SETIAP wanita yang dinikahi sebenarnya telah rela dan bersedia untuk bermadu atau dimadukan. Hanya kita sebagai insan tidak pernah tahu apakah rahsia yang Allah swt tentukan. Segalanya tercatat di dalam Luh Mahfuz. siapalah kita untuk melawan ketetapan Allah?
Isteri-isteri Nabi dahulu masya-Allah , cemburunya sangat kuat. Begitulah fitrah kita rasa cemburu apabila orang lain yang suami kita sayang. Tetapi ingat, sekalipun cemburu isteri-isteri Nabi, iman mereka tetap kuat dan hebat. Ini kerana Allah ingin menunjukkan isteri-isteri Nabi pun wanita biasa yang punya sifat cemburu tetapi tidaklah sampai 'cemburu' dan 'jauh hati' itu membunuh semua keikhlasan hati sehingga rasa hambar, tidak ada kasih sayang dan mahu bercerai. Itu cara yang salah (melainkan jika suami semangnya salah dalam menjaga amanat Allah, maka wajarkah penceraian sebagai jalan keluar).
Pada saat isteri dimadukan, iblis sentiasa membisikan dan mengharapkan penceraian. Setiap hari iblis akan meniupkan rasa kebencian dan mengikiskan rasa cinta, kasih dan kebaikan kepada suami. Selepas penceraian berlaku iblis akan menang. Ketika itu isteri telah diperdayakan oleh iblis.
Di manakah sifat kebaikan isteri terhadap suami dan keluarga, hilang ke manakah keikhlasan mencintai suami , di manakah isteri penyayang dan sanggup membantu suami dengan penuh setia dahulu? Kita 'sakit ' saat itu. sakit emosi, sakit hati, semua kesakitan didorong oleh iblis sebenarnya.
Ketahuilah, bukan semua suami yang berkahwin atau mengamalkan poligami tidak menyayangi isteri-isteri dan keluarganya tetapi ketahuilah Allah ciptakan lelaki boleh menyayangi ramai wanita dalam satu masa. fitrah wanita hanya menyangi seorang lelaki sahaja dalam satu masa.
Sujud dan sedarlah wahai isteri-isteri sesungguhnya suami bukan milik kekal kita. Suami hanyalah 'pinjaman'. sementara Allah meminjamkan suami kepada kita , buatlah yang terbaik untuknya. Layan suami sebaik mungkin, lemparkan senyuman kepadanya tanda cinta, curahlah bakti dan setia kepadanya. Nikmatilah sisa-sisa kehidupan bersama suami yang tinggal dengan penuh bahagia. Bukan suami yang kita kejarkan tetapi syurga dan abadi.
Pilihlah jalan yang ditedahi Allah. Perbanyakkan solat sunat disamping tidak meninggal yang wajib. Allah bersama-sama kita. Kita bukan dizalimi jika dimadukan tetapi Allah memilih kita kerana kita orang pilihanNya. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan