Tanggal 18 Februari 2010, adalah tanggal yang tidak dapat Ummi Nessa lupakan hingga akhir hayat. Mak tercinta telah menghembuskan nafasnya yang terkahir jam 6.40 petang di Hospital Besar Melaka kerana masalah fungsi hati. Mak meninggalkan 4 anak Abang Mahzer, Ummi Nessa, Maryantee dan Mohd. Muhailey serta 4 cucu yang masih kecil Nur Qistina , Nur Qhairul Nisa, Akila Auni dan Aliya Adriana. Disaat kami bermanja dengan mak, Allah lebih menyayanginya. Kami akur dan reda.
Nama mak Ummi Nessa ialah SANIMAH BINTI ARIFFIN dilahirkan di Tebung , Melaka dan menikah dengan A. Kadir bin Salot (43 tahun yang lalu) mereka dikurniakan 5 cahayamata iaitu Mahzer, Mahnessa, Maszri, Maryantee dan bongsu Mohd. Muhailey. Kesemua cahayamata mak dan abah telah mendirikan rumah tangga kecuali adik kami Masri yang meninggalkan kami pada 3.3.2006 yang lalu. Sejak dari itu, kesihatan mak sering terganggu kerana kerinduan pada anak-anaknya khusus pada anaknya yang tidak akan kembali lagi selama-lamanya. Akhirnya abah ( A. KADIR BIN SALOT ) juga mengikuti mak pada 02.09.2010 lalu jam 4.30 petang di Hospital Univrersiti Kebangsaan Malayisa ketika umat Islam sibuk menyambut Hari Raya Aidul Fitri. Mak dan abah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sempang Pantai Merlimau Melaka.
Mak seorang yang tegas, garang tetapi penyayang. Namun, mak banyak menyimpan impian yang tidak kesampaian. Mak pernah menetap di Kedah, Ulu Kinta dan Bakri Kem Muar. Ummi Nessa merindui leteran mak selama ini. Leteran mak bagi Ummi Nessa adalah hiburan kerana diakhir leterannya, Ummi Nessa sering membuat mak tertawa. Ummi Nessa teramat merinduinya.
Tiada terdaya jari ini menaip untuk disiarkan dalam blog. Namun dengan kekuatan diri dan rasa tanggungjawab Ummi Nessa gagahi juga. Pesanan mak yang tidak dapat Ummi Nessa lupakan adalah Ikhlas dan bertanggungjawab terhadap suami seta keluarga dan menghidang makanan atau minuman jangan sesekali menggunakan barangan plastik kerana tiada penghormatan katanya. Mak, Icah rindu mak.
Rasa amat terharu,tergenang bening air di celahan kelopak mata suamimu.Sesungguhnya kasih sayang abadi adalah semata-mata kerana llahi tetap kekal abadi.Begitu juga kasih sayangku sebagai suami adalah amanah dan tanggung jawab yang Allah utuskan kepadaku untuk ibadah di dunia dan akhirat.Semoga roh arwah Mak dan Abah dicucuri rahmat dan dihimpunkan ke dalam golongan orang-orang dikasihi dan diampuni oleh-Nya.Alfatihah. -SUAMIMU DRH-
BalasPadam