BIASANYA umat Islam akan menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran kerana akan tibanya Hari Raya. Belum pun tiba Ramadan telah banyak promosi pakaian , jualan murah konon-kononnya , iklan berbuka puasa dan penginapan hotel yang menjanjikan ketenangan. Tetapi terfikirkah kita, perkara-perkara yang wajib dan sunat dilakukan sebelum Ramadan? Disini saya ingin berkongsi beberapa perkara :
1. Tanya pada diri adakah kita telah selesai menqadakkan puasa tahun lalu?
2. Adakah kita telah membayar zakat pendapatan atau zakat harta?
3. Usahlah memikirkan hal-hal yang membazir seperti mengantikan lansir, permaidani , sofa, cadar dan sebagainya sedangkan ianya masih boleh digunakan.
4. Berhati-hati ketika berbelanja khususnya potongan harga , yang menyajikan pajek pelancongan dan
kereta.
5. Mempersiapkan diri dengan amalan dan kurangkan perbualan kosong dan boleh mengurangkan pahala.
UmmI nESSA mengucapan selamat menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh tawaduk dan memperbanyakkan amalan pahal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan