20 Julai 2011

KOMUNIKASI RUMAHTANGGA

KEHALUSAN dan kelembutan merupakan sifat semula jadi wanita.  Ia hendaklah sentiasa disuburkan agar terus terserlah  selepas berumah tangga dan mempunyai anak.

Ini kerana, anak adalah pengikat cinta dan tali penghubung komunikasi secara zahir dan batin antara suami isteri. Komunikasi yang baik akan melahirkan ikatan cinta yang kuat dan menghasilkan suasana hubungan yang berkualiti.

Rumah tangga yang bahagia boleh diasaskan oleh isteri yang memiliki 'akhlakul karimah.' Oleh itu, para isteri perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan pembentukan rumah tangga yang bahagia.

Tanggungjawab ini perlu benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumah tangga bahadia akan berhasil.(sumber: Isteriku Sayang, Mohd. Subhan MA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan