DALAM rumah tangga , para wanita (isteri ) tidak dibebani dengan tugas mencari nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya . Semuanya adalah tugas suami selaku ketua dalam rumah tangga. Bahkah di dalam rumah tangga dan persekitarannya sahaja para wanita diberi peluang oleh Allah untuk menjadi mulia dan mendapat darjat yang tinggi di akhirat.
Terdapat hadis bahawa Rasulullah SAW perang suatu ketika pernah melarang wanita yang hendak turut serta mengiringi jenazah, kerana inginkan pahala lebih. Kepada para wanita itu Nabi Muhammad SAW nasihakan , maksudnya:" Lebih baik kamu tidak ziarahi dan iringi mayat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa pahala." Lebih baik kamu tinggal di dalam rumah dan berkhidmat kepada suami kamu, nescaya kamu akan mendapat pahala sama seperti pahala ibadah kaum lelaki."
Pernah suatu ketika , sekelompok para wanita berpakat sesama mereka untuk menuntut kelebihan pahala sama sepertimana yang diperolehi oleh kaum lelaki. Mereka merasakan lelaki diberi peluang berjihad dan melakukan kerja-kerja lain di luar rumah tentu, mereka tidak mendapat peluang sedemikian, tentu sedikit mendapat ganjaran pahala. lalu mereka mencalonkan beberapa orang sakil untuk menemui Rasulullah SAW untuk menuntut hak kelebihan ganjaran pahala. Kepada wakil mereka Rasulullah SAW menjelaskan , sabda Baginda, maksudnya; "Sampaikan berita ini kepada semua wanita bahawa jika mereka taat kepada suami masing-masing dengan kesedaran iman pahalanya seimbang dengan jihad fi sabilillah kaum lelaki di luar rumah. Akan tetapi sedikit sekali di antara kamu yang melaksanakannya."
Terdapat suatu kisah seorang wanita Bani Israil di zaman nabi Musa A.S diberi karomah oleh Allah kerana ia memuliakan suaminya. Kisah yang diriwayatkan oleh Sabit Al-Bannnaniy patut menjadi ikhtibar kepada kaun wanita sekalian. Kata Sabit; "Seorang wanita Bani Israil yang buta sebelah matanya sangat ikhlas berkhidmat kepada suaminya. Ketika ia menghidang dan melayani sumainya makan, ia sendiri yang memegang pelita untuk menerangi suaminya makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu dan tidak ada benda untuk digantikan. Lalu ia mengambil rambutnya sendiri dan dijadikan sebagai sumbu pelita tersebut, demi untuk melayani suaminya yang sedang makan. Melihatkan keikhlasan hatinya memulikan suami sehingga sanggup mengorbankan rambutnya sendiri, maka Allah dengan kasih sayang Nya telah menyembuhkan matanya yang buta itu , mejadi normal. (sumber:Buku: Ciri-Ciri Wanita Yang Membawa ke Syurga)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan