UNDANG-UNDANG BAGI
Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia
(NAMA PENUH PERTUBUHAN)
(NAMA PENUH PERTUBUHAN)
FASAL 1
|
NAMA
| ||
(1)
|
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia. Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
| ||
FASAL 2
|
TEMPAT URUSAN
| ||
(1)
|
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah No 3, Jalan 4/5G, 43560, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau di tempat lain yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa, dan alamat untuk surat sama seperti di atas.
| ||
FASAL 3
|
LOGO
| ||
(1)
|
Keterangan Logo:
| ||
Di atas pusat lambang tersebut muncul akronim PENDIDIK kata singakatan “Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia” yang berada di tengah-tengah era globalisasi dan bersedia menghadapi cabaran alaf baru dengan lebih dinamik dan proaktif dalam segala lapangan demi kepentingan agama, bangsa dan negera. Justeu perkembangan pesat era Teknologi Maklumat tetap ditunjangi buku yang direka bentuknya diasaskan system Pendidikan yang sekali gus member ilmu pengetahuan dan sentiasa memelukan pengajaran dan pendidikan serta sumbangan bakti daripada golongan pendidik. Oleh itu nama penuh persatuan yang terletak di puncak global memberi maksud sentiasa kukuh dan mantap mengandungi slogan “PENDIDIKAN TERAS KEHIDUPAN”. Ini menjadi tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan kaum pendidik.
| |||
(2)
|
Keterangan Bentuk Logo:
| ||
Bentuk bulat yang menjadi mercu tanda melambangkan bentuk glob atau bumi yang menunjukkan kepada luasnya dunia pendidikan yang merangkumi drlutuh jagat raya. Bumi mengelilingi cakerawala maya ditunjukkan menerusi jaringan dan bulatan lingkaran gelung yang menandakan betapa pantasnya ilmu diperolehi dalam era teknologi maklumat. Bahkan ini menunjukkan dunia tanpa sempadan, kesan daripada kemajuan sains dan teknologi. Di tengah-tengah bulatan terukit kalimat PENDIDIK yang merupakan akronim bagi Pertubuhan ini, yang sekaligus merupakan suatu tugas murni dari golongan ini; bukan sahaja setakat member ilmu pengetahuan kepada anak didiknya bahkan membentuk manusia menjadi insan kamil yang seimbang dari segi emosi, jasmani , rohani dan intelek.
Pada dasar atau asasyang memangku glon berbentuk buku yang menunjukkan sumber segala ilmu pengetahuan dan kulit buku yang berwarna biru adalah tapak kukuh dan mantap yang mengandungi slogan PENDIDIKAN TERAS KEHIDUPAN yang membuktikan perpaduan kaum pendidik.
Nama penuh persatuan “Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia” berada di atas bulatan yang mengandugi logo ini dan bergerak berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama. | |||
(3)
|
Keterangan Warna
| ||
Putih
|
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan harmoni
| ||
Biru
|
Menunjukkan perpaduan dan muhibah.
| ||
Kuning
|
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
| ||
Hijau
|
Berpaksikan kepada Islan sebagai addin
| ||
FASAL 4
|
TUJUAN / MATLAMAT
| ||
(1)
|
Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk kebaikan dan meningkatkan tahap professional pendidikan ahli-ahli persatuan dan masyarakat amnya
| ||
(2)
|
Menitikberatkan perasaan guru/pendidik dalam pembinaan pendidikan kebangsaan termasuk perpaduan dan integrasi pembangunan negara.
| ||
(3)
|
Memupuk perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara pendidik-pendidik di semua tempat.
| ||
(4)
|
Meninggikan martabat dan taraf pendidi dalam masyarkat.
| ||
(5)
|
Member peluang untuk memajukan kecekapan pendidik dalam pengajran melalui seminar-seminat, persidangan-persidangan dan sebagainya.
| ||
(6)
|
Menilai secara objektif peranan pendidik dan mengambil langkah-langkah perlu supaya peranan itu lebih berkesan.
| ||
(7)
|
Member kerjasama dengan institusi pendidikan sama ada kerajaan atau swasta demi meningkatkan profesion pendidikan.
| ||
(8)
|
Mengendalikan urusan mengarang, mencetak, menerbit, mengedar bahan-bahan bacaan dan seumpamanya untuk menjayakan tujuan persatuan ini bagi memajukan kepentingan ahli persatuan jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.
| ||
FASAL 5
|
KEAHLIAN
| ||
(1)
|
Keahlian Pertubuhan ini terdiri daripad dua (2) kategori iaitu:
| ||
(a) Ahli Biasa: Terbuka bagi semua warganegara Malaysia berumur
21 tahun ke atas yang mempunyai kelayakan Ikhtisas dan terlatih dalam bidang pendidikan sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan. | |||
(b) Ahli Seumur Hidup: Terbuka kepada ahli biasa yang membayar
yuran secara sekali gus sebanyak Rm 100.00 | |||
(2)
|
Bilangan keahlian tiada had minimum dan maksimum.
| ||
(3)
|
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan . jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa member sebab-sebabnya.
| ||
(4)
|
Tiap-tiap pemohon yang permohonanya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama atau yuran seumur hidup seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
| ||
(5)
|
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah diberankan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor yang berkenaan.
| ||
FASAL 6
|
BAYARAN MASUK, YURAN BAYARAN LAIN
| ||
(1)
|
Yuran masuk dan yuran lain perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
a. Ahli biasa:
i) Bayaran Masuk RM 5.00 ii) Yuran Tahunan RM 24.00
b. Ahli Seumur Hidup:
| ||
(2)
|
Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum 31 Mac tiap-tiap tahun.
| ||
(3)
|
Ahli yang membayar yuran selepas 31HB Mac akan menerima surat peringatan yang ditandatangi oleh atu wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebgai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
| ||
(4)
|
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
| ||
(5)
|
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
| ||
(6)
|
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahil.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
| ||
FASAL 7
|
PEMBERITAHUAN DAN PEMECATAN AHLI
| ||
(1)
|
Ahli yang hendak berhenti daripada Pertubuhan hendaklah member kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
| ||
(2)
|
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atu menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menundaatau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
| ||
FASAL 8
|
MESYUARAT AGUNG
| ||
(1)
|
Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung alhli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
| ||
(2)
|
Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat itu hendaklah ditanggungkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
| ||
(3)
|
Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahuanan ialah:
| ||
(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuan di
dalam tahun lalu;
(b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit
bagi tahun lalu;
(c) memilih ahli-ahli Jawatankusa dan pemeriksa kira-kira untuk tempoh
tiga (3) tahun yanga akan datang; dan (d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyaurat itu. | |||
(4)
|
Setiausaha Agung hendaklah menghantar surat keapda tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali diadakan, satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
| ||
(5)
|
Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa (b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar ke[ada Setiausaha Pertubuhan. | ||
(6)
|
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
| ||
(7)
|
Pengumuman dan segala untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
| ||
(8)
|
Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali boleh digauankan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika koru tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yangs ama tidaklah boleh diadakan.
| ||
(9)
|
Setiausahan Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali dan Mesyaurat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
| ||
FASAL 9
|
JAWATANKUASA
| ||
(1)
|
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Presiden
Seorang Timbalan Presiden Seorang Naib Presiden (1)
Seorang Naib Presiden (2)
Seorang Setiausaha Agung (Dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa)
Seorang Penolong Setiausaha Agung
Seorang Bendahari
5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa | ||
(2)
|
Pemegang-pemegang jawatan Petubuhan ini dan tiap-tiap Pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
| ||
(3)
|
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas kecuali Setiausaha Agung hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengindu oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahuanan tiga tahun sekali. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tiga (3) tahun.
| ||
(4)
|
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung . Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali.
| ||
(5)
|
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukukpan korum mesyuarat.
| ||
(6)
|
Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakllan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara peredaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.
| ||
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah diedarkan kepda tiap-taip ahli Jawatankuasa.
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c) Keputudan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
| |||
Sebarang keputusan didapati melalui suat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada mesyaurat Jaeatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
| |||
(7)
|
Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tifga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
| ||
(8)
|
Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali diadakan.
| ||
(9)
|
Jawatankuasa boleh member arahan kepada Setiausaha Agung dan Pegawai-Pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar, menjalankan keputusan Jawatakuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
| ||
(10)
|
Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
| ||
FASAL 10
|
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
| ||
(1)
|
Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia menpunyai undi pemutus dan hengakah ia menandatangani peringtan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausana Agung dan Bendahari.
| ||
(2)
|
Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadannya.
| ||
(3)
|
Naib Presiden (1) hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.
| ||
(4)
|
Naib Presiden (2) hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Persiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (1).
| ||
(5)
|
Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalakan peritah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua bukut, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha Agung hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendakahlah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari. Setiausaha Agung hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan tiga tahun sekali diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966 kecuali penyata kewangan yang dikehendaki dikemukakan setiap tahun.
| ||
(6)
|
Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.
| ||
(7)
|
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketetapannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha Agung.
| ||
(8)
|
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
| ||
FASAL 11
|
KEWANGAN
| ||
(1)
|
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upaj memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidakklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
| ||
(2)
|
Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 100.00 (Seratus Ringgi) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
| ||
(3)
|
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kra-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden dan Setiausaha Agung dan atau Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha Agung atau Bendahai maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa sahaja di antara mereka sebagai pengganti untuk menendatangi cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
| ||
(4)
|
Perbelanjaan yang lebih daripad RM 1000.00 (Seribu Ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan lebih daripada RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu Tinggit) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (Seribu Ringgi) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari.
| ||
(5)
|
Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeiksa Kira-Kira yang dilantik di wawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
| ||
(6)
|
Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
| ||
FASAL 12
|
PEMERIKSA KIRA-KIRA
| ||
(1)
|
Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik semula.
| ||
(2)
|
Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
| ||
FASAL 13
|
PENGAMANAH
| ||
(1)
|
Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepda mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
| ||
(2)
|
Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.
| ||
(3)
|
Seseorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung.
| ||
FASAL 14
|
TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
| ||
(1)
|
D I antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
| ||
(2)
|
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
| ||
FASAL 15
|
PENASIHAT/PENAUNG
| ||
(1)
|
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
| ||
FASAL 16
|
LARANGAN
| ||
(1)
|
Permainan yang disebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chao Ji Kee, Sdm Cheong, Dua Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata pada nasib;
| ||
(2)
|
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
| ||
(3)
|
Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama sekali sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
| ||
(4)
|
“Faedah” seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidak boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
| ||
FASAL 17
|
PINDAAN UNDANG-UNDANG
| ||
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinga kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftat Pertubuhan.
| |||
FASAL 18
|
PEMBUBARAN
| ||
(1)
|
Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perempat (3/4) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuaray agung dipanggil khas kerananya .
| ||
(2)
|
Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
| ||
(3)
|
Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh tersebut.
| ||
Tiada ulasan:
Catat Ulasan