Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu
Daud , Nasa’I dan Ibnu Majah dan Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW
telah menekankan memilih calon isteri kerana agamanya:
“Denikahkan wanita itu
kerana empat perkata : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan
agamanya, maka nikahlah dengan wanita yang beragama, nescahaya kamu beruntung.”
Wanita yang solehah disanjung tinggi oleh Rasulullah
SAW. Dalah haditsnya yang disampaikan
oleh Ibnu Majah, daripada Abdullah bin Amrin:
“ Dunia ini hanyalah
perhiasan tetapi sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.”
SIAPA ITU WANITA SOLEHAH?
Dalan Surah An-Nisa’ ayat 34, Allah berfirman;
“Wanita yang solehah
itu ialah wanita-wanita yang taat kepada Allah dan menjaga kehormatan diri
mereka di waktu suami-suami mertka tidak ada, dengan cara yang diwajibkan
Allah.”
Sabda Rasulullah SAW yang disampaikan dari Ibnu Majah r.a;
“Mahukah kamu aku
beritahukan dari hal sebaik-baik perkara yang disimpan oleh orang lelaki? Iaitu isteri yang solehah. Jika suami
melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan
taatk dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan
memelihara akan kehomatan dirinya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan