17 Julai 2011

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA: ADUAN KEPADA BAHAGIAN PENGUATKUASA!


AWANG SELAMAT dalam akhbar MM cukup terganggu berhubung dakwaan beberapa NGO wanita bahawa terdapat ratusan pusat urut yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Menurut wakil NGO berkenaan, Profesor Dr. Clara Chee, di kawasan Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut. Apa sudah jadi?

Itu belum menyentuh daerah lain di Selangor. Yang menyakitkan lagi mata terdapat kian banyak premis urut di rumah-rumah kedai taman perumahan. Apa yang kita boleh saksikan itu bercanggah dengan dakwaan kerajaan Selangor bahawa hanya 60 lesen pusat urut dikeluarkan.

Awang sudah lama terpinga-pinga melihat lambakan pusat urut di negeri itu yang seakan mahu menjadi seperti Bangkok. Wanita dan pelacur asing makin ramai bekerja di premis seperti itu, yang sebahagiannya berselindung atas nama pusat refleksologi atau urutan kaki. Ini kejayaan terbesar kerajaan campuran PKR-DAP-Pas. Khabarnya ada pemimpin politik DAP mendalangi banyak operasi rumah urut di Selangor dan cakap-cakap mengenainya berlegar dalam industri.

Yang pasti, lambakan rumah urut menyebabkan NGO dan orang ramai bimbang kerana ia akan memburukkan lagi gejala sosial. Siapa yang membenar dan merangsang persekitaran tersebut jika bukan pentadbiran kerajaan Selangor. Anak-anak kita membesar dengan melihat premis itu di kiri-kanan jalan. Lebih menjadi persoalan mengapa Pas atau satu lagi jolokan yang Awang hendak beri iaitu ‘parti angguk sahaja’ boleh merelakan semua ini berlaku?(sumber: MM,18/7/11).

TB: Anggaplah isu di atas adalah aduan untuk tindakan pihak berkuasa penguatkuasa Jabatan lmigresen dan juga termasuk PDRM dan penguatkuasa PBT. Janganlah menunggu aduan, turunlah ke padang. Berbaktilah demi anak-anak cucu kita pada masa akan datang. Selamatkanlah negara,negeri dan kampung halaman kita. Perangilah rasuah. Anda semua mulakan 'revolusi' kembalikan maruah dan martabat agensi anda. Bertindak segera,lakukan sekarang. 


Bukan setakat di kawasan Pandan lndah bahkan di Subang Jaya,Seri Kembangan, Jinjang, Kepong, dan lain-lain dalam negeri Selangor. lngat bukan sahaja dalam negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Kedah sahaja tetapi dalam negeri tadbiran BN lakukan juga 'serbu' dan perang habis-habisan para pendatang dan pelencong di Negeri Sembilan seperti di Bandar Baru Nilai, Seremban, Seri Petaling, Jalan Kelang Lama, Bukit Bintang di Kuala Lumpur, lpoh,Setiawan Perak, Kulai, Johor Bahru, Sibu dan Miri Sarawak dan seluruh pelosok Malaysia.


Dalam kembara TB ke seluruh pelosok Malaysia tahun lepas, TB akui banyak premis tersebut wujud bagai cendawan selepas hujan. Ayuh, Jabatan lmigresen, bertindaklah. Tugas menanti anda.


Kembalikan maruah integreti jabatan-jabatan anda termasuklah Jabatan Kastam &Eksais DiRaja Malaysia, bertindaklah' selamatkanlah Malaysia! (sumber: Tiubbocor.blogspot.com)

3 ulasan:

  1. Dikelang Tertinggal..hampir keseluruhan bandar Kelang dipenuhi Pendatang Tanpa izin berkerja di kedai KEK atau Bakery, kedai baju restaurant ..dan banyak lagi la..bila call penguatkuasa selatan Klang, pon tiada tindakan

    BalasPadam
  2. Betul Di Penang lagi teruk kalau buat aduan pihak immigresen makan rasuah dan beri nama penuh dan alamat pengadu kepada majikan - banyak orang awam jadi mangsa ugutan orang upahan majikan - harapkan pagar pagar makan padi!

    BalasPadam
  3. Semenyih kilang hanson kuari..rame orang kosong 35 orang

    BalasPadam