Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Dibawah ini, Ummi Nessa sediakan beberapa tips rumah terbuka mengikut Islam
1. Tidak menjemput golonan kaya sahaja, yang miskin atau kurang berkemampuan juga wajib diraikan bersama
2. Tidak menjemput tetamu hanya melalui pesanan ringkas atau laman sosial sedia ada kerana akan menimbulkan kekeliruan kepada tetamu kebenaran jemputan tersebut.
3. Tetamu yang berpuasa hendaklah berbuka kerana menghormati tuan rumah dan kerana mereka masih mendapat pahala berpuasa tersebut.
4. Tuan rumah hendaklah menyediakan makanan dan minuman yang halal.
5. Tidak mengadakan aktiviti maksiat dan elakkan pergaulan lelaki dan wanita yang bukan muhrim tanpa batasan.
6. Tuan rumah hendaklah menyedikan tempat yang mencukupi dan sesuai bagi tetamu.
7. Jangan menghidangkan hiburan yang melalaikan sehingga meninggalkan solat.
Ummi Nessa harap tips berguna ini dapat menjadi panduan kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan