02 November 2011
STRES PELAJAR : SALAHKAH SISTEM PENDIDIKAN ?
SISTEM pendidikan negara tidak harus dipersalahkan berhubung peningkatan stres di kalangan pelajar ketika ini.
Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya(UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, stres boleh dielak jika pihak sekolah mampu mengurus jadual pembelajaran dengan bijak.
“Masa belajar dan susunan jadual yang kondusif perlu diberi perhatian khususnya menjelang musim peperiksaan bagi mengelak pelajar berasa tertekan.
“Pihak sekolah juga harus memberi tugasan kepada pelajar mengikut keupayaan mereka dan tidak mengharapkan setiap pelajarnya akan mendapat keputusan yang cemerlang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil kajian Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah yang menunjukkan tahap stres di kalangan pelajar tinggi.(UM, 07/10/11)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan