PENGGEMAR makanan segera perlu lebih berwaspada selepas ini apabila satu kajian terbaru mendedahkan, tabiat suka makan makanan itu boleh meningkatkan tahap kemurungan lebih 50 peratus.
Kajian oleh saintis dari Sepanyol itu menunjukkan mereka yang gemar makan makanan ringan seperti burger, hotdog dan piza lebih terdedah untuk mengalami masalah kemurungan sehingga 51 peratus berbanding mereka yang hanya makan sedikit atau pun tidak makan langsung.
''Lebih banyak kita makan makanan segera, lebih besar peluang kita berdepan masalah kegemukan,'' kata Almudena Sanchez-Villegas yang mengetuai kajian itu.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Las Palmas de Gran Canaria and Granada, Sepanyol itu kemudiannya diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan Kesihatan Awam.(sumber:UM,03/04/12)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan