"Dari Khadijah r.a., ia berkata:Wahai Rasulullah, anak bapa saudaraku, sanggupkah tuan menceritakan kepadaku tentang teman tuan yang datang kepada tuan jika ia datang? Beliau bersabda : Dapat. Ia berkata: Kalau ia datang lagi kepada tuan, beritahukanlah kepadaku kedatangannya. Lalu Jibril datang sebagaimana kebiasaannya, lalu Rasulullah SAW berkata kepada Khadijah: Wahai Khadijah, ini ada Jibril datang kepadaku. Ia berkta: Ya, wahai anak bapa saudaraku. Duduklah tuan diatas peha kiriku. Rasulullah SAW pun berdiri dan duduk di atas peha kirinya. Ia berkata: Adakah tuan masih melihatnya? Beliau bersabda: Ya. Ia berkata: Pindahlah dan duduklah tuan di atas peha kananku. Lalu Rasulullah SAW pindah dan duduk di atas peha kanannya. Ia berkata: Apakah tuan masih melihatnya? Sabdanya: Ya. Ia berkata: Lalu ia mengambil dan memakai kerudungnya, tetapi Rasulullah SAW tetap duduk di atas pangkuannya, kemudian (Khadijah) berkata: Adakah tuan masih melihatnya? Sabdanya: Tidak . Ia berkata : Wahai anak bapa saudaraku, tenanglah dan tetaplah bergembira hati. Demi Allah, sesungguhnya orang itu adalah malaikat dan sama sekali bukan syaitan”
(Hadis riwayat Ibnu Najjar)
KHADIJAH, isteri baginda Rasulullah Saw, semasa melihat suaminya dalam keadaan gundah kerana turunnya wahyu pertama kali kapadanya merasa sedih melihat keadaan suaminya. Oleh kerana itu Khadijah selalu menghiburkan Rasulullah SAW dengan kata-kata manis dan mengembirakan. Khadijah berkata:”Wahai anak pakcikku, tenanglah dan tetaplah bergembira hati. Demi Allah , sesungguhnya orang itu adalah malaikat dan sama sekali bukan syaitan.” Ucapan seumapama ini dimaksudkan untuk menghilangkan perasaan sedih dan gundah Rasulullah SAW sehingga beliau dapat merasa gembira dan tenang kembali seperti hari-hari biasanya.
Para isteri sesungguhnya dapat melakukan perkara yang serupa kepada suami bila melihat suami murung atau gundah. Isteri seharusnya memahami dan cuba menggali isi hati suaminya untuk mengetahui apa yang sedang dihadapinya dan berusaha untuk menghiburkannya agar tidak hanyut oleh persoalan yang dihadapinya. Begitu juga para suami hendaklah sentiasa menghiburkan hati isterinya apabila melihat isteri dalam keadaan murung atau sedih. Carilah punca dan sebab-sebab yang membuat isteri bersedih mahupun gundah.
Hendaklah suami dan isteri berusaha agar saling membesarkan hati pasangannya di kala pasangannya menghadapi kesusahan dan kesedihan. Dengan sikap ini dapat menambahkan kemesraan antara keduanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan