DR.
RAJIEE HADI (2013)
|
DR.RAJIEE
BIN ABDUL HADI @ DR. RAJIEE HADI, anak
jati Muar, Johor (lahir di Kampung Serom 2 Hilir) yang menggunakan nama pena antaranya
Rajiee Hadi dan ROHA. Nama-nama samaran lain yang pernah digunakan ialah Guru
Bahasa, Pak Ngah,R.H.Roy, Adzie Roha dan Idah Eeijar . Beliau menulis pelbagai
genre sastera termasuk puisi, cerpen skrip drama dan novel kanak-kanak.
Beliau juga menulis kertas kerja, resensi,jurnal, esei, Rencana dan buku-buku
kajian sosiobudaya, pendidikan,p sikologi, kesusasteraan dan kebahasaan.
Beliau menulis di Berita
Harian/Berita Minggu sejak penghujung tahun 1970-an.Kemudian dilantik
sebagai stringer Berita Harian/Berita Minggu secara rasmi
bermula tahun 1983 di Muar, Johor, setelah mendapat bimbingan bengkel daripada
Tokoh Wartawan Negara A.Samad lsmail
(Allahyarham) dan Ahmad Sebi Bakar. Kemudian tahun 1981 menjadi penulis tamu
akhbar Warta Tebrau atas undangan SN A.Samad Said.
2010 |
Karya-karya beliau tersiar dalam
pelbagai akhbar dan majalah di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Antaranya Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dian, Jurnal Dewan Bahasa, Pelita Bahasa,
Mastika, Al-Islam,Harakah, Jurnal Pemikir, Jurnal Penulis, Berita Minggu,
Mingguan Malaysia, Bahana (Brunei) , Nino Bagus, Fikiran Rakyat
(Indonesia) portal berita Harakahdaily, Malaysiakini dan banyak lagi.Antara
buku-bukunya ialah Antologi Cerpen Perseorangan Tirai Malam (1981, Tra-Tra
Publication), dan kumpulan puisi perseorangan Cinta Arafah (2003, Diwangsa
Publications & Distributors).
Beliau
yang aktif dalam beberapa pementasan teater bersama Badan Teater Rakyat Muar
(BATERA 1978-1982) bersama penggiat teater tempatan ketika itu seperti
Saparman Bakri, Dzulkarim Daud dan Mahfar Tahir.Di Universiti Pertanian
Malaysia,Serdang (UPM) beliau pernah berlakon dalam teater 'Atap Genting,Atap
Rumbia' (1985) arahan Aripin Said /Roselina Khir Johari..Di Maktab Perguruan Bahasa,Kuala
Lumpur (MPB) beliau terbabit dalam pementasan teater 'Hari Jadi Nona' (1976)
dan 'Bayang-Bayang' (1977) di bawah arahan Elias ldris & Khairuddin Wahab.
Beliau
pernah memenangi hadiah utama, antaranya Sayembara Penulisan Puisi dan Cerpen
MPB (1977-kini IPGM Kampus Bahasa Melayu) , Sayembara Penulisan Kreatif UPM,
Serdang (1984), Sayembara Penulisan Puisi Sejarah Nasional (1992) dan Sayembara
Puisi Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1994) dan Sayembara Puisi
Bosnia,1994 (menggunakan nama wanita) dan memenangi tempat pertama hadiah
RM3000/-. Beliau juga ialah salah seorang pemenang penama kereta nasional,
Proton Saga (1985) yang mendapat hadiah sagu hati bernilai RM3,000/.
Sebagai aktivis bahasa dan sastera serta kemasyarakatan beliau pernah menganggotai Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Bergerak cergas sebagai Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia (KKGBMS), Exco Kongres Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KONGRES), Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Kementerian Pendidikan /Pelajaran Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Kebangsaan (1998-2005). Kini beliau Presiden Pengamal Pendidikan Malaysia (PPPM/PENDIDIK 1999--).

pernah bertugas sebagai guru penolong terlatih (1978-1995) Kementerian
Pelajaran/Pendidikan Malaysia di beberapa buah sekolah harian dan Sekolah
Berasrama Penuh di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Di
samping itu beliau berkhidmat sebagai pensyarah sambilan
di Kolej Anjung Selatan, UNITEN dan UPM Serdang
(1998-99). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PIBG di
salah sebuah sekolah menengah agama di Selangor Darul
Ehsan.
Dalam kerjaya pendidikan Dr Rajiee Abdul Hadi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme Keguruan,di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme, Maktab Perguruan Islam (kini Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Pendidikan Islam) Bangi, Selangor Darul Ehsan (1995-2005).Beliau juga dilantik oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Ahli Panel Penggubal Soalan M-Test iaitu peperiksaan untuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah di IPBA, Kuala Lumpur (2003).
Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam.Semasa di Brunei beliau dilantik menjadi ahli panel penemuduga kemasukan para pelajar baru untuk mengikuti kursus diploma perguruan dan sarjana muda perguruan.Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim bagi Pertandingan Forum Hijrah IPTA Negara Brunei Darussalam 1429H/2008. Beliau kini juga adalah kolumnis majalah PENDIDIK, penyair, penulis bebas,blogger dan Ketua Pengarah kepada DRH Consultants & Services.

(DIKEMASKINIKAN 7 JULAI 2013)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan