UMMI NESSA
|
Assalamualaikum,apa
khabar Dr?
|
DR. RAJIEE HADI
|
Waalaikumussalam wbkt. Alhamdulillah,khabar
baik.
|
|
Selamat bertemu dan terima kasih
kerana sudi membuat sesi wawancara bersama UN dalam bual bicara
motivasi pendidikan. Boleh saya panggil Dr sahaja?
|
|
Boleh, saya selesa
dengan panggilan itu. Mahu panggil cikgu pun boleh.
|
|
Saya memilih Dr berdasarkan kepada kejayaan
kerjaya pada suatu ketika dan sehingga kini. Boleh Dr ceritakan
pekerjaan ataupun bidang apakah yang telah Dr diceburi?
|
|
Begini…Jika hendak diceritakan panjang
ceritanya dalam hal pengalaman ini. Maklumlah pelbagai
tempat dan suasana tempat bertugas khususnya berkaitan dengan
pendidikan. Semasa kanak-kanak dan remaja saya pernah berniaga buah-buahan di
hadapan pasar di sebuah pekan kampung kelahiran saya.Saya seronok
bersama-sama rakan-rakan keturunan Tionghua. Kami bersaing tetapi tetap
bekerjasama. Kemudian mengambil upah bekerja di kebun getah, menjadi buruh di
ladang kelapa sawit dan bekerja di kilang memproses getah. Dalam perkhidmatan
pendidikan, saya menjadi guru terlatih ketika berusia 22 tahun. Saya telah
berkhidmat di empat buah negeri;Johor,Negeri Sembilan,Wilayah Persekutuan dan
Selangor. Saya pernah berkhidmat sebagai guru pelatih di Selangor,Kuala
Lumpur dan Johor. Kemudian sebagai guru terlatih di Johor, Negeri Sembilan,
Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pendek kata, dari sekolah harian
hingga ke sekolah berasrama penuh, dari kelas peralihan hinggalah mengajar
tingkatan enam selama 17 tahun. Kemudian sebagai pensyarah dan Ketua Unit
Pembangunan Profesionalisme Jabatan Penyelidikan di salah sebuah institusi
perguruan di Malaysia sekitar sepuluh tahun dan bakinya sebagai pensyarah
kanan di salah sebuah universiti luar negara. Saya juga pernah
berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
dan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di samping beberapa buah kolej swasta.
Kegiatan lain sebagai penulis bebas dan wartawan sambilan, perunding
motivasi dan psikologi.
|
|
Hmm..hmmm.. Rupa-rupanya Dr ni orang yang hebat
ya... Tak salah saya memilih Dr dalam sesi ini.
|
|
Oh, ye ke? Saya rasa, sama seperti orang
lain. Cuma saya merasakan mahu mengisi peluang bagi menimba pengalaman yang
tidak saya perolehi semasa di bangku sekolah dahulu. Maksud saya dalam soal
kepemimpinan.
|
|
Nampaknya Dr ni lebih ke arah bidang yang berkaitan
pendidikan, iaitu mendidik dan menyuntik motivsi. Sejak bilakah
Dr mula berminat dalam profesion ini?
|
|
Kalau hendak diceritakan memang panjang.
Saya mulakan dari aspek membaca yang menjadi hobi saya sejak zaman
kanak-kanak dan awal awal remaja. Sejarah bermula apabila saya berjinak-jinak
dengan buku. Beginilah sebenarnya…sejak kecil saya suka sangat membaca.
Seingat saya usia 5 tahun saya sudah masuk tadika atau
dahulu dipanggil “sekolah tumpang” kerana sudah boleh membaca. Bahan
bacaan saya tidak setaraf dengan usia saya . Contohnya pada usia 6-12
tahun, saya sudah mula membaca buku-buku karangan penulis terkenal seperti
karya Hamka, Shakepeare, Abdullah Hussein, Abdul Moes, A.Samad Ahmad
dan ramai lagi. Saya juga sering membaca akhbar New Strait Times
yang dilanggan oleh bapa saudara saya yang akan menduduki peperiksaan LCE
pada pertengahan tahun 1960-an.Sewaktu saya pulang dari Sekolah Rendah Agama
sesi petang, saya sering singgah di kedai kopi hailam sambil minum ais kepal
sambil baca akhbar Utusan Melayu edisi jawi. Justeru, kesannya sehingga sekarang,
saya masih minat membaca. Tidak kiralah sama ada; buku, jurnal atau
artikel. Setiap pagi saya mesti membaca akhbar dan sekurang-kurangnya 1
buku setiap hari.Hahaha..sekarang sudah tentulah saya melayari
berita-berita dalam internet termasuk blog. Saya suka bahan bacaan seperti
autobiografi, motivasi dan pembangunan kendiri serta politik
semasa. Jika tidak membaca bagai ada sesuatu yang tidak kena pada
hari itu.
|
|
Elok benar minat sebegitu
diamalkan sehingga kini. Suatu amalan yang patut dipuji.
|
|
Terima kasih. Minat itu memang
datang dalam diri bukan perlu paksaan sebenarnya.Ya..lah faktor persekitaran,
latar dan zaman banyak mempengaruhi juga dalam kehidupan saya.
|
|
Saya setuju dengan Dr.
|
|
Memang patut dipupuk
minat itu dari awal sebenarnya.Walau ketika itu tiada dorongan sesiapa tetapi
bagi saya membaca ketika itu sebagai suatu escapism atau pelarian daripada
kesunyian. Manalah banyak hiburan alternatif ketika zaman saya
membesar.Tambahan pula saya jenis tidak suka berhibur bersama rakan-rakan
sebaya. Lebih gemar menyendiri.
|
|
Bagaimana dengan zaman persekolahan Dr.
|
|
Zaman persekolahan
saya tidak banyak kemudahan dan kelengkapan walaupun tahap minimum. Maklumlah
sekolah rendah di estet zaman kolonial;tiada guru bahasa lnggeris. Saya mula
belajar bahasa lnggeris semasa darjah lima. Saya masih ingat, gurunya Cikgu
Mohamad Nor. Kemudian sekolah rendah di kampung yang terpaksa
berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan. Kekadang seorang guru
terpaksa mengajar dua buah kelas pada suatu masa yang sama. Terpaksa
berkejar ke sana sini mengawal bilik darjah yang berdinding kadbod.
Kengan yang tidak dapat dilupakan apabila belajar di sekolah menengah
atas, guru bahasa lnggeris saya berbangsa lnggeris dari England.
Namanya Miss Kim Davis, cantik orangnya. Lucunya... saya telah
mengambil peperiksaan English MCE Sylabus X tetapi hanya sekadar lulus
sahaja. Justeru, kebanyakannya saya sendiri memotivasikan diri saya
berdasarkan kepada penelitian dan pemerhatian dan kepekaan saya
terhadap pengaruh persekitaran tempat tinggal dan keluarga .
Apatah lagi sejak kecil seusia 10 tahun saya berdikari tidak tinggal
bersama ibu bapa tetapi tinggal bersama datuk yang mempunyai ramai cucu
lain. Minat membaca yang mendalam sejak kecil banyak membentuk
peribadi dan jiwa saya misalnya semasa saya di sekolah rendah, dan menengah
rendah saya telah membaca karya penulis tersohor seperti Hamka, Arenawati,
Acdiat K.Mihardja, Pramoedya Ananta Toer, Abdullah Hussin, A.Samad
lsmail,A.Samad Ahmad, A. Samad Said dan lain-lain lagi. Dan saya telah
membaca kesemua novel yang memenangi hadiah utama dan saguhati Peraduan
Menulis Novel 10 tahun merdeka anjuran DBP. Novel-novel itu saya pinjam
daripada ldris (sebenarnya milik abangnya) yang dikenali ”Apah”iaitu rakan
zaman kecil saya. Sebenarnya abang sulung ldris, Asaha Abong
(kini Dato’) menjadi idola di kampung saya kerana menjadi pelajar pertama
menjejaki kaki ke menara gading, Universiti Malaya,Kuala Lumpur pada awal
1960-an.
|
|
Seronok mengikuti pengalaman persekolahan Dr. Apakah yang
memotivasikan Dr membaca?
|
|
Membaca adalah hobi
saya. Pada mulanya, saya melihat banyak buku, kitab lama dan majalah klasik
di atas loteng rumah datuk saya . Saya ambil kemudian membelek-belek sehingga
timbul minat untuk mengetahui isi buku yang saya temui itu. Jadi saya
membacanya satu persatu. Sehinggalah habis buku dan majalah yang ada
saya baca semuanya. Bahan-bahan kritikan masyarakat tulisan Abdul Rahim
Kajai saya baca walhal bukan label kanak-kanak seusia saya ketika itu.
|
|
Bermakna Dr lebih matang berbanding usia... betul begitu?.
|
|
Saya tidak
menafikannya. Memang pemikiran saya lebih matang daripada usia.
Contohnya saya suka bergaul dan membincangkan topik-topik semasa dengan orang
dewasa. Sebenarnya menyeronokkan. Kadang-kadang lucu pun ada.
|
|
Lucu?. Maksud Dr?
|
|
Lucu bila saya
membicarakan tetang isu –isu semasa. Misalnya ketika saya berusia 14-15
tahun saya sudah kritis tentang kemudahan jalan yang tidak berturap,parit
yang tersumbat. Walhal bukan setaraf dengan usia saya. Dan saya
terus menulis di ruangan forum pembaca akhbar Utusan Malaysia/Utusan Melayu
lalu disiarkan. Gembiranya bukan kepalang! Kadang-kadang kena marah
juga bila menyampuk perbualan orang dewasa. Itulah yang melucukan saya.
Saya dapat berbahas dengan orang yang lebih tua daripada saya.
Hahaha..tapi tidaklah sehebat Hang Nadim!
|
|
Baiklah… Tadi Dr
beritahu saya.. banyak bidang yang telah diceburi. Apakah jawatan mutakhir Dr ?
|
|
Pensyarah Kanan di salah sebuah IPTA
di Negara Brunei Darussalam.
|
|
Hebatnya Dr . Oklah ..
tentu banyak pengalaman yang dapat Dr perolehi semasa menjawat jawatan
Pensyarah Kanan di sana ya… Boleh Dr ceritakan sedikit?
|
|
Bekerja di tempat
orang tidak sama dengan di negara sendiri. Banyak birokrasi. Saya
sejujurnya tidak berhasrat ’mahu menonjolkan diri, siapa saya di sana. Kena
faham-fahamlah. Nanti mereka menyangka kita hendak melobi
atau hendak menunjuk-nunjuk pandai. Namun saya tetap berpegang kepada
prinsip jika membabitkan hal-hal akademik. 0leh itu saya hanya bekerja
rutin mengikut apa yang ditawarkan atau diarahkan sahaja. Di
samping memberi kuliah, menyelia praktikum mengajar mahasiswa perguruan, saya
juga membuat penyelidikan, menulis esei dan membuat kerja-kerja terjemahan
bahasa Melayu ke bahasa lnggeris. Tapi pengalaman lain adalah; seperti
dapat melihat sejauh mana kesungguhan pelajar di sana dalam mengejar
ilmu...bak kata bidalan ’lain padang,l ain belalang.’
|
|
Apabila saya amati, Dr lebih suka berkhidmat dan berbakti untuk
orang lain.
|
|
Maksud puan?.
|
|
Ya.. lah..berdasarkan bidang yang Dr ceburi sebutkan tadi,
menunjukkan Dr berminat berinteraksi dengan orang ramai.
Sebagai guru atau pendidik ... ’kan selalu bertemu dan memberikan
tarbiyah kepada orang lain.
|
|
Betul puan. Saya memang suka bidang
yang ada interaksi dan komunikasi dua hala yang positif . Yalah.. antara
pensyarah dengan pelajar contohnya. …
|
|
Emmm…….. Baiklah Dr. Boleh Dr jelasakan perkara yang paling
tidak disukai terutamanya membabitkan kerjaya Dr?
|
|
Berbicara tentang
perkara yang paling saya tidak suka dalam kerjaya ini banyak berkaitan soal
peribadi. Misalnya, kedudukan saya ketika saya berkhidmat di
Malaysia hanya staf biasa. Walaupun ada perkara-perkara yang saya
rasakan patut berubah tetapi cepat-cepat saya beralah dan tidak perlulah
terlalu berat untuk memikirkannya. Kerana tidak ada apa-apa perubahan
pun kalau saya mencadangkan atau mengesyorkan sesuatu idea. Saya paling
tidak suka apabila ada individu atau pihak luar yang tidak berkaitan tetapi
berkepentingan mencampuri urusan kerja. Maksudnya yang nyata, mereka
yang tidak berkemahiran. Mereka hanya pandai berkata dan mengarahkan
sahaja tapi tidak ada kemahiran untuk menunjukkan bukti apa yang diperkatakan
kepada saya atau stafnya. Saya pernah juga bersuara mengenainya
tetapi tiada apa tindakan yang diambil.
|
|
Maksudnya Dr. rasa tidak puas hati dengan birokrasi ?.
|
|
Saya tidak kata
aspek birokrasi sahaja. Tetapi banyak pihak yang memberi pelbagai alasan ’red
tape’. Sebab saya ’ni memang aktif dalam beberapa persatuan dan
kesatuan guru. Banyak perkara dalam Perintah Am Kerajaan saya tahu. Jadi
nampaklah di situ berberapa kelemahan kerana ada ketua yang tidak tahu banyak
prosedur terutama soal peruntukan kewangan. Sehingga pada satu tahap,
saya merasakan tidak ada guna bersuara kerana tidak ada keadilan di
situ.
|
|
Nampaknya Dr. memang begitu komitmen dalam karier.
|
|
Memang itu adalah
amanah yang diberikan kepada saya. Saya kena
melaksanakan yang terbaik walaupun ada ketikanya dianggap seperti suatu
persaingan.
|
|
|
|
Maksud Dr tidak mendapat bantuan mana-mana pihak itu bagaimana?
|
|
Maksud saya
semasa saya melanjutkan pelajaran di IPT di peringakat ijazah lanjutan
sehingga PhD, saya tidak pernah mendapatkan biasiswa dari mana-mana
pihak baik dari pusat mahupun dari negeri. Bermakna saya bebas
dan mandiri. Saya menjual aset untuk menampung perbelanjaan pengajian
ijazah lanjutan.
|
|
Saya sungguh teruja dengan kesungguhan dan keteguhan Dr untuk
mencapai kejayaan tanpa mana-mana bantuan kewangan. Jadi, apa rahsia Dr
sehingga berjaya kini.
|
|
Tidak dinafikan
semasa di tingkatan enam, maktab perguruan dan ijazah sarjana muda pendidikan
saya dibiaya ala kadar sahaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau
tidak mencukupi saya berusaha bekerja sambilan mencari sumber rezeki
tambahan. Selain sebagai penulis dan wartawan sambilan, saya menjual buku
secara jualan langsung ke sekolah-sekolah. Sebab itu saya berkeyakinan
bahawa kejayaan saya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mengharapkan orang
lain untuk mencapai impian dan cita-cita. Allah telah mengurniakan semangat
yang tinggi kepada saya di samping sokongan dan seluruh isi keluarga
yang mendoakan kejayaan.
|
|
Berdasarkan pengalaman Dr, minat membaca agak
mendalam . Boleh Dr terangkan apakah perkara yang paling diminati
selain
membaca dilakukan ketika lapang?
|
|
Sebenarnya saya
minat dalam seni...drama dan teater. Dahulu semasa awal
perkhidmatan saya dalam bidang perguruan saya pernah berlakon teater
,mendeklamasi puisi, berpengakap dan masa terluang saya suka
membaca. Saya sasarkan membaca buku atau novel, sebuah naskah setiap
hari. Itu adalah amalan saya sejak dahulu lagi. Selain itu saya juga
minat menulis puisi. , menyanyi , berenang , jogging dan aktiviti
kembara. Bagi saya masa itu adalah emas dan sangat berharga. Alhamdulillah
telah menghasilkan 20 buah buku kreatif dan akademik. Buku terkini (2003)
ialah kumpulan puisi perseorangan CINTA ARAFAH yang telah diterbitkan oleh
Dwiwangsa Publication&Distributor.
|
|
Apakah Dr pernah memenangi sebarang sayembara penulisan?.
|
|
Hahaha. Ada
’tu adalah dalam genre puisi dan cerpen dalam beberapa sayembara di peringkat
maktab,universiti,negeri dan kebangsaan.. Antaranya pada sekitar
tahun 90-an saya merangkul tempat pertama, hadiah RM3ribu dan
mengalahkan beberapa sasterawan terkemuka yang lain waktu itu...dalam
sayembara menulis Puisi Bosnia anjuran PENA .Saya menggunakan nama seorang
wanita. Hahaha...ramai yang tidak tahu rahsia ini. Seperkara yang
tidak dilupai saya adalah salah seorang daripada sepuluh pemenang sagu hati
dan memperoleh hadiah RM3 ribu menamakan kereta nasional, Proton Saga,1985.
Selain itu, saya suka menulis cerpen dan puisi yang seringkali
disiarkan di akhbar-akhbar dan majalah tempatan dan luar negara
termasuk di Brunei , lndonesia dan Singapura. Tetapi kini
aktiviti agak minimum kerana kesibukan dengan kerja hakiki saya. Namun kini
saya kembali menulis esei ilmiah dan kreatif semula. Saya berazam
menulis buku-buku ilmiah dalam bidang pendidikan khususnya metodologi dan
pedagogi.
|
|
Tampaknya Dr agak arif dari segi ilmu pendidikan dan mendalami bidang
kesusasteraan dan linguistik.
|
|
Bukan apa saya
meminati semua jurusan ilmu tapi yang paling minat psikologi bahasa dan
sastera iaitu yang berkisar kognitif dan pemikiran.
|
|
Dr ada menyebutkan tentang perkara yang paling diminati iaitu membaca
, menulis cerpen, puisi dan lain-lain. Macam mana pula
dengan perkara yang
paling tidak disukai.
|
|
Perkara yang paling
saya tidak suka semasa kanak-kanak dahulu ialah terpaksa berjauhan
ibu bapa kerana tinggal dengan datuk. Ini kesan masa lalu saya.
Saya menyendiri, sensitif tetapi memiliki daya sensitiviti yang
tinggi. Saya terpaksa tinggal dengan datuk sebab di kawasan kuarter ibu
bapa, lokasi sekolah agak jauh dan tidak bersesuaian. Bapa
memutuskan menghantar saya dan dua adik saya ke rumah datuk
yang berhampiran bandar. Sangat sedih masa itu. Terasa macam anak terbuang saja.
Tapi apabila bapa saya menerangkan sebab mengapa saya dihantar ke
kampung barulah hati saya tenang walau kerap kesayuan. Sehingga
sekarang walaupun sudah lebih 40 tahun berlalu saya masih dapat
merasainya perit perpisahan dengan keluarga.
|
|
Benar apa yang dikatakan bapa Dr . Bapa Dr sebenarnya memandang
masa depan Dr . Dan apa yang terhasil sekarang, Dr agak kuat kini melawan
perasaan dalam setiap perjuangan kesan pengorbanan perasaan Dr
berpisah daripada keluarga pada masa silam. Dan kini bagaimanakah
Dr mengisi masa senggang ?
|
|
Masa senggangg saya
biasanya saya membaca dan menulis artikel atau mengarang cerpen dan puisi.
Beberapa tahun yang lalu saya pernah juga berkhidmat sebagai
fasilatator dan Ketua Fasilatator PLKN iaitu Program Latihan Khidmat Negara.
Pada awal 1990-an saya pernah memberi sumbangan bakti kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi Ketua Pos Pusat Pilihan Raya Umum bagi
Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Selain itu menjadi guru
tiusyen percuma kepada murid-murid miskin kawasan setinggan di Kampung
Selamat, Sungai Besi Kuala Lumpur. Kini Kampung Selamat telah tiada; bertukar
menjadi Bandar Tasik Selatan. Selain itu menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan SRP/PMR
dan SPM. Syukur, saya belajar memimpin secara praktik hasil daripada
pengalaman sebenar.
|
|
Kehidupan sosial Dr?
|
|
Saya suka
berpersatuan dan aktif dalam NGO. Ehemmmm tidak keterlaluan saya
katakan bahawa saya turut berarak bersama-sama para pejuang bahasa Melayu
sewaktu menentang PPSMI (Pengajran & Pembelajaran Sains Matematik dalam
Bahasa Inggeris). Kebetulan saya juga terlibat ketika penubuhan Gerakan
Mansuhkan PPSMI (GMP). Saya merasakan ada sesuatu yang tidak betul
dalam pelaksanaan PPSMI itu. Saya ini sensitif sikit dengan isu-isu
semasa yang sedang berlaku. Kadang-kadang saya akan bersuara melalui
online contohnya apabila ada isu yang dibincangkan tidak benar dari segi
fakta maka saya akan menghubungi langsung dan berdialog dengan ahli panel
sama ada di televisyen,radio mahupun dalam majlis-majlis dialog terbuka.
Saya memang minat berjuang tentang perkara-perkara yang tidak betul dan
harus diperbetulkan.Ya, saya kritis tapi analitis... Saya tidak
suka duduk diam sahaja. Ha..ha..ha..sekarang sesiapa boleh melayari
blog saya....tiub bocor blogspot.com
|
|
Bermakna masa-masa luang Dr diisi dengan perkara yang bermanfaatlah
ya... Jadi tiada istilah rehat nampaknya.
|
|
Hmmm... ’Dah minat
dan menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan perkara yang saya kurang
senang..yelah..mesti ada KBKK...kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif!
|
|
Berdasarkankan pernyataan Dr tadi, dapat saya ambil kesimpulan bahawa
Dr seorang yang berdikari . Maksud saya semasa menuntut di universiti
sehingga ke peringkat PhD walau Dr tidak mendapatkan mana-mana biasiswa pun
atau tajaan kerajaan. 0leh itu apakah prinsip Dr sebenarnya?
|
|
Saya berpegang
kepada prinsip berdikari tanpa ’ ”tongkat ’ jika tongkat itu tidak membantu
kita. Sebenarnya saya belajar dan menyelidik berdasarkan kemahuan dan minat
sendiri bukan mengikut acuan pihak lain. ltu adalah prinsip saya. Hasil
daripada pengamatan positif saya sendiri. . Itulah prinsip mandiri
saya. Saya berpegang kepada prinsip seperti mana semasa mesyuarat
permuafakatan pengurusan KPM bagi penentuan PPSMI dahulu saya dan
KKGBMS berterus terang menyatakan tidak setuju berhubung pelaksanaan
PPSMI. Saya mengemukakan hujah-hujah akademik di meja mesyuarat
yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu.
|
|
Dalam erti kata lain, bermakna kita tidak boleh mengharapkan
mana-mana pihak untuk menempa kejayaan? Maksudnya berusaha sendiri.
Tetapi pernahkah Dr bergantung dengan mana-mana individu atau
pihak; hatta dengan keluarga?
|
|
Kami daripada
keluarga yang sederhana. Boleh dikatakan kais pagi makan pagi.
Saya tidak bergantung dengan keluarga kerana kerana datuk saya juga terpaksa
memelihara 9 cucunya yang yatim piatu. Saya lebih memandang
kepada adik beradik saya. Biarlah ibu bapa saya memberikan tumpuan
kepada mereka. Saya tidak bergantung dengan mana-mana pihak pun.
Ada juga frust sebab beberapa kali mohon biasiswa peringkat
sarjana dan doktor falsafah diketepikan. Mungkin ketika itu kegawatan
eknomi negara. Atau mungkin ada faktor-faktor lain. Namun
kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah kejayaan saya memperoleh
ijazah sarjana (M.A) secara separuh masa cuma dua semester atau satu
tahun sahaja di UKM. Kemudian saya ditawarkan terus melanjutkan
pelajaran ke peringkat Ph.D di universiti yang sama. Bagi saya itu adalah
hikmah yang tidak terhingga kerana saya tidak terikat dengan mana-mana agensi
atau menggunakan wang rakyat. Saya bebas.
|
|
’Bebas’. Seronok bunyinya ya Dr.
|
|
Memang seronok saya
tidak terikat, tidak terasa termakan budi, tidak rasa bersalah kepada
masyarakat dan tiada masalah dengan mana-mana pihak. Hahaha..jika
saya mahu melibatkan diri dalam politik aktif lebih baik saya
bertanding sebagai calon bebas.
|
|
Berdasarkan keceriaan Dr ,memang saya dapat lihat Dr
menikmati erti kebebasan ini.
|
|
Dapat dizahirkan
dengan keceriaan saya sekarang. Bukan apa puan, saya telah mengalami
pelbagai kisah pahit duka menempuh kejayaan yang saya perolehi
sekarang. Kena banyak bersabar. Sebab ramai yang mencemburui
kejayaan saya. Saya tidak suka pula untuk bersaing. Apabila
ada persaingan saya lebih suka mengalah dan angkat kaki dulu
sebelum apa-apa berlaku. Tetapi bukan bererti saya mengalah begitu
sahaja tetapi saya akan terus bersemangat menempa kejayaan seterusnya.
Maksudnya saya berfikiran positif.
|
|
Adakah Dr seorang yang suka melihat kebahagiaan orang lain daripada
kebahagiaan sendiri?
|
|
Ya. Emmm betul...apa
pun bergantung kepada sikon.(situasi dan kondisi)
|
|
Bagaimana dengan kehidupan rutin Dr?
|
|
Dahulu ada
perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang. Saya ada syarikat
konsultans sendiri yang pernah mengendalikan beberapa seminar tetapi tidak
aktif. lnsya-Allah, saya akan menggerakkan sepenuh masa pada masa yang
sesuai kelak. Maklumlah kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang dan
berusaha. Kenalah banyak menempuhi cabaran dengan penuh kesabaran yang
banyak.
|
|
Betul Dr... kita kena banyak bersabar dalam setiap perjalanan
kehidupan in. Harapan UN kepada Dr yang secekal ini yang
betah dengan pelbagai kesulitan dan cabaran agar mendorong motivasi kepada
guru-guru muda hari ini.
|
|
Bagi saya senang
atau sukar kita mesti sentiasa yakin diri berpaksikan keyakinan kepada
Allah dan banyak bersabar. Biar orang menganiaya kita, jangan kita
menganiaya orang lain. Ada ubi ada batas... Bagi guru-guru muda
banyaklah bersabar. Jangan mudah naik angin. Berkhidmatlah dengan
ikhlas tanpa sebarang prejudis dengan penuh kasih sayang. Jagalah cara
kita berkomunikasi dengan pelajar. Guru
adalah cermin para pelajar selepas ibu bapa mereka..
|
|
Benar... Tentu ada kekuatan dalam diri Dr .
|
|
Kekuatan dalam diri
saya ialah yakin, berdikari dan ada motivasi pembangunan diri sendiri.
Saya suka melihat ke hadapan dan menoleh ke belakang untuk membuat
penambahbaikan. Mesti ada
wawasan!
|
|
Dr sudah lama berkecimpung dalam profesion pendidikan . Kalau tidak
silap lebih 30 tahun. Apakah sumbangan yang telah Dr berikankan?
|
|
Pengalaman dalam
bidang pendidikan selama 30 tahun. Penglibatan dalam NGO dan organisasi
persatuan selama 20 tahun. Penglibatan dalam penulisan sama ada penulisan
deskritf dan kreatif. Pengalaman menghadiri dan terlibat dalam seminar
di dalam dan luar negara termasuk mengembara ceruk rantau dalam negeri
dan luar negara. Pengalaman yang digarap ini biasanya secara gabung jalin
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dalam kuliah saya kongsikan untuk
para pelajar saya.Tujuannya meningkatkan motivasi mereka. Selain itu
saya garapkan ke dalam karya-karya kreatif.
|
|
Walau banyak kejayaan yang Dr perolehi, tentu ada bentuk-bcabaran dan
halangan yang terpaksa Dr hadapi. Adakah begitu Dr?.
|
|
Biasalah puan, kita
bekerja dengan manusia dan persekitaran. Ada interaksi dan komunikasi.
Tentu ada halangan-halangannya. Tentu ada yang tidak senang dengan apa
yang kita miliki. Ramai yang cemburu dengan kejayaan kita dan orang
lain. ltu lumrah kehidupan. Bagi saya halangan perlu
saya ditatangi dengan merangka pelan A,pelan B dan seterusnya. Sikap cemburu,
dengki dan khianat orang lain anggaplah suatu persaingan sihat.K ita
jangan putus-asa. Dalam diam kita boleh bertindak. Umpama menarik tepung dalam
rambut. Rambut tidak putus, tepung tidak tumpah. Apa salahnya kita
berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pengalaman baru dan
menyebarluaskan kepada ilmu pada orang lain. Berhubung dengan
halangan-halang birokrasi, tidak perlulah saya bercerita panjang. Ada yang
bersifat personal. Namun peraturan yang sedia ada tidak silap tetapi
manusia yang melaksanakannya tidak cekap, tidak amanah. Yang paling
mengecewakan saya ialah apabila bertemu ketua majikan yang opurtunis,
hipokrit dan tidak ada pendirian; bagai lalang ditiup angin.
|
|
Wah, macam tidak puas hati luahan Dr?
|
|
Tidak puas hati
adalah fitrah. Saya manusia hamba-Nya yang serba lemah dan kekurangan.
Sebenarnya saya jenis kakitangan yang bertindak atau menegur
mengikut peraturan sedia ada. Perintah Am Kerajaan. Saya akan merujuk
Perintah Am bagi penambahbaikan dalam sesebuah organisasi. Bukan
menyembunyikan habuk di bawah karpet. Selain itu perkara yang berkaitan
penilaian prestasi yang ada elemen ketidakadilan kerana tidak mematuhi
prosedur penilaian. Misalnya semasa zaman penilaian SSB masih banyak kedapatan Ketua
Pejabat yang tidak memanggil staf mereka bagi melaksanakan prosedur penilaian
secara telus. Mereka menilai pada padangan luaran dan emosi tetapi bukan
kepada sumbangan dan penghasilan kerja kita seperti yang digariskan
dalam panduan skema. Ini membuatkan saya tidak berpuas hati dan
berasa kecewa serta hilang kepercayaan!
|
|
Baiklah Dr. Saya rasa bual bicara kita sudah ke
penghujungnya. Saya ingin membuat kesimpulan dengan apa yang
diperkatakan. Beginilah Dr.. Pada padangan saya, Dr adalah seorang
cekal menerokai bidang akademik . Banyak buku Dr telah
diterbitkan pada suatu masa dahulu.. begitu juga dengan cerpen dan puisi.
Penglibatan Dr dalam NGO banyak membawa implikasi positif sehingga hari ini. Kekuatan Dr adalah
prinsip hidup tidak
bergantung dengan sesiapa tetapi tidak malu bertanya kepada mereka yang tahu
dan berilmu. Sejarah hidup Dr banyak membantu Dr untuk mengecapi
kejayaan di samping pengorbanan ahli keluarga yang sanggup berkongsi suka
duka sepanjang kerjaya Dr. Itu adalah kekuatan dalaman Dr. Bagi
saya Dr orang yang tabah dan kuat menghadapai cabaran dan dugaan kerana
Dr berpaksikan keyakinanan kepada Allah. Bagaimana Dr? Adalah Dr setuju
dengan kesimpulan saya.
|
|
Tidak ada salahnya
puan membuat kesimpulan ini. Tapi saya ingin melengkapkan lagi rumusan
puan ni . Bagi saya setiap pekerjaan mesti ada perancangan, setelah
dirancang lakukan pelaksanaan dengan teratur dan buatlah pemantauan dari
semasa ke semasa bagi menentukan perancangan dan pelaksanaan dapat
dilaksanakan dengan bersistemetik. lnsya-Allah jika dikurniakan
kesihatan diri yang sihat walafiat saya akan membuat penyelidikan untuk
ijazah Ph.D dalam bidang lain pula.
|
|
Syabas dan didoakan Dr terus
berketrampilan dan berdaya saing dalam kerjaya dan beroleh kejayaan dengan cita-cita
Dr yang tidak pernah luntur,tidak kunjung padam itu.Baiklah Dr. Saya
sangat-sangat bertuah dapat mewawancara dalam sesi bual bicara motivasi ini. Terima
kasih.
|
|
Saya pun bertuah
kerana dapat berkongsi apa yang saya miliki dan pernah miliki sebelum ini
dalam kerjaya saya. Bolehlah yang baik diambil sebagai panduan dan yang
tidak elok dijadikan sempadan. Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T, yang
kurang daripada saya sendiri.Sama-sama.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan