08 Januari 2011

INTERLOK: NOVEL SEMASA PEMILIHAN TEPAT

ISU pemilihan novel lnterlok karya SN Abdullah Hussain,90 tiba-tiba menjadi isu yang dipolitikkan oleh sesetengah pemimpin perkauman yang tidak matang dan berfikiran dangkal.lnterlok salah sebuah novel yang memenangi hadiah  Peraduan Menulis Novel sempena 10 tahun kemerdekaan Malaysia (1967)lalu dipilih menjadi teks SPM bagi subjek KOMSAS BAHASA MELAYU iaitu komponen sastera dalam P&P Bahasa Melayu SPM.Desakan yang keterlaluan daripada pemimpin MIC iaitu T.Murugiah, T.Mohan dan Palanaviel  dan lain-lain agar Kementerian Pelajaran Malaysia menarik balik cadangan novel tersebut dijadikan teks kerana  ada perkataan PARIAH adalah bagaikan membuka pekung di dada, meludah di langit terpercik muka sendiri masyarakat lndia juga.Alasannya perkataan tersebut memberi impak kepada masyarakat lndia Malaysia tidak kukuh.
Soalnya adakah Murugiah, Mohan, Palanaviel atau sesiapa yang menentangnya sudah membaca novel tersebut? Jawab! Sudah bacakah? Belum membaca, baca dahulu.Belum membaca,diam sahajalah!

Latar lnterlok berkisar ketika zaman sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang British sebut 'Malaya' iaitu sekitar awal abad ke-19.Kedatangan orang-orang lndia dari lndia dan Cina dari China kerana keperluan ekonomi British sama ada di ladang-ladang getah dan di lombong-lombong bijih timah telah membuatkan mereka yang datang ke Malaya lantaran tuntutan kemiskinan hidup telah berusaha mencari rezeki. Di sebuah ladang getah orang Melayu,Cina,lndia hidup bersatu padu atas nama sebuah kehidupan dan mencari rezeki.Sebenarnya, Abdullah Hussain telah mengibarkan bendera Satu Malaysia terlebih dahulu atas semangat kekitaan dan perpaduan.Penduduk yang berbilang kaum ketika itu berpegang kepada di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.

Dalam pergaulan masyarakat ketika itu masing-masing tidak lepas membawa cara pemikiran masyarakat leluhur tanah air asal mereka.Justeru sudah tentu adat istiadat, bahasa, cara berkomunikasi terpancar dalam pergaulan mereka.lnilah realistiknya latar yang dipaparkan oleh Abdullah Hussain sebagai perakam waktu dan zaman menerusi karya fiksyennya. Atas nama seni dan nilai-nilai estetika mengapakah mahu dipolitikkan? Yang nyata, dalam agama hindu sendiri ada menyebut kasta masyarakat mereka iaitu Brahmin,Sastria,Paria dan seumpamanya.Sementelahan pula apa yang digambarkan oleh novelis tersebut adalah masyarakat lndia di lndia yang mana rata-ratanya ketika itu masih berwarganegara lndia.Bahkan bukan menggambarkan tatcara kehidupan masyarakat lndia warganegara Malaysia bahkan pengarang juga menggambarkan situasi jelek masyarakat Melayu dan Cina juga.Namun tidak ada sebarang bantahan daripada orang Melayu dan Cina.Sebabnya,kerana mereka faham bahawa taraf dan maju mundur sesuatu bangsa atau keturunan bukan kerana taraf bangsa itu tetapi kerana ilmunya, akhlaknya dan daya usahanya.

Usahlah melenting.letakkan emosi kalian berada di aras kecerdasan yang tinggi..memadailah setakat itu ulasan TB walaupun masih banyak mahu diperkatakan.Abdullah Hussain Sasterawan Negara yang unggul dan panjang sejarah penulisannya dan usianya patutlah dihormati. Siapakah Murugiah,siapakah Mohan, siapakah Palanaviel yang mahu mempersoalkannya?Anda semua sudah bacakah? Belum baca,diam sahajalah!!!!!. (sumber : tiubbocor.blogspot.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan