelas fakta tersebut menunjukkan bahawa tidak diragui bahawa wujud pernikahan tersebut.

26. Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan oleh Pemohon I dan pemohon II,serta wali yang telah dikemukakan kepada Mahkamah ternyata tiada sebarang percanggahan berkaitan isu yang dibangkitkan.

27. Begitu juga, perkara penting yang perlu diperhatikan di dalam kes ini iaitu segala keterangan tersebut adalah tidak bercanggah di antara satu sama lain dan kesemuanya adalah kearah menyokong atau menguatkan lagi segala keterangan Pemohon-Pemohon dan tidak timbul apa-apa syak yang menunjukkan bahawa mereka bersepakat atau cuba memberi keterangan palsu.


Maka ini adalah merupakan qarinah yang menunjukkan bahawa secara asasnya segala keterangan yang telah dikemukakan oleh Pemohon serta saksi-saksi adalah benar, mencukupi dan boleh diterima pakai untuk meluluskan permohonan ini.

28. Secara khususnya, sejarah perundangan Islam tidak pernah menafikan hujah dan keterangan yang berupa Baiyyinah, ikrar, Qarinah, alamat dan keadaan yang menentukan ataupun menjelaskan sesuatu hak. Bahkan terdapat sumber dari sejarah perundangan Islam yang telah menunjukkan para Ulama’ telah mengambil kira kesemuanya itu dari proses perbicaraan ataupun menjatuhkan hukuman.

29. Ini jelas sebagaimana pendapat Ibn Qayyim yang menyatakan bahawa :-

“Sesungguhnya Syariat Islam adalah tidak menolak akan segala yang menerangkan hak, dan tidak menafikan akan segala perkara yang menjadi penunjuk atau pun dalil kepada sesuatu dan tidak membatalkan akan segala alamat atau tanda yang sahih yang menunjukkan kepada sesuatu hak”.

30. Beban pembuktian yang dipikul oleh Pemohon telah berjaya dipenuhi di mana Pemohon telah berjaya membuktikan melebihi tahap berat sangka yang menjadi mekanisme dalam kes sebegini. Oleh yang demikian dihujahkan bahawa Pemohon dalam kes ini telah berjaya membuktikan melebihi had zan kepada Mahkamah Yang Mulia Ini.

31. Sebagai sokongan terhadap permohonan ini, Mahkamah juga boleh menerima satu lagi kaedah fiqh yang berbunyi Tanda zahir sesuatu yang tersembunyi mengambil tempatnya. Perkara-perkara yang tersembunyi yang sukar diketahui hakikatnya hendaklah dilihat melalui tanda-tanda luaran. Oleh itu segala keterangan yang diberikan telah mengambil alih perkara tersembunyi yang tidak dapat dizahirkan.

KESIMPULAN

1. Berdasarkan kepada keterangan Pemohon I Dan Pemohon II serta wali yang dikemukakan, ternyata tidak terdapat sebarang percanggahan yang boleh

meragukan fakta-fakta kes. Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi juga berkait rapat antara satu sama lain. Jelas menunjukkan bahawa wujudnya pernikahan di antara pihak-pihak.

2. Walaupun pernikahan tersebut tidak pernah disahkan dan didaftar di mana-mana Pejabat Agama Islam di Malaysia, namun demikian Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk membuat keputusan terhadap permohonan tersebut berdasarkan peruntukan Seksyen 244 dan 245 Akta Tatacara Mal (Mahkamah Syariah) Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998.

Seksyen 244 (Kuasa sedia ada Mahkamah) pula memperuntukkan bahawa “Tiada apa-apa jua Akta ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa Perintah yang perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah”

Seksyen 245 Akta Tatacara Mal (Mahkamah Syariah) Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998 (Hukum Syarak) memperuntukkan bahawa :-

(1) Mana-mana peruntukkan atau tafsiran peruntukan di bawah Akta ini yang tidak selaras dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat ketidak selarasan itu.

(2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini hendaklah menggunakan Hukum Syarak.

3. Berdasarkan kepada peruntukan seksyen tersebut, jelas bahawa Mahkamah berbidangkuasa untuk membuat/ memutuskan apa-apa Perintah sekiranya menepati kaedah yang ditetapkan oleh Hukum Syarak.

4. Maka berdasarkan kepada alasan-alasan, hujah-hujah dan bukti-bukti yang dikemukakan, sewajarnya Mahkamah yang mulia ini meluluskan permohonan tersebut. (sumber:tuannahar.blogspot.com)

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

TANDA ISTERI DERHAKA


Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak dalam Islam,

petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biru
by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 17 September 2010 at 11:07

1) Menjaganya semenjak bayi di dalam rahim ibu. Islam tidak hanya menjaga anak selepas ia keluar tetapi sebelum itu lagi dan perkara ini dapat dilakukan dengan cara :-
a) Memilih isteri yang sesuai dan baik kerana perkara ini penting untuk dapatkan zuriat yang baik sampailah ke hari mati. Nabi s.a.w. ada bersabda:
(تخيَّروا لنطفكم)[1]

Maksud: Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak).


Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”? Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran. Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

- Usman b. Abi - Al 'Ash juga ada berkata kepada anak-anaknya : Aku telah memuliakan kamu semua dengan ibu-ibu kamu yang mulia, orang yang nikah itu adalah petani, maka hendaklah seseorang petani itu memastikan tempat dia meletak tanamannya.

Jika dia berjaya berbuat demikian sesungguhnya dia telah berjaya mendidik anaknya 20 tahun atau lebih sebelum anak itu dilahirkan lagi. Seorang ahli bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan.

b) Menjaga kesihatan ibu yang hamil :

Ini termasuk menjaga makan minumnya supaya dapat menjaga kesihatan bayi. Semua yang baik dan buruk akan memberi kesan pada anak itu. Juga menjaga hubungan dengan isteri yang hamil itu supaya dia tidak terasa sakit hati. Ibu juga dinasihatkan tidak mengambil makanan yang memudharatkan semasa mengandung seperti merokok, minum arak dan lain-lain.

Terdapat banyak bukti menunjukkan kesan-kesan sampingan yang dahsyat pada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang memakan bahan-bahan yang merosakkan itu seperti yang tercatat dalam kajian-kajian yang dijelaskan.

Tekanan perasaan, sakit jiwa dan spiritual anak banyak dipengaruhi oleh suasana semasa ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu. Seorang ahli perubatan Perancis mengatakan tindak-tanduk anak selalu dipengaruhi oleh keadaannya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia. Kajian juga menunjukkan seseorang yang sakit jiwa selalunya telah terdedah kepada unsur-unsur negatif di zaman kanak-kanaknya.

Realiti ini berkaitan rapat dengan tempoh hidup kanak-kanak yang pertama (5 tahun pertama) semenjak dilahirkan termasuk tempoh dia berada dalam kandungannya.

c) Menjaga hak harta pesaka bayi.

Jika bapanya mati, maka harta yang ditinggalkan tidak boleh dibahagikan sampai bayi itu dilahirkan supaya masa depannya terpelihara. Jika dibahagikan juga, maka hendaklah dikhaskan sebahagian yang tertentu untuk diberi kepada bayi itu bergantung kepada jantinanya. Sekiranya anak yang dilahirkan itu tidak tepat seperti yang dijangkakan, maka hendaklah diberikan yang baki yang merupakan haknya atau hendaklah dipotong sebahagiannya.



d) Menjaga kesihatan janin.

Islam meringankan beberapa perkara ke atas wanita hamil untuk memudahkannya. Sebagai contoh wanita hamil dibolehkan berbuka puasa.


e) Islam juga mengenakan hukuman yang berat ke atas pembunuh anak walaupun ianya masih lagi janin seperti di dalam hadith :
(في الجنين غرّة عبد أو وليدة) [2]

Maksud: Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan.

Begitu juga perempuan hamil kerana zina tidak dikenakan hukuman hudud atasnya sehingga dia melahirkan anak. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada perempuan Al-Ghamidiyyah yang berzina, Baginda melewatkan hukuman ke atasnya sehingga dia melahir dan kemudian menyusukan anaknya.

2) Menjaga anak selepas kelahirannya.

a) Menjaga nasabnya iaitu si anak layak dinasabkan kepada ayahnya selepas dilahirkan. Nasab yang dimaksudkan ialah 'bin' anak itu. Anak yang dilahirkan mesti di 'bin' kan kepada ayahnya. Anak-anak ayahnya yang lain adalah adik-beradiknya.
Anak zina tidak boleh di'bin'kan kepada lelaki yang berzina dengan emaknya walaupun ada ikatan darah daging antaranya dengan anak zina itu. Ini kerana syara' tidak mengiktiraf perbuatan terkutuk itu sebagai cara mendapatkan anak. Anak zina tidak layak mendapat harta ayah zinanya dan juga tidak berhak mewarisi harta ayahnya itu.

Nasab itu juga sabit dengan cara tidur sekali bagi suami isteri. Ini kerana anak itu adalah hasil perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu (jika dilahirkan dalam tempoh yang sedia diketahui dalam Islam)

Di antara hak anak juga untuk mengetahui saudara-maranya dan kaum kerabatnya. Budaya hidup dengan maksiat seperti yang berleluasa di negara-negara barat dan falsafah Karl Marx yang mengajak dan menyeru kepada hidup bebas tidak mengenal hak ini. Falsafah-falsafah seperti inilah yang melahirkan generasi yang tidak kenal bapa mereka. Merekalah yang di hina dan dicaci dalam masyarakat disebabkan ketiadaan bapa yang dapat melindungi mereka. Tempat-tempat penjagaan seperti tadika, nurseri dan sebagainya tidak akan dapat memainkan peranan sebuah keluarga yang dipimpin oleh seorang ayah yang dicurahkan kasih sayang oleh seorang ibu.

Memandangkan kepentingan keturunan inilah, Islam meminta seseorang muslim untuk memastikan kesahihan nasabnya dan Saidina Umar r.a. ada berkata : Pelajarilah ilmu nasab kerana ia merapatkan hubungan kekeluargaan antara kamu.

b) Memberi nama yang baik :

Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa. Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda :
(إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]

Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.

Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan. Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri. Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik. Di dalam hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah . Sebagai contoh satu hadith dari Ibnu Umar r.anhuma :

(إن أحب اسمائكم الى الله عز وجل:عبد الله،وعبد الرحمن)[4]

Maksud : Sebaik-baik nama kamu di sisi Allah ialah Abdullah dan
Ab. Rahman.

Al-Mawardi mensyaratkan nama yang baik itu mestilah ada 3 perkara :-

1) Nama ibu adalah nama orang-orang soleh.
2) Hurufnya pendek, senang disebut dan mudah.
3) Sesuai dengan tuan punya nama sendiri.

Dengan sebab itulah kita lihat Nabi sering mengubah nama-nama sahabatnya yang kurang elok daripada segi makna. Anak Saidina Umar R.A yang bernama 'Asiah' (آسية) ditukar oleh Nabi kepada Jamilah (جميلة) kerana nama yang pertama tadi maknanya orang yang berbuat maksiat. Nabi juga mengubah nama seorang yang bernama Hazen (حزن) yang bererti duka kepada Sahal (سهل) yang bermakna mudah. Hazen tadi tidak setuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diletakkan oleh bapanya lalu berkekalanlah sifat duka padanya selepas itu. Demikianlah riwayat Said bin Al-Musayyib.

Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya. Dengan sebab itulah Islam meminta menamakan dengan nama yang baik.

Pada hari ini kita lihat banyak nama diambil dari nama-nama yang di import di mana kebanyakkannya mempunyai makna kurang baik.

c) Hak anak untuk menyusu :
Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun. Firman Allah :

(وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
[5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)

Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.

Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan. Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain. Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.


d) Haknya untuk dapat penjagaan.

Sekiranya ibu tidak mampu menjaga anak itu, si bapa hendaklah mencari perempuan lain yang dapat mengganti si ibu. Pengganti itu hendaklah seorang yang beragama, berakhlak dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh Islam.

e) Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup).

Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri. Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin. Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :
(كفى بالمرء إثمًا أن يضيّع من يقوت)[6]

Maksud: “Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya”.

Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W :-
(من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة كهاتين،وأشار باصبعيه: السبابة،
والتي تليها)[7]

Maksudnya : Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah.

Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya. Kalau tiada ayah, maka datuk atau yang lain yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab itu. Hendaklah pihak yang bertanggungjawab itu berusaha menjadikan mata pencariannya daripada yang halal supaya ALLAH MEMBERKATI REZEKINYA ITU.

f) Haknya untuk belajar.

Penting bagi bapa mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan cara tarbiyyah yang betul supaya dia tidak rugi di dunia dan akhirat. Antara perkara penting yang mesti dititik beratkan dalam tarbiyyah ialah memahamkan anak tentang tauhid yang betul, cara-cara ibadat, di samping mengajar mereka akhlak, cara-cara berurusan juga mengajar mereka yang halal dan haram.

Perkara-perkara ini penting bagi mewujudkan kesedaran pada anak tentang keperluan dan tujuan hidup untuk mencapai redha Allah.
Mendidik dan mengajar ilmu adalah wajib atas ibubapa kerana ilmu penting dalam kehidupan anak tadi.


Akhir sekali ada beberapa hak yang lain yang perlu juga ditunaikan berbentuk hukum-hakam seperti sunat menggembirakan seorang yang akan dikurniakan anak, ucapkan tahniah bagi yang dikurniakan anak, sunat Tahniq تحنيك ) (untuk anak yang baru dilahirkan (memberi makan bahan yang manis). Banyak lagi perkara yang serupa yang sudah di ketahui oleh para pembaca..... Bagi yang berminat bolehlah membaca kitab Tuhfatul-Maudud Fi Ahkamil Maulud ((تحفة المودود في أحكام المولود)) oleh Ibnu Qayy'm Al-Jauziyyah.

Sekiranya semua ini dilaksanakan sepenuhnya, tentulah generasi yang bakal dilahirkan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah. Saya katakan di sini : Lihatlah Islam telah mengiktirafkan kedudukan anak semenjak 15 kurun yang lalu sedangkan di Barat, mereka hanyalah mengambil berat tentang kanak-kanak pada awal kurun ini dengan pelbagai undang-undang yang diwujudkan. PBB berjaya mengadakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak pada tahun 1959. Undang-undang ini diwujudkan berikutan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Undang-undang ini menitikberat masalah-masalah kesihatan, pendidikan untuk melatih kebolehan dan kemahirannya, keperluan untuk pendidikan agama, berakhlak dengan nilai-nilai yang tinggi dan hak untuk menikmati semua peluang yang ada dan untuk melakukan hobinya.Apa yang ada dalam undang-undang ini boleh dikatakan sebahagian kecil dari hak-hak yang dianugerahkan oleh Islam untuk anak-anak.



[1] Diriwayatkan oleh Ibn Maajah


[2] Muttafaqun Alaih.


[3] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad.


[4] Diriwayatkan oleh Muslim.


[5] Surah Al-Baqarah : 233.


[6] Diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud,Hakim dan Baihaqie.


[7] Diriwayatkan oleh Muslim.
(muhammadmuda.blogspot.com)

Poligami: pro Barat atau Islam?


Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang.
Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.

Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau mistress adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan mistress bukanlah satu keganjilan. Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami.

Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu. Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita. Malang sekali, aliran ‘liberal melulu’ yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.

Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar. Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi. Sementara seorang mistress yang ‘dijamah’ dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan. Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan. Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup ‘berumahtangga’ tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?

Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu. Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.

Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya. Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerena tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.
Ramai isteri yang menghantar e-mail kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami. Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita.

Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun. Apabila Allah dan rasul-Nya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan. Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin. Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.
Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan disakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya. Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat. Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang ‘tinggi’ dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini.

Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata. Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau ‘Islam-Liberal’ ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.
Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita. Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda. (sumber: www.ipislam.edu.my)