(JIKALAU ada yang bertanya tentang saya , yang baik-baik itu
diucapkan secara terbuka oleh rakan kenalan ; yang buruk jelek diucapkan di
belakang oleh musuh; tetapi kepada malaikat dan Tuhan saya tidak bisa berdusta
– DRH)
“Membaca mendorong Rajiee Hadi menjadi sensitif terhadap alam dan
persekitarannya. Membaca dan terus membaca akhirnya menggerakkaan dirinya
untuk menulis”.
Azizul Rahman. A. Rahman
(Utusan Malaysia, 10 Disember 1984)
(Utusan Malaysia, 10 Disember 1984)
“Rajiee Hadi yang memang anak jati Johor tetapi menetap di luar
Johor, masih tetap menjadi ahli setia PPJ sehingga kini!”
Mohd. Ismail Zamzam (Zam Ismail)
(Jurnal PPJ. Bil, 11/1989)
(Jurnal PPJ. Bil, 11/1989)
“Pengalaman Rajiee Hadi sebagai guru dan menempuh pelbagai
peristiwa pahit -maung di pedalaman memberi pendedahan kepadanya untuk
menggarap beberapa tema yang sesuai dengan zaman ini…”
Zain Ariff
(Harian Metro, 9 Oktober 1991)
(Harian Metro, 9 Oktober 1991)
“Karya-karya Rajiee Hadi kebanyakannya mengutamakan unsur
perjuangan dan kemanusiaan kerana baginya kedua-dua unsur berkenaan amat
bermakna dalam kehidupan manusia….”
Siti Rohaya Attan
(Utusan Malaysia, 16
Julai 1994)
“Rajiee Hadi bukanlah penulis yang terlalu muda dan tidak pula
terlalu tua. Itu tidak penting. Yang penting cirri-ciri kematangan mula
terpancar daripada karyanya.”
T. Alias Taib( Allahyarham)
(Mingguan Malaysia, 9
April 1995)
Saya
bagi pihak Bahagian Pendidikan Guru mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Dr. Rajiee Hadi yang telah berusaha dan berjaya menerbitkan kumpulan puisi
‘Cinta Arafah’.
Datuk Razali bin Ismail( Allahyarham)
(Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Setitis Tinta Seribu Warna dalam Cinta Arafah 2003)/ Mantan Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia KPM )
Dr Rajiee tidak disebut sebagai
penulis semata-mata tetapi juga aktif dalam bidang akademik.
Imlan Adabi
(Berita Harian, 6
September 2003)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan