Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum 'Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman. 'Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.
Kaum 'Aad berkata: Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami. (al- Fussilat: 15). Seperti halnya Nabi Hud, kaum 'Ad juga merupakan keturunan Nabi Nuh, namun mereka tidak mengakui keesaan Allah SWT meskipun Nabi Hud telah memperingatkan mereka.
Oelh kerana itu, Allah SWT membinasakan mereka melalui azab-Nya.
Allah mengisahkan perdebatan antara Nabi Hud a.s dengan kaumnya menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Ad saudara mereka , Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada AIlah bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?" Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal, dan sesungguhnya kami menganggap kamu termasuk orang-orang yang berdusta.
Hud berkata: "Hai kaumku, tidak ada padaku kekurangan akal sedikitpun, tetapi aku ini adalah utusan dari Rabb semesta alam.
Mereka berkata: "Apakah kamu datang kepada kami, agar kami hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan apa yang biasa disembah oleh bapak-bapak kami, maka datanglah adzab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar."
Ia (Hud) berkata: "Sungguh sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Rabbmu. Apakah kamu sekalian hendak berbantah dengan aku tentang nama-nama (berhala) yang kamu dan nenekmu menamakannya, padahal Allah sekali-kali tidak menurunkan hujah untuk itu. Maka tunggulah (azab itu), sesungguhnya aku juga termasuk orang yang menunggu bersama kamu". (al-'Araaf: 65-71)
Bahkan mereka meminta didatangkan azab Allah sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka menjawab "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari (menyembah) ilah-ilah kami? Maka datangkanlah kepada kami azab yang telah kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar".
Setelah itu Allah mendatangkan azab yang membentang di ufuk pada waktu mereka amat memerlukan hujan. Datanglah awan yang mereka anggap sebagai tanda datangnya nikmat hujan yang mereka nantikan, namun ternyata adalah azab Allah kepada mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan)! Bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera, (iaitu) angin yang mengandung azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabbnya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa. (al-Ahqaf: 24-25)
Dalam ayat lain, iaitu dalam surat al-Haqqah ayat 6-8, Allah menjelaskan keadaan mereka, yang bermaksud: Adapun kaum 'Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kamu 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tanggul-tanggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk). Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka.
Syaikh 'Abdurrahman as-Sa'di mengatakan, setelah mereka menguasai dunia dan mencapai kemuliaan, semua keperluan hidup diperolehi, daerah dan kabilah di sekelilingnya tunduk kepada mereka, tiba-tiba Allah mengirim angin yang sangat dingin dan kencang saat hari-hari bencana tersebut agar mereka merasakan kehinaan di dunia dan azab akhirat lebih hina lagi.
Kaum Nabi Hud a.s dihancurkan Allah dengan angin yang sangat kencang dan cuaca teramat sejuk selama tujuh malam lapan hari, disebabkan kekufuran dan kemaksiatan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya.(sumber:UM,15/3/11)
15 Mac 2011
06 Mac 2011
PETUA MENJAGA RAMBUT : DR. RAJIEE HADI
- Amalkan pemakanan seimbang. Hampir 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan krominum harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A,B kompleks,C dan D untuk kekal sihat.
- Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberikan perhatian selepas seseorang mencecah usia akhil baligh kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut mula aktif. Lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap, sekurang-kurannya dua kali sehari.
- Bilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu.. Gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala.
- Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancarkan perjalanan darah.
- Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dengan gunakan sikat sesuai untuk menguruskan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala daripada sinaran ultra lembayung.
05 Mac 2011
SEJARAH SOLAT 5 WAKTU
SOLAT SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan soalt subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Pertama perkaya yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahwyang 2 rakaat.
1. Rakaat pertama: Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
SOLAT ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan bermohon akan keredaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikannya dengan tebusan kibas.
SOLAT ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SW dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan
ii) Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dalam perut ikan Nun.
SOLAT MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaummnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,
tiada dua atau tiganya.
SOLAT ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak iaah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacitanya pada watu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur .
I) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
iii) Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak firaun.
(sumber : iluv isalm,4-10 Mac /2011)

MENGAWAL KEMARAHAN
1. Membaca ta'awudz iaitu, "A'udzubillahi minasy syaitanir rajiim".
2. Menginagati besarnya pahala bagi orang yang bersabar.
3. Mendiamkan diri ketika sedang marah.
4. Duduk atau berbaring.
5. Memikirkan betapa jeleknya penampilan ketika marah
6. Mengingat agungnya balasan bagi orang yang mahu memaafkan kesalah orang lain.
7. Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, ruduhan, lahnat dan cercaan kerana itu semua termasuk
perangai orang-orang jahil.

04 Mac 2011
TANGGUNGJAWAB ISTERI DAN HAK SUAMI
1. Isteri
mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga meruah suami mereka selam
mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan
dengan agama. Dalam senuah hadis yang
bermaksud,”Andainya aku ini orang yang menyuruh isteri itu bersujud kepada orang,
pasti akau menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
2. Isteri
mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa
sahaja selagi ia dibenarkan oleh syarak, contohnya ketika bersih daripada
haid dan nifas.”
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu . oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman.” (surah Al-Baqarah 2:223)

3. Menjaga
maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya. Sebagaimana
firaman Allah SWT yang bermaksud:
“… Maka perempuan-perampuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… (Surah An-Nisa’ 4:34)

4. Menjaga
serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan
izinnya terlebih dahulu.
5. Tidak
boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Tidak
boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7. Mesti
bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang
mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8. Sentiasa
memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9. Sentiasa
menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
TIPS MENGATASI KEMURUNGAN
Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression, ini terbahagi kepada pelbagai jenis mengikut tahap dan kecenderungannya. Namun kemurungan yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu; Major Depression, Mild Depression, dan Manic Depressive.
Punca
- Sosialisasi keluarga
- Faktor genetik
- Kehilangan sesuatu yang amat disayangi
- Penyakit yang berpanjangan
- Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri
- Rasa rendah diri yang keterlaluan
- Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul
Tips Mengatasi Kemurungan
- Belajar menjadi tenang dan bersabar
- Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai
- Perancangan tugas agar teratur
- Jangan terlalu mengharap diri sendiri
- Elakkan bersendirian. Habiskan masa dengan orang tersayang
- Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif
- Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif.
(sumber:cintadearhaniey)

25 Februari 2011
Remaja dan alkohol
Penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata tidak dapat membanteras penyalahgunaan alkohol sebaliknya ia perlu mendapat kerjasama masyarakat terutama umat Islam. - Gambar hiasan
|
Walaubagaimanapun dalam Islam pengambilan bahan terlarang ini adalah haram dan satu dosa besar. Tetapi dalam keadaan ini terdapat sebilangan kalangan remaja yang telah terjebak sama ada pernah ingin cuba-cuba atau sehingga menjadi ketagihan.
Keterlibatan remaja dalam salah laku ini memberi kesan yang mendalam kearah keruntuhan generasi muda Islam yang diharapkan akan menjadi pewaris kelak dan yang dapat mempertahankan kedaulatan amalan cara hidup Islam di muka bumi ini.
Remaja didedahkan dengan penggunaan alkohol ini adalah melalui jaringan sosial (seperti kelab hiburan, acara sambutan perayaan, rakan sebaya, mudah didapati secara terbuka di tempat kerja/awam dan juga tarikan cara hidup).
Keseriusan keterlibatan remaja Islam dalam alkohol walaupun belum sampai kepada ketagihan melampau tetapi sudah ada yang telah mencubanya. Perbuatan ini tidak terbatas kepada remaja bandar mahu pun luar bandar, miskin atau kaya, berpendidikan atau tidak.
Kalangan remaja yang ditemui yang telah mencubanya banyak yang tidak faham dan ada setengahnya pula saja-saja buat tidak faham dengan bertanyakan:
- "Minum sikit atau banyak tetapi tidak memabukan jadinya tak salah lah?
- "Diminum oleh kanak-kanak bawah umur tu salah tapi kalau dah dewasa tak apa?"
- "Sekiranya meminumnya akan membawa kepada mudarat seperti penyakit maka baru salah?
- "Minum untuk berikan ketenangan dari masalah dan macam ubatlah tak apa?"
- "Masa muda tak apa minum tapi dah tua boleh bertaubat?
- "Orang Islam lain pun minum?
- "Orang besar-besar atau artis pun minum?"
- "Ada jual kat mana-mana, hotel, kedai serbaneka 24 jam dan atas kapal terbang pun free lagi?"
Di antara beberapa bahaya kesan dari penyalahgunaan alkohol dalam kalangan remaja:
- Salah satu daripada dosa besar dan mesti bertaubat.
- Kunci kepada melakukan salah laku jenayah dan maksiat lain.
- Penyakit sosial dan mental (psikologikal).
- Alkohol akan mengurangkan keupayaan minda untuk memberi fokus.
- Remaja yang minum selalunya akan juga mengambil dadah berbeza dengan orang dewasa yang hanya minum
- Remaja yang didedahkan dengan meminumnya di peringkat awal lagi akan menjadi ketagih walaupun bekerja atau melanjutkan pelajaran.
- Ramai remaja yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terlibat daengan dadah atau alkohol atau kedua-duanya.
- Remaja yang minum akan jadi kemurungan dan memberi kesan kepada tindak membunuh diri kelak.
- Remaja yang minum dan mabuk mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual, seksual tidak selamat, sex party atau mangsa rogol)
- Kesan kepada masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan.
- Mudah terjebak dalam penyalahgunaan jenis-jenis dadah lain
- Bagaimana menghalang anak remaja daripada terjebak?
- Komunikasi yang jelas - ibu bapa mesti mendekati anak-anak melalui kemahiran komunikasi yang berkesan.
- Pemantauan aktiviti dan rakan kenalan anak.
- Pembabitan anak dalam aktiviti kokurikulum.
- Mengajar anak-anak kemahiran sosial seperti pengurusan stres, membuat keputusan dan kawalan kendiri.
- Memberi pendidikan terutamanya agama bagi menyediakan anak yang berakhlak dan soleh.
- Bagaimana Remaja Terlibat?
- Pertamanya faktor remaja itu sendiri -sejauh mana personaliti, pendidikan, amalan agama dan kemahiran mereka dapat membantu tidak terlibat.
l Bersosial - kerana kawan, atau inginkan diterima oleh rakan sebaya lain. Setengahnya melihat sekadar bersosial suka-suka sahaja.
l Penggunaannya sebagai rawatan - seperti mendapati bahawa alkohol dapat membantu menukarkan mod yang positif dan meghilangkan kedukaan, kesunyian, stres dan masalah.
l Ketagihan - merupakan peringkat di mana remaja mendapati bahawa perubahan secara psikologikal dan fisiologikalnya bergantung kepada alkohol.
l Kompulsif - apabila berlaku perubahan pada kefungsian otak terutamanya bahagian yang mengawal emosi dan motivasi sudah bergantungan kepada alkohol.
Kesimpulan
Oleh kerana faktor individu remaja dan persekitaran sama-sama memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada gejala ini maka perlu difikirkan cara terbaik menjauhkan daripada merosakkan lagi ramai akhlak anak muda kita.
Contohnya, alkohol ini boleh didapati secara terbuka. Tidak kurang juga remaja kita yang bekerja mencari rezeki dengan majikan yang melibatkan dalam penjualan dan juga menyediakan minuman alkohol kepada pelanggan dan ini perlu dihentikan.
Sayangilah anak bangsa kita dan atas kesedaran dan usaha kita ini insya-Allah dapat membangunan golongan muda yang berakhlak dan menjadi khalifah di muka bumi ini. (sumber: forum, UM 24/2/11)
Lengkapkan ilmu imam dan makmum
DALAM kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW menerusi hadisnya menjelaskan mengenai manfaat sembahyang berjemaah. Melalui hadis itu Rasullullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).
Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksaan kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa."
Demikianlah betapa besarnya kelebihan yang diperoleh mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah.
Malah sebenarnya, fadilat solat berjemaah itu tidak ada noktahnya. Ia sentiasa bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar.
Ini kerana bagi yang solat berjemaah, mereka bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadilat dan keuntungan sampingan yang lain lagi, mengukuhkan hubungan sesama individu yang bersolat, ketenangan, pahala iktikaf dan pahala berjalan ke masjid, selain banyak lagi yang bersangkutan dengan aspek duniawi dan ukhrawi.
Ganjaran besar itu kerana solat adalah anugerah yang begitu istimewa. Apa lagi perintah mendirikan solat disampaikan secara terus daripada Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW.
Kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah mestilah memperkasakan diri untuk mencapai kesempurnaan dalam solat berjemaah.
Kesempurnaan tidak akan berhasil selagi individu itu tidak menguasai ilmu. Imam yang mengetuai solat berjemaah juga perlu mempunyai ilmu seperti syarat sah menjadi imam, jenis imam dan sunat yang dituntut kepada imam semasa solat.
Begitu juga dengan makmum, mestilah mengetahui syarat sah mengikut imam, cara mengikut imam jika terlepas satu atau lebih rakaat serta cara menegur imam sekiranya melakukan kesilapan dalam solat.
Buku Solat Berjemaah Mencapai Fadilat Melalui Kaifiat tulisan Ahmad Faisol Omar yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. berusaha mengungkap sisi keilmuan dalam melaksanakan ibadat solat untuk rujukan kepada imam dan makmum.
Syarat, penjenisan, peraturan dan hukum-hakam yang dikemukakan di dalam buku ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan penyelesaian terhadap kemusykilan yang sering melanda para Muslim ketika mendirikan solat berjemaah.
Buku setebal 148 muka surat ini menghuraikan pelbagai persoalan tentang solat jemaah yang dibahagikan kepada lima bab. Pada setiap bab, penulis pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil bagi memudahkan rujukan. Contohnya, jika pembaca ingin mengetahui bagaimana cara untuk menegur imam yang melakukan kesilapan dalam solat, maka bolehlah merujuk kepada tajuk kecil Menegur dan Membetulkan Imam dalam Bab 4, Hubungan Imam dan Makmum.
Selain itu, penulis turut memberi jaminan bahawa fakta, hukum dan kaifiat beribadat tentang solat berjemaah yang dihuraikan dalam buku ini adalah berdasarkan rujukan kitab yang muktabar.
Kupasan yang ditampilkan dalam menangani setiap permasalahan berteraskan keilmuan Imam Syafie, sekali gus menjadikan buku ini sesuai menjadi rujukan kepada umat Islam di negara ini. (sumber: forum, UM, 25/2/11)
24 Februari 2011
ULANGTAHUN PERKAHWINAN: DOA
Tanggal 24 Februari adalah tanggal keramat yang menghiasi sejarah hidup Ummi kerana hari ini adalah ulang tahun perkahwinan Ummi Nessa bersama suami tercinta. Doa dari pengunjung blog Ummi Nessa diharapkan dapat mendoakan kebahagiaan hidup Ummi Nessa bersama suami. Ummi Nessa bersyukur ditakdirkan dapat melayari bahtera rumah tangga dengan liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Ummi tahu tidak mudah untuk mengapai bahagia jika tiada kasih dan sayang serta cinta bertolak dari CINTA HAKIKI yang melahirkan CINTA SEJATI.
Walaupun kehidupan kami sederhana tapi kami cukup bahagia . Itulah amalan kami bersama. Banyak ranjau yang kami perlu lalui di hari muka. Ummi berharap kebahagiaan kami mendapat restu dari semua pihak yang mengenali Ummi.
Lagu Endang S. Taurina dan M. Shariff Rinduku Rindumu adalah lagu yang sering menemani Ummi saat berjauhan dengan suami tersayang. Semoga perkahwinan kami hingga ke penghujung nyawa.
Lagu Endang S. Taurina dan M. Shariff Rinduku Rindumu adalah lagu yang sering menemani Ummi saat berjauhan dengan suami tersayang. Semoga perkahwinan kami hingga ke penghujung nyawa.
22 Februari 2011
Berkualitikah ustaz lulusan Mesir?
UNIVERSITI-UNIVERSITI di Mesir banyak melahirkan tokoh-tokoh agama di Malaysia suatu ketika dahulu.
Tidak dinafikan Mesir merupakan salah satu destinasi pilihan dalam pengajian agama di kalangan pelajar Malaysia.
Namun sejak kebelakangan ini, semakin banyak kedengaran suara-suara yang tidak enak didengari mengenai pelajar-pelajar kita di Mesir.
Kualiti pelajar keluaran Mesir terutama dari bidang agama semakin diragui. Umum mengetahui sistem jadual dan pengajaran di Mesir agak longgar dan agak tidak menitikberatkan soal kedatangan. Keadaan ini sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar untuk menimba sebanyak ilmu yang mungkin.
Akan tetapi, bagi pelajar-pelajar yang kurang rajin (malas), keadaan sebegini semestinya membuatkan mereka tidak menghadiri kuliah-kuliah di universiti.
Akhirnya, graduan-graduan yang dilahirkan kurang berilmu apabila pulang ke Malaysia kelak. Padahal, majoriti masyarakat awam Malaysia masih memandang tinggi graduan-graduan yang dilahirkan dari Mesir.
Secara tidak langsung, fenomena ini dapat menimbulkan fitnah kepada 'orang-orang agama' lebih-lebih lagi apabila mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam institusi agama di Malaysia.
Sebagai perbandingan secara kasar, sebanyak 1,000 graduan dari Mesir menamatkan pengajian mereka setiap tahun.
Tetapi terlalu sedikit yang kita lihat mereka menjadi suara-suara di barisan hadapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. Ke mana perginya graduan-graduan Mesir yang lain?
Apakah mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup untuk memperjuangkan dakwah dengan menerangkan asas-asas Islam yang sahih kepada masyarakat? Persoalan ini bukan untuk merendahkan graduan-graduan Mesir, sebaliknya ambillah sebagai kata semangat dan perangsang untuk mengembangkan pemahaman agama Islam yang tulen di kalangan masyarakat. Percayalah, masyarakat amat memerlukan input- input agama dari anda semua.
Kepada pihak kerajaan, saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita menghantar pelajar-pelajar ke Arab Saudi. Dengan keadaan negara Mesir yang masih bergolak, inilah masa yang sesuai untuk kita menghantar lebih banyak ke Arab Saudi. Mereka juga kebelakangan ini mempunyai banyak unverisiti yang berprestij seperti Ummul Qura' dan Universiti Islam Madinah.
Kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak ke Timur Tengah, didiklah mereka agar ikhlas dan berdisiplin dalam menuntut ilmu. Janganlah apabila pulang ke tanah air nanti, minda mereka kosong. Percayalah apabila seseorang graduan dari Timur Tengah meletakkan kopiah di kepala, masyarakat akan terus mengangkat mereka sebagai 'ustaz' biarpun pengetahuan agama tidak seberapa.
Kepada graduan-graduan Timur Tengah, ikhlaslah dalam menuntut ilmu dan bawalah pulang permata-permata yang berguna untuk masyarakat di Malaysia.
(sumber: UM, 22/2/11)
20 Februari 2011
SJN. A. KADIR SALOT 31183 DAN ISTERI, SANIMAH ARIFFIN KE RAHMATULLAH : AL FATIHAH!
Innalillahi wainalillahi rajuun
Tanggal 18 Februari 2010, adalah tanggal yang tidak dapat Ummi Nessa lupakan hingga akhir hayat. Mak tercinta telah menghembuskan nafasnya yang terkahir jam 6.40 petang di Hospital Besar Melaka kerana masalah fungsi hati. Mak meninggalkan 4 anak Abang Mahzer, Ummi Nessa, Maryantee dan Mohd. Muhailey serta 4 cucu yang masih kecil Nur Qistina , Nur Qhairul Nisa, Akila Auni dan Aliya Adriana. Disaat kami bermanja dengan mak, Allah lebih menyayanginya. Kami akur dan reda.
Nama mak Ummi Nessa ialah SANIMAH BINTI ARIFFIN dilahirkan di Tebung , Melaka dan menikah dengan A. Kadir bin Salot (43 tahun yang lalu) mereka dikurniakan 5 cahayamata iaitu Mahzer, Mahnessa, Maszri, Maryantee dan bongsu Mohd. Muhailey. Kesemua cahayamata mak dan abah telah mendirikan rumah tangga kecuali adik kami Masri yang meninggalkan kami pada 3.3.2006 yang lalu. Sejak dari itu, kesihatan mak sering terganggu kerana kerinduan pada anak-anaknya khusus pada anaknya yang tidak akan kembali lagi selama-lamanya. Akhirnya abah ( A. KADIR BIN SALOT ) juga mengikuti mak pada 02.09.2010 lalu jam 4.30 petang di Hospital Univrersiti Kebangsaan Malayisa ketika umat Islam sibuk menyambut Hari Raya Aidul Fitri. Mak dan abah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sempang Pantai Merlimau Melaka.
Mak seorang yang tegas, garang tetapi penyayang. Namun, mak banyak menyimpan impian yang tidak kesampaian. Mak pernah menetap di Kedah, Ulu Kinta dan Bakri Kem Muar. Ummi Nessa merindui leteran mak selama ini. Leteran mak bagi Ummi Nessa adalah hiburan kerana diakhir leterannya, Ummi Nessa sering membuat mak tertawa. Ummi Nessa teramat merinduinya.
Tiada terdaya jari ini menaip untuk disiarkan dalam blog. Namun dengan kekuatan diri dan rasa tanggungjawab Ummi Nessa gagahi juga. Pesanan mak yang tidak dapat Ummi Nessa lupakan adalah Ikhlas dan bertanggungjawab terhadap suami seta keluarga dan menghidang makanan atau minuman jangan sesekali menggunakan barangan plastik kerana tiada penghormatan katanya. Mak, Icah rindu mak.
Ummi Nessa selaku anak beliau ingin memohon kemaafan serta halalkanlah makan minum beliau kepada sesiapa yang mengenalinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah mak dan abah serta diampunkan Allah segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan selama hayatnya. AL-FATIHAH.
Tanggal 18 Februari 2010, adalah tanggal yang tidak dapat Ummi Nessa lupakan hingga akhir hayat. Mak tercinta telah menghembuskan nafasnya yang terkahir jam 6.40 petang di Hospital Besar Melaka kerana masalah fungsi hati. Mak meninggalkan 4 anak Abang Mahzer, Ummi Nessa, Maryantee dan Mohd. Muhailey serta 4 cucu yang masih kecil Nur Qistina , Nur Qhairul Nisa, Akila Auni dan Aliya Adriana. Disaat kami bermanja dengan mak, Allah lebih menyayanginya. Kami akur dan reda.
Nama mak Ummi Nessa ialah SANIMAH BINTI ARIFFIN dilahirkan di Tebung , Melaka dan menikah dengan A. Kadir bin Salot (43 tahun yang lalu) mereka dikurniakan 5 cahayamata iaitu Mahzer, Mahnessa, Maszri, Maryantee dan bongsu Mohd. Muhailey. Kesemua cahayamata mak dan abah telah mendirikan rumah tangga kecuali adik kami Masri yang meninggalkan kami pada 3.3.2006 yang lalu. Sejak dari itu, kesihatan mak sering terganggu kerana kerinduan pada anak-anaknya khusus pada anaknya yang tidak akan kembali lagi selama-lamanya. Akhirnya abah ( A. KADIR BIN SALOT ) juga mengikuti mak pada 02.09.2010 lalu jam 4.30 petang di Hospital Univrersiti Kebangsaan Malayisa ketika umat Islam sibuk menyambut Hari Raya Aidul Fitri. Mak dan abah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sempang Pantai Merlimau Melaka.
Mak seorang yang tegas, garang tetapi penyayang. Namun, mak banyak menyimpan impian yang tidak kesampaian. Mak pernah menetap di Kedah, Ulu Kinta dan Bakri Kem Muar. Ummi Nessa merindui leteran mak selama ini. Leteran mak bagi Ummi Nessa adalah hiburan kerana diakhir leterannya, Ummi Nessa sering membuat mak tertawa. Ummi Nessa teramat merinduinya.
Tiada terdaya jari ini menaip untuk disiarkan dalam blog. Namun dengan kekuatan diri dan rasa tanggungjawab Ummi Nessa gagahi juga. Pesanan mak yang tidak dapat Ummi Nessa lupakan adalah Ikhlas dan bertanggungjawab terhadap suami seta keluarga dan menghidang makanan atau minuman jangan sesekali menggunakan barangan plastik kerana tiada penghormatan katanya. Mak, Icah rindu mak.
17 Februari 2011
SEBUAH HARAPAN KEPADA PILIHAN RAYA KECIL DUN MERLIMAU
SEORANG anak jati Merlimau di perantauan memberitahu saya bahawa beliau turut merasakan dengung gendang pilihan raya kecil (PRK) kian bergema di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka. Yang menang akan dituntut melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat. Setiap omong-omong kosong akan dinilai rakyat dari semasa ke semasa.
Sehubungan ini, kita akan menyaksikan beberapa peruntukan dan bajet pembangunan mengejut akan mencurah-curah datang; terutamanya fenomena mahu menambat hati pengundi bukan Melayu, pengundi atas pagar dan pengundi yang pandai bermain silap mata.
Apa yang kita tidak mahu, pihak yang menaburkan projek jangan terpedaya dengan kelicikan pengundi minoriti yang muncul secara tiba-tiba menangguk di air keruh. Keadilan bukanlah bermakna konsep kesamarataan tetapi keadilan hendaklah kena pada tempatnya.
Kita tidak mahu, masjid Kampung Simpang Pantai yang berusia hampir 100 tahun terbiar reput kerana dimamah usia. Kita juga tidak mahu sekolah agama rakyat yang masih berdinding kayu akan rebah menyembah bumi. Dan kita juga tidak mahu sepanjang jalan antara pekan Merlimau ke bandar Jasin, keadaannya bergelap pada malam hari dan membahayakan penggunanya.
lnilah senario yang patut difokuskan dan antara permintaan penduduk DUN Merlimau untuk kesejahteraan mereka. Usahlah mewawarkan berlebih-lebihan bantuan pembinaan dan penyediaan tapak SJK Tamil yang kelak menikam diri sendiri. Walhal anak-anak kaum lndia yang sekitar ratusan sahaja; biarlah dibantu mengikut peruntukan yang sederhana berdasarkan atas keperluan.
Kita tidak mahu projek jutaan ringgit yang ditaburkan akan lebih terarah kronisme dan korupsi. Kita tahu dan sedia akur dalam apa jua PRK usaha menambat hati pengundi menjadi agenda utama. Namun kita tidak mahu umpama 'ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan'.
Justeru adalah lebih baik kempen dan janji diberikan untuk kesejahteraan rakyat yang menghadapi beban kenaikan harga barangan, minyak dan desakan hidup. Dan berusaha memberi jaminan kepada ribuan graduan menganggur mengisi peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta.
Dan tidak lupa memfokuskan usaha membela nasib anak-anak Melayu/lslam dan bumiputera selaras dengan hak-hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi lebih 60 peratus pengundi Merlimau terdiri pengundi Melayu/lslam.
Seperkara yang harus diingat, dalam sibuk-sibuk projek ditaburkan dan tender-tender mula dirangka, pernahkah para pemimpin Melayu /lslam dan bumiputera memikirkan sejenak betapa anak-anak pribumi di menara ganding terpaksa mengikat perut kerana wang pinjaman PTPTN terpaksa ditolak dengan bayaran yuran dan sewa asrama IPT yang mahal sekarang?
Apakah ini kesan dasar penswastaan yang menolak kebajikan rakyat? Jawapannya ada di tangan rakyat. Ketahuilah bahawa dengan wang pinjaman PTPTN yang berbaki kecil itulah digunakan oleh para pelajar yang tidak berkemampuan untuk perbelanjaan makan minum dan buku-buku yang tidak mencukupi.
Apalah salahnya memberi biasiswa kepada semua pelajar bumiputera IPTA dengan beberapa syarat sebagai dorongan motivasi kerana kejayaan mereka mengangkat maruah agama dan bangsa. Pada mulanya ramai antara kita tidak percaya akan keluhan para pelajar di IPT sekarang dan menuduh mereka tidak mahu berdikari.
Tetapi apabila saya sendiri meneliti bayaran-bayaran caj yang dikenakan oleh lPT sekarang, barulah saya akur akan penderitaan mereka. Harapan mereka walau tanpa biasiswa pun, paling kurang jika bayaran asrama dihapuskan atau diminimumkan cajnya sudah memadai.
Ketahuilah anak-anak bumiputera bakal di kelilingi beban hutang dan tekanan hidup pada masa mendatang. Bahkan mereka juga menghadapi pelbagai cabaran kehidupan era ICT ini sama ada yang terpaksa diterima atau ditolak.
lnilah salah satu bahagian episod kehidupan yang tidak pernah pun disentuh dalam PRK! ltu belum lagi masalah keruntuhan akhlak anak-anak remaja Melayu-lslam. Apakah ini kerana para pemimpin kini terlalu banyak politiking. Sebenarnya banyak masalah besar lagi di hadapan kehidupan kita!
(sumber: DR. RAJIEE HADI,UM (Rencana), 16/2/11)
13 Februari 2011
DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA: SATU KAJIAN KES DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA.
ABSTRAK
Masalah
disiplin di kalangan pelajar sekolah kerap diperkatakan saban masa. Namun demikian, masalah ini tidak boleh
dibiarkan berterusan. lnstitusi sekolah adalah tempat berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran yang kelak bakal melahirkan modal insan berkualiti
.Sampel kajian di sebuah sekolah menengah
agama di negeri Selangor dalam menangani disiplin pelajar bermasalah ini bertujuan
mengenal pasti peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Faktor yang
dikaji ialah profil pelajar, faktor-faktor penyumbang dan persepsi pelajar
terhadap peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling . Seramai enam pelajar
dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah kualitatif . Soalan
protokol telah digunakan terbahagi
kepada tiga persoalan pokok. Data dianalisis dengan menulis semula perbualan yang dirakam,
kemudian dikategorikan mengikut persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa faktor diri pelajar, keluarga, rakan sebaya dan pembelajaran
mempengaruhi masalah disiplin pelajar. Walau bagaimanapun, faktor rakan sebaya
adalah faktor utama yang banyak
mempengaruhi . Persepsi responden menunjukan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling memberi impak baik khususnya
terhadap aktiviti pelajar bermasalah disiplin.
Justeru, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi
masalah disiplin di kalangan pelajar; khususnya di sekolah-sekolah menengah
agama di Malaysia.
(BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
12 Februari 2011
Hari Valentine: Sensasi dan publisiti
Mahnessa A Kadir
Feb 12, 11
10:15am
Feb 12, 11
10:15am
Penulis terkenang sebuah lagu evergreen 'Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi' ciptaan M Nasir nyanyian Alleycats yang telah dirakamkan lebih 20 tahun lalu yang masih malar segar ke hari ini.
Antara intisari lagu tersebut ialah 'sekuntum mawar merah, sebuah puisi, untuk gadis pilihan, ooooo...di bulan Februari...' Lagu yang mengasyikkan itu adalah pernyataan kasih sayang antara uda dan dara yang mana perantaranya ialah sekuntum mawar merah dan diberikan pada bulan Februari.
Lagu itu sekadar lagu dan hanya sebagai hiburan. Mujur hanya dinyatakan pada bulan Februari tanpa menyebut tarikhnya,14 Februari yang dikatakan adanya perkaitan dengan hari Valentine.
Oleh kerana lagu tersebut hanya disebut pada bulan Februari sahaja maka idea lagu tersebut tidak menjadi sebarang polemik walau sudah bertahun-tahun berkumandang. Dalam erti kata lain, hadiah kuntuman bunga mawar merah itu boleh dihadiahkan pada bila-bila tarikh pada bulan Februari tanpa mengaitkan hari Valentine.

Tuntutan Islam
Sebenarnya konsep kasih sayang dituntut dalam lslam.
Namun kasih sayang itu ada batasan-batasan yang tidak melanggar syariat. Kasih sayang antara suami isteri yang juga boleh dianggap sepasang kekasih, anak-anak dan ibu bapa, saudara mara dan ahli dalam keluarga. Atau dalam skop yang lebih luas kasih sayang sesama insan dan kehidupan.
Sebenarnya kasih sayang itu sepanjang waktu, sepanjang masa bukan pada hari-hari atau bulan tertentu sahaja. Kasih sayang itu adalah semata-mata kerana dan ke jalan Allah SWT.
Apa yang kita tidak mahu seperti mana yang dilaporkan dalam tempoh 9 tahun (2001-2010) kira-kira 260 ribu bayi lslam di negara kita dilahirkan tanpa nikah yang mana puratanya kira-kira 28 ribu setiap tahun.
Dalam konteks ini adalah wajib kita mengingatkan umat lslam khususnya para remaja lslam bahawa agar tidak terpedaya dengan tipu daya iblis laknatullah dan musuh-musuh lslam dengan kehidupan pergaulan bebas, seks rambang, ICT negatif dan mengambil kesempatan melakukan maksiat berselindung atas jenama hari Valentine dan sebagainya.
Justeru, isu hari Valentine yang menjadi sensasi dan publisiti usahlah difokuskan dengan kepercayaan penganut agama lain.
Sebenarnya kasih sayang itu sepanjang waktu, sepanjang masa bukan pada hari-hari atau bulan tertentu sahaja. Kasih sayang itu adalah semata-mata kerana dan ke jalan Allah SWT.
Apa yang kita tidak mahu seperti mana yang dilaporkan dalam tempoh 9 tahun (2001-2010) kira-kira 260 ribu bayi lslam di negara kita dilahirkan tanpa nikah yang mana puratanya kira-kira 28 ribu setiap tahun.
Justeru, isu hari Valentine yang menjadi sensasi dan publisiti usahlah difokuskan dengan kepercayaan penganut agama lain.
Penjenamaan semula
Apa yang penting pada penulis suatu penjenamaan semula harus diberikan kepada Hari Kasih Sayang ini seperti mana Hari lbu, Hari Bapa, Hari Wanita dan seumpamanya.
Walaupun boleh disambut pada bila-bila masa tapi tidak salah dipilih pada bulan Februari tetapi tidak semestinya pada 14 Februari. la boleh ditetapkan pada 18 Februari, 21 Februari atau 28 Februari, terserahlah.
Dengan ini kita tidak memfokuskan Hari Kasih Sayang kepada para remaja sahaja tetapi kepada semua insan. Dengan penjenamaan baru ini lama kelamaan elemen-elemen maksiat boleh terhakis daripada minda dan tidak ada kaitan dengan sebarang kepercayaan dan agama.
Apakah menjadi kerisauan kepada para peniaga bunga dan cenderamata kerana akan terjejas perniagaan mereka itu adalah isu sampingan? Apa yang penting semua pihak harus berpijak di bumi nyata.
Kesimpulannya isu utama ialah masalah keruntuhan moral, pembuangan bayi, kejahilan konsep kasih sayang dan gejala maksiat.
Apa yang penting pada penulis suatu penjenamaan semula harus diberikan kepada Hari Kasih Sayang ini seperti mana Hari lbu, Hari Bapa, Hari Wanita dan seumpamanya.
Dengan ini kita tidak memfokuskan Hari Kasih Sayang kepada para remaja sahaja tetapi kepada semua insan. Dengan penjenamaan baru ini lama kelamaan elemen-elemen maksiat boleh terhakis daripada minda dan tidak ada kaitan dengan sebarang kepercayaan dan agama.
Apakah menjadi kerisauan kepada para peniaga bunga dan cenderamata kerana akan terjejas perniagaan mereka itu adalah isu sampingan? Apa yang penting semua pihak harus berpijak di bumi nyata.
Ini bukan sahaja menjadi masalah pokok utama umat lslam dan remaja Melayu sahaja tetapi merupakan masalah bersama juga bagi penganut-penganut agama lain dan kaum-kaum lain di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Justeru, suatu langkah membenteras gelaja-gejala negatif menjadi tanggung jawab semua pihak dan individu tanpa mengira fahamanpolitik, agama, budaya dan kaum.
(sumber: Malaysiakini, 12.02.2011)
Justeru, suatu langkah membenteras gelaja-gejala negatif menjadi tanggung jawab semua pihak dan individu tanpa mengira fahamanpolitik, agama, budaya dan kaum.
(sumber: Malaysiakini, 12.02.2011)
Penulis ialah setiausaha agung Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia
11 Februari 2011
Sememangnya wujud Profesor Kangkung
Pada mulanya penulis bersangka baik mengenai istilah Profesor Kangkung yang mula dilabelkan dahulu oleh mantan Naib Canselor, Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku A Aziz.
Penulis menyangkakan tentulah dalam perebutan pangkat dan gelaran di IPTA tentulah ada 'yang memijak, yang dipijak dan yang terpijak'. Adat dunia, fitrah manusia selagi ada seketul hati hitam dalam diri manusia yang tidak beriman dan penuh nafsu-nafsi maka wujudlah fenomena hasad dengki, iri hati dan tindas menindas.
Walaupun penulis diberitahu seorang teman namun kerana gerak hati penulis maka penulis memperoleh pengalaman sebenar yang disaksikan sendiri.
Kisahnya bermula pada suatu majlis ilmu di sebuah dewan bertaraf balai raya kampung. Kebetulan para pesertanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik.
Muncul seorang sarjana yang kononnya berasa beliau seorang profesor hebat punya PhD dari luar negara berkhidmat pula di sebuah universiti ternama di Malaysia.

Semasa beliau membentangkan celotehnya (kerana tidak ada kertas kerja rasmi yang sebenarnya bersifat ilmiah) berhubung tentang salah satu cabang seni; cara komunikasi di hadapan audien seolah-olah beliau beranggapan berhadapan dengan para peserta/pendengar yang 'kangkung' juga.
Beliau berlagak seolah-olah beliau serba tahu di hadapan peserta yang tidak pun sampai 35 orang yang berada dalam dewan tersebut.
Bayangkan sebuah IPTA terpaksa membayar segala macam elaun perjalanan, makan minum dan penginapan di luar kawasan selaku seorang penjawat awam dengan wang cukai rakyat semata-mata kepada seseorang yang berstatuskan profesor tetapi hampas belaka dan mengecewakan.
Ada pendengar, penonton merangkap peserta bidan terjun bertanya soalan-soalan spontan bersifat kreatif dan kritis.Tetapi profesor ini cuba mengelak dan memberi beberapa jawapan yang tidak munasabah, tidak akademik, kebudak-budakan dan 'self-fish'.
Beliau asyik mempamerkan biodatanya dengan power point yang kelam-kabut lantaran sudah puas diusungnya ke sana ke mari.
Seperkara yang membosankan ialah sikapnya mempamerkan satu-satunya buku tulisan beliau yang penulis yakin hanya sebuah sahaja yang menyentuh tentang cabang seni itu yang diterbitkan sebuah penerbitan swasta ternama di Kuala Lumpur (yang mungkin hasil kajian ilmiahnya dahulu) yang entah di kedai mana ada dijual kini atau tersimpan di stor lelong kerana telah diterbitkan pada abad yang lalu.
Yang amat memeranjat ialah apabila ada 'peserta' bertanya tetapi dijawabnya:

“Anda dah baca buku saya? Tak payah saya jawab. Awak baca buku saya. Baca!” katanya sambil menempelak dengan berbagai-bagai cemuhan memalukan (tidak perlu penulis sebutkan) peserta yang bertanya.
Justeru, apakah ini sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang profesor? Sepatutnya dijawab dengan penuh santun, beradab dan berbudaya.
Kini barulah penulis percaya sememangnya wujud profesor kangkung yang hanya riak, angkuh dan berlagak tin kosong dengan satu atau dua buah bukunya yang diusung ke hulu ke hilir, mendabik dada tetapi tidak mencerminkan mahaguru yang dihormati.
Kepada mana-mana profesor (termasuk profesor madya yang bakal menjawat profesor) ingatlah itu cuma jawatan anda sahaja sebelum anda bersara wajib di IPT.

Ingatlah tidak semudah itu anda boleh digelar profesor selepas bersara (dengan meraih gelaran Profesor Emiritus atau Prof DiRaja) sekiranya akhlak anda tidak menghormati tradisi dan budaya ilmu.
Usahlah fikir sekiranya anda berada di sisi orang politik yang berkuasa dan punya kabel ampuh maka anda lupa diri, lupa daratan. Hidup umpama roda. Contohi para ilmuan tempatan seperti Prof. Emiritus Dr Awang Had Salleh, Prof. Emiritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Emiritus Dr Nik Safiah Karim, Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan lain-lain yang tetap kekal berbudi luhur dan bersantun tutur bicaranya dan kekal kaya sejarah pengalamannya.

(sumber : Malaysiakini, 09/02/2011)
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia
06 Februari 2011
MOHD. SALLEH LEBAR: BAKTI DITABUR DI PENGHUJUNG USIA EMAS
Walaupun telah bersara wajib lebih
lima tahun yang lalu namun darah seorang pendidik seperti Mohd.Salleh Lebar terus mengalir dan membara
kental di sanubarinya. Semangatnya yang tidak pernah mengenal jerih lelah dan
sanggup berkelana jauh semata-mata menabur
khidmat bakti di rantau orang demi mencurahkan pengalamannya yang bertahun-tahun dalam
bidang pendidikan wajar diteladani oleh para pendidik generasi kini. Wakil Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (pppm/pendidik), DARMA KEMBARA telah mewawancara
Mohd. Salleh Lebar yang kini berkhidmat sebagai pensyarah kanan di
Fakulti Pendidikan Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan/ KUPU SB (dahulu dikenali Maktab Perguruan Ugama
Seri Begawan),Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam mengenai komitmen,
wawasan dan cetus rasa beliau berhubung
pengalamannya sebagai guru dan pensyarah ilmu pendidikan lebih 35 tahun.
PPPM/PENDIDIK: Boleh ceritakan tugas dan tanggungjawab cikgu sekarang?
MOHD. SALLEH:
Saya berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan KUPU SB
yang dipertanggungjawabkan mengajar dan memberi
kuliah kursus Psikologi
Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Pentadbiran Pendidikan dan Sistem Pendidikan
Negara Brunei Darussalam.Di samping itu saya juga ditugaskan membuat penyelidikan
dari semasa ke semasa untuk Jurnal Perguruan yang mana saya bertindak selaku
editornya. Tugas lain ialah selaku penyelia kepada para guru pelatih yang
menjalani praktikum atau latihan mengajar di sekolah-sekolah dalam Negara
Brunei Darussalam.
Apakah wawasan cikgu di Negara Brunei Darussalam sekarang?.
Secara ringkasnya wawasan saya ialah mahu meningkatkan
kualiti perkhidmatan yang berhubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran
antara pensyarah dengan para pelajar
KUPU SB. Saya berhasrat memberi sedaya upaya
ilmu dan pengalaman dalam bidang pendidikan kepada mereka.
seberapa Justeru, antara usaha yang mahu saya lakukan ialah mahu
menghasilkan seberapa banyak bahan
penerbitan berkala dan buku-buku
ilmiah melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan KUPU SB. Mudah-mudahan impian saya dan juga
cita-cita sebahagian besar pensyarah di sini agar KUPU SB suatu masa kelak terkenal sebagai pusat menghasilkan produk guru
yang berkualiti; bukan sahaja di peringkat dalam negara bahkan serantau menjadi
suatu kenyataan dan akan tercapai jua.
Apakah perbezaan cara belajar antara pelajar atau mahasiswa di Brunei sekarang dengan pelajar di Malaysia yang mana pernah cikgu bertugas dahulu?
Apakah perbezaan cara belajar antara pelajar atau mahasiswa di Brunei sekarang dengan pelajar di Malaysia yang mana pernah cikgu bertugas dahulu?
Didapati pelajar Malaysia mula menunjukkan sikap kurang minat
berusaha. Mereka mudah berpuas hati dengan daya usaha yang sekadar tahap
minimum. lni berbeza dengan pelajar di Brunei yang rata-ratanya menunjukkan
ketekunan dan usaha yang lebih ; terutama dalam membuat tugasan. Tepat waktu
masuk kelas. Tidak banyak berdua-duan di dalam kawasan kampus.
Bagaimanakah cikgu merancang untuk mencapai pengajaran
berkesan kepada pelajar?
Bagi saya sesuatu
pengajaran yang berkesan itu ialah seseorang pensyarah mestilah bersedia membuat
banyak rujukan sebelum memberi kuliah. Selain itu bersedia mengikuti
perkembangan dan mengaplikasi teknologi
maklumat terkini dalam pengajaran. Pensyarah juga sewajarnya bijak
menyesuaikan stail pengajaran mengikut
situasi . Hubungan komunikasi dua hala antara pensyarah-pelajar wajar dipupuk
dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah pula dengan program peningkatan akademik
pelajar?
Saya dan para tenaga pengajar yang lain kerapkali mendedahkan
bahan-bahan rujukan sedia ada dan terbaru
kepada para pelajar. Kami juga sedaya upaya menyedarkan para pelajar
akan gejala tidak sihat copy and paste.
Pelajar juga digalakkan berbincang berhubung dengan kandungan kursus dan
melaksanakan pengisian waktu kuliah yang mencukupi.
Oleh kerana cikgu berkhidmat di sebuah institut yang melatih bakal-bakal guru, boleh cikgu
ceritakan sambutan hari guru peringkat kebangsaan
di Negara Brunei Darussalam?
Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Negara Brunei Darussalam amat meriah. DYMM Sultan Brunei dan
ahli kerabat baginda turut serta mencemar duli bersama warga para pendidik dan rakyat jelata. Bagi
memeriahkan acara tersebut diadakan pameran inovasi pendidikan,forum dan
ceramah yang disertai oleh semua
peringkat dan institusi sama ada dari sekolah, maktab, institut mahupun
universiti daripada agensi kerajaan
iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta
agensi swasta .Ada juga penganugerahan tokoh guru kebangsaan dan
guru cemerlang sebagaimana di Malaysia.
Ceritakan serba sedikit pengalaman manis sepanjang cikgu berkhidmat
di Brunei? Dan bagaimana pula yang pahit?
Buat masa ini tidaklah banyak pengalaman manis yang tempuhi.
Namun yang paling tidak dilupakan semasa awal kedatangan saya di Brunei, saya
tinggal di hotel. Sebelum mempunyai kenderaan sendiri, pihak hotel telah menghantar
pergi kerja setiap hari, selama satu bulan. Yang pahit nampaknya belum saya
alami.
Akhir sekali, apakah nasihat kepada bakal guru yang cikgu
didik?
Nasihat saya belajarlah bersungguh-sungguh walaupun usia kian
meningkat. lngatlah bahawa menuntut ilmu tiada had waktu.Bahkan pendidikan itu
sepanjang hayat. Saya mengharapkan mereka jika sudah memperoleh ijazah sarjana
muda perguruan tetapi mempunyai iltizam kuat untuk meneruskan pengajian ke
peringkat ijazah lanjutan hingga ke peringkat doktor falsafah.
PROFIL
MOHD. SALLEH BIN LEBAR
Tarikh Lahir: 14 Januari 1949
Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Isteri: Halimah binti Mohamad
PENDIDIKAN
·
Sekolah Rendah
Gong Kapas dan Sekolah Pusat Bukit Besar, Kuala
Terengganu.
(1957-1962)
·
Sekolah Menengah Tengku Bariah dan Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala
Terenggau ( 1963-1967)
·
Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan (1
tahun) dan Maktab Perguruan Sultan Idris
(1 tahun). Lulus Sijil Perguruan (1971-1972)
·
Sarjana Muda Sastera (Bidang Sejarah) di
Universiti Sains Malaysia (1976-1979)
·
Sarjana Pendidikan/M.Ed. di Ohio University,USA
(1984-1986)
PERKHIDMATAN
·
Guru
mengajar di Sabah( 1973-1976)
·
Guru Maktab Adabi Kuala
Terengganu dan di Sekolah Menengah Ugama Atas Sultan Zainal Abidin,Kuala Terengganu (1979-1981)
·
Pengajar
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) (kini UniSZA): (l981-1997)
·
Pensyarah
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM),Kuala Terengganu
(kini Universiti Malaysia Terengganu/UMT )(l997-2005)
·
Pensyarah Kanan Kolej Universiti Perguruan Ugama
Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam (2008-)
ANUGERAH
·
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang KUSTEM (1999)
·
Profesor
Madya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (2001-2005)
PENERBITAN
·
Asas Psikologi Perkembangan (Utusan Publication &
Distributors, 1994)
·
Pengurusan
Sekolah di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam (Dewan
Bahasa dan Pustaka
Brunei ,
2009)
02 Februari 2011
USAH PERALATKAN ANAK YATIM
APABILA media massa melaporkan mengenai anak-anak yatim yang diperalatkan untuk mencari dana dengan cara berniaga secara langsung di khalayak ramai, rata-rata masyarakat terkejut.
Kita sering bertemu dengan kanak-kanak yang memberikan ucapan salam di pintu hadapan bank, meja makan di restoran atau gerai atau di mana-mana tempat tumpuan awam. Dengan senyum syukur kita membalas (bagi umat lslam) semula ucapan tersebut dengan senyum dan berlapang dada.
Namun jika saban waktu kanak-kanak yang sama, situasi yang sama, dengan berkopiah atau bersongkok ataupun berkain pelikat ataupun berbaju kurung dengan tabung tertulis derma untuk maahad tahfiz, surau, masjid, sekolah rendah agama atau apa jua yang berunsur agama, bagaimanakah kedudukannya? Ikhlas atau tidak derma kita hanya Allah jua yang maha mengetahui.
Tidak dinafikan kita seringkali bertemu orang yang sama, atau hanya bertukar orang dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan berganti tahun di hadapan pintu masuk bank, di stesen minyak dan sebagainya. Maka kita mulai curiga ataupun ada invidivu yang menganggap bahawa ini satu profesion yang mudah, senang, ringkas dan lumayan.
Apakah ini tidak disedari oleh mana-mana pegawai yang berkaitan seperti baitulmal, pusat zakat, Jabatan lmigresen, penguat kuasa perbandaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat? Tidakkah mereka cuba membuat intipan atau penyiasatan?
Justeru usaha beberapa jabatan di Negeri Sembilan bergabung tenaga baru-baru ini membuat serbuan dan tangkapan terhadap pihak yang memperalatkan anak-anak yatim ini wajar dipuji.
Adalah wajar dibuat siasatan terperinci kemungkinan ada sindiket yang menjadikan modus operandi ini sebagai taktik meraih keuntungan. Tidak sesiapapun mahu bertanya benar atau palsu. Bayangkan terdapat juga pemungut derma yang sanggup menunggu tabung sepanjang hari yang bagaikan tanpa menghirau makan, minum dan sara dirinya. Dari sumber manakah makan minumnya diperoleh?
Begitu juga modus operandi yang menggunakan kanak-kanak atau remaja lelaki dan perempuan atas nama anak-anak yatim yang berkeliaran di stesen-stesen minyak. Kononnya kita bersimpati dan prihatin tetapi sebenarnya kita telah menggalakkan kegiatan tidak bermoral menjatuhkan maruah umat lslam, penipuan dan eksploitasi!
Situasi ini termasuk juga menggunakan orang-orang kurang upaya (misalnya buta dan cacat anggota) meminta sedekah, menjual tisu. Tetapi tidak siapapun antara kita yang tahu apa yang terjadi di belakang tabir.
Seandainya kita bermurah hati dan ada sedikit lebihan rezeki apa kata kita terus masukkan di mana-mana tabung masjid atau rumah Allah. ltu jalan terbaik bagi mengelakkan pengemis moden kian berkeliaran dan berleluasa.
(Sumber :MAHNESSA A.KADIR, Utusan Malaysia, 02.02.2011)
01 Februari 2011
FACEBOOK: BAHAGIA DAN BAHAYA
TERIMALAH hakikat bahawa ranking masyarakat kita membuka akaun, melayari dan apa jua istilah laman sosial dalam alam maya seperti Facebook, Twitter, Myspace, Finder dan sebagainya antara yang tertinggi di dunia. Namun isunya apakah yang terjadi dengan teknologi Internet seperti Facebook?
Bukalah laman web Internet dan klik Facebook nama si polan bin/binti si polan dengan mudah kita dapat membelek foto manis, foto tampan, foto samaran atau apa jua kemungkinan yang boleh dieksploitasikan untuk tatapan awam bagai papan tanda di Bursa Saham! Tidak kira isteri orang, jejaka perasan, don juan, kasanova, pemimpin politik yang berkarisma dan apa jua jenis manusia yang mana yang membezakan mereka hanyalah nawaitu masing-masing. lronisnya ada isu fitnah, gosip dan tohmahan pula yang dipaparkan!
Justeru berlakulah seperti laporan konflik politik, pergeseran kaum, pergolakan rumah tangga dek keberanian dan keberahian yang tidak dapat dikawal.
Dan di sebalik tabir menerusi laman sosial seperti ini apabila hubungan dilayani kian bertambah intim dalam kes pasangan suami isteri maka kian parahlah hubungan kekeluargaan.
Si wanita meraih simpati, si lelaki pendengar/pelayan/pelayar yang empati maka hanya tembok malu sebagai benteng terakhir sama ada bertahan atau kecundang jua akhirnya.
Yang mendukacitakan lagi, cuba jengok-jengoklah pejabat kerajaan, baik di Putrajaya atau di mana jua, staf yang senior mahupun yang junior khususnya anak-anak muda begitu tekun dan asyik menghadapi papan monitor; seolah-olah menumpukan tugasan rasmi.
Ketua-ketua jabatan dari peringkat KSN, KSU, KP, TKSU, TKP dan seterusnya ke bawah akar umbi rajin-rajinlah cuba jengok dan pantau.
Jangan anggap bahawa anda generasi lama boleh dikelentong dengan silap mata ICT. Bukanlah mustahil asyik melayani dan chatting menyebabkan sepatutnya surat rasmi yang disiapkan dalam masa satu jam bertukar menjadi satu bulan. Bahkan ada yang ditunda tarikh ke belakang hampir sebulan.
Kepada mereka yang leka gila dengan pembaziran masa cuba hitung masa yang anda bazirkan dalam sehari seminggu atau sebulan semata-mata untuk bersembang-sembang kosong. Lihatlah mereka yang maju seperti anak-anak muda keturunan Cina, mereka terus berniaga dan bekerja gigih secara terus menerus menghargai masa ketika lapang pada usia muda.
Tanyalah diri kita sendiri; berapakah buah buku yang kita berjaya habis baca dalam seminggu atau bulan ini? Sudahkah kita membelai suami/isteri/anak-anak kita dengan bisikan kata-kata romantis pada hari ini; pagi, petang atau malam ini?
Sudahkah kita menyiapkan tugasan rasmi di pejabat? Kunci ada di tangan kita maka kitalah yang sendiri mahu membuka atau mengunci minda kita, terserahlah.
(Sumber: MAHNESSA A. KADIR,UM, 02 Februari 2011)

28 Januari 2011
27 Januari 2011
Permata Negara campur urusan kementerian lain
|
Langgan:
Catatan (Atom)