15 April 2011

SEJENAK BERSAMA DR. RAJIEE HADI

Suatu petang yang santai Ummi Nessa (UN) telah mewawancara Dr. Rajiee Hadi (DRH) seorang tokoh pendidik yang juga mantan aktivis kesatuan guru serta terlibat secara langsung dalam bidang penulisan,kesenian,kebudayaan dan kemasyarakatan. Beliau ialah mantan Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia(KKGBMS),mantan Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJA)Kongres Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia(KONGRES),mantan Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia,mantan Ahli Jawatankuasa lnduk Hari Guru Kebangsaan dan mantan Pengerusi PIBG salah sebuah sekolah menengah agama di Selangor. Beliau kini ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (PENDIDIK) . Semoga dapatan wawancara ini menjadi sumber inspirasi kepada semua para pendidik dan para pejuang kemanusiaan.


UN
Assalamualaikum,apa khabar Dr?
DRH
Waalaikumussalam wbkt. Alhamdulillah,khabar baik.
UN
Selamat bertemu dan  terima kasih kerana sudi membuat sesi wawancara bersama UN  dalam bual bicara motivasi pendidikan.  Boleh saya panggil Dr  sahaja?
DRH
Boleh, saya selesa dengan panggilan itu.  Mahu panggil cikgu pun boleh.
UN
Saya memilih Dr berdasarkan kepada kejayaan kerjaya pada suatu ketika dan sehingga kini.  Boleh Dr ceritakan pekerjaan  ataupun bidang apakah yang telah Dr diceburi?.
DRH
Begini…Jika’ nak diceritakan panjang ceritanya  dalam hal pengalaman  ini.Maklumlah pelbagai  tempat dan suasana tempat bertugas  khususnya  berkaitan dengan pendidikan. Saya telah berkhidmat di empat buah negeri;Johor,Negeri Sembilan,Wilayah Persekutuan dan Selangor.  Saya pernah berkhidmat sebagai guru pelatih di Selangor,Kuala Lumpur dan Johor.Kemudian sebagai guru terlatih di Johor,Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.Pendek kata, dari sekolah harian hingga ke sekolah berasrama penuh,dari kelas peralihan hinggalah mengajar tingkatan enam selama 17 tahun. Kemudian sebagai pensyarah dan Ketua Unit Pembangunan Keguruan Jabatan Penyelidikan di salah sebuah  institusi perguruan di Malaysia sekitar sepuluh tahun dan bakinya sebagai pensyarah kanan di  salah sebuah universiti luar negara. Saya juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di samping beberapa buah kolej swasta. Kegiatan lain sebagai penulis bebas dan wartawan sambilan,  perunding motivasi dan psikologi.
UN
Hmm..hmmm..  Rupa-rupanya  Dr  ni orang yang hebat ya...  Tak salah saya memilih Dr  dalam sesi ini.
DRH
Oh, ye ke? Saya rasa, sama seperti orang lain. Cuma saya merasakan mahu mengisi peluang bagi menimba pengalaman yang tidak saya perolehi semasa di bangku sekolah dahulu.Maksud saya dalam soal kepemimpinan.
UN
Nampaknya Dr  ni lebih ke arah bidang yang  berkaitan pendidikan, iaitu mendidik dan menyuntik motivsi.  Sejak bilakah  Dr mula berminat dalam profesion ini?
DRH
Kalau nak diceritakan memang panjang. Sejarah bermula apabila saya berjinak-jinak dengan buku. Beginilah sebenarnya…sejak kecil saya suka sangat membaca.  Seingat saya usia 5 tahun saya dah masuk   tadika  atau dahulu dipanggil “sekolah tumpang”kerana dah pandai membaca.  Bahan bacaan saya tidak setaraf dengan usia saya .  Contohnya pada usia 6-12 tahun, saya sudah mula membaca buku-buku karangan penulis terkenal seperti karya Hamka,Shakepeare,Abdullah Hussein, Abdul Moes,A.Samad Ahmad  dan ramai lagi. Sehingga sekarang, saya masih minat membaca. Tak kiralah sama ada buku, jurnal atau artikel.  Setiap pagi saya mesti membaca akhbar dan sekurang-kurangnya 1 buku setiap hari.Hahaha..sekarang sudah tentulah saya melayari berita-berita dalam internet termasuk blog. Saya suka bahan bacaan seperti autobiografi,motivasi dan pembangunan kendiri serta  politik semasa.   Jika tidak membaca bagai ada sesuatu yang tidak kena pada hari itu. 
UN
Elok benar minat sebegitu diamalkan sehingga kini.  Suatu amalan yang patut dipuji. 
DRH
Terima kasih.  Minat  itu memang datang dalam diri bukan perlu paksaan sebenarnya.Ya..lah faktor persekitaran, latar dan zaman banyak mempengaruhi juga dalam kehidupan saya.
UN
Saya setuju dengan Dr.
DRH
Memang patut dipupuk minat ’tu dari awal sebenarnya.Walau ketika itu tiada dorongan sesiapa tetapi bagi saya membaca ketika itu sebagai suatu escapism atau pelarian daripada kesunyian.Manalah banyak hiburan alternatif ketika zaman saya membesar.Tambahan saya jenis tidak suka berhiburan bersama rakan-rakan sebaya.Lebih gemar menyendiri.
UN
Bagaimana dengan zaman persekolahan Dr.
DRH
Zaman persekolahan saya tidak mengalami kelengkapan walaupun tahap minimum.Maklumlah sekolah rendah di estet zaman kolonial;tiada guru bahasa lnggeris.Kemudian sekolah rendah di kampung yang terpaksa berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan.Kekadang seorang guru terpaksa mengajar dua buah kelas pada suatu masa yang sama.Terpaksa berkejar ke sana sini mengawal bilik darjah yang berdinding kadbod. Justeru, kebanyakannya saya  sendiri memotivasikan diri saya berdasarkan kepada penelitian dan pemerhatian  dan kepekaan saya terhadap pengaruh  persekitaran tempat tinggal dan keluarga .Apatah lagi sejak kecil seusia 10 tahun saya berdikari tidak tinggal bersama ibu bapa tetapi tinggal bersama datuk yang mempunyai ramai cucu lain.  Minat membaca yang mendalam sejak kecil  banyak membentuk peribadi dan jiwa saya misalnya semasa saya di sekolah rendah, dan menengah rendah saya telah membaca karya penulis tersohor seperti Hamka, Arenawati, Acdiat K.Mihardja, Pramoedya Ananta Toer, Abdullah Hussin, A.Samad lsmail,A.Samad Ahmad,A. Samad Said dan lain-lain lagi. Dan saya telah membaca kesemua novel yang memenangi hadiah utama dan saguhati Peraduan Menulis Novel 10 tahun merdeka anjuran DBP.Novel-novel itu saya pinjam daripada ldris(sebenarnya milik abangnya) yang dikenali ”Apah”iaitu rakan zaman kecil saya.Sebenarnya abang sulung  ldris, Asaha Abong (kini Dato’)menjadi idola di kampung saya kerana menjadi pelajar pertama menjejaki kaki ke menara gading,Universiti Malaya,Kuala Lumpur pada awal 1960-an.
UN
Seronok mengikuti pengalaman persekolahan Dr.  Apakah yang memotivasikan Dr  membaca?
DRH
Membaca adalah hobi saya. Pada mulanya, saya melihat banyak buku,kitab lama dan majalah klasik di atas loteng rumah datuk saya .Saya ambil kemudian membelek-belek sehingga timbul minat untuk mengetahui isi buku yang saya temui itu.  Jadi saya membacanya satu persatu.  Sehinggalah habis buku dan majalah yang ada saya baca semuanya.  Bahan-bahan kritikan masyarakat tulisan Abdul Rahim Kajai saya baca walhal bukan label kanak-kanak seusia saya ketika itu.
UN
Bermakna Dr lebih matang berbanding usia...  betul begitu?.
DRH
Saya tak menafikannya.  Memang pemikiran saya lebih matang daripada usia.  Contohnya saya suka bergaul dan membincangkan topik-topik semasa dengan orang dewasa.  Sebenarnya menyeronokkan.  Kadang-kadang lucu pun ada.
UN
Lucu?. Maksud Dr?
DRH
Lucu bila saya membicarakan tetang isu –isu semasa.Misalnya tika saya berusia 14-15 tahun saya sudah kritis tentang kemudahan jalan yang tidak berturap,parit yang tersumbat. Walhal bukan setaraf dengan usia saya. Dan saya terus menulis di ruangan forum pembaca akhbar Utusan Malaysia/Utusan Melayu lalu disiarkan.Gembiranya bukan kepalang! Kadang-kadang kena marah juga bila menyampuk perbualan orang dewasa.  Itulah yang melucukan saya. Saya dapat berbahas dengan orang yang lebih tua daripada saya.Hahaha..tapi tidaklah sehebat Hang Nadim!
UN
Baiklah… Tadi Dr  beritahu saya.. banyak bidang yang telah diceburi.  Apakah  jawatan mutakhir Dr ?
DRH
 Pensyarah Kanan di salah sebuah IPTA di Brunei.
UN
Hebatnya Dr .  Ok lah .. tentu banyak pengalaman yang dapat Dr perolehi semasa menjawat jawatan Pensyarah Kanan di sana ya…  Boleh Dr  ceritakan sedikit? 
DRH
Bekerja di tempat orang tidak sama dengan di negara sendiri.  Banyak birokrasi.  Saya sejujurnya tak berhasrat ’nak menonjolkan diri, siapa saya di sana. Kena faham-fahamlah.  Nanti mereka  menyangka kita ’nak melobi atau ’nak menunjuk-nunjuk pandai.Namun saya tetap berpegang kepada prinsip jika membabitkan hal-hal akademik.  0leh itu saya hanya bekerja rutin mengikut apa yang ditawarkan  atau diarahkan sahaja.Di samping memberi kuliah,menyelia praktikum mengajar mahasiswa perguruan, saya juga membuat penyelidikan,menulis esei dan membuat kerja-kerja terjemahan bahasa Melayu ke bahasa lnggeris.  Tapi pengalaman lain adalah; seperti dapat melihat sejauh mana kesungguhan pelajar di sana dalam mengejar ilmu...bak kata bidalan ’lain padang,lain belalang.’   
UN
Apabila saya amati, Dr  lebih suka berkhidmat dan berbakti untuk orang lain. 
DRH
Maksud puan?.
 UN
Ya.. lah..berdasarkan bidang  yang Dr ceburi sebutkan tadi, menunjukkan Dr  berminat berinteraksi  dengan orang ramai.  Sebagai guru atau  pendidik ... ’kan selalu bertemu dan memberikan tarbiyah  kepada orang lain.
DRH
Betul ‘tu puan.  Saya memang suka bidang yang ada interaksi dan komunikasi dua hala yang positif . Ya.. lah antara pensyarah dengan pelajar contohnya. …
UN
Emmm…….. Baiklah Dr.  Boleh Dr jelasakan perkara yang paling tidak disukai terutamanya membabitkan kerjaya Dr?
DRH
Berbicara tentang perkara yang paling saya tidak suka dalam kerjaya ini banyak berkaitan soal peribadi.  Misalnya,kedudukan  saya ketika saya berkhidmat di Malaysia  hanya staf biasa. Walaupun ada perkara-perkara yang saya rasakan patut berubah tetapi cepat-cepat saya beralah dan tak perlulah  terlalu berat untuk memikirkannya. Kerana tidak ada apa-apa perubahan pun kalau saya mencadangkan atau mengesyorkan sesuatu idea.  Saya paling tidak suka apabila ada individu atau pihak luar yang tidak berkaitan tetapi berkepentingan mencampuri urusan  kerja.Maksudnya yang nyata,mereka  yang tidak berkemahiran. Mereka hanya pandai berkata dan mengarahkan sahaja tapi tidak ada kemahiran untuk menunjukkan bukti apa yang diperkatakan kepada saya atau stafnya.  Saya pernah juga bersuara  mengenainya tetapi tiada apa tindakan yang diambil. 
UN
Maksudnya Dr. rasa tak puas hati dengan birokrasi ?.
DRH
Saya tak kata aspek birokrasi sahaja. Tetapi banyak pihak yang memberi pelbagai alasan ’red tape’.  Sebab saya ni memang aktif dalam beberapa persatuan dan kesatuan guru. Banyak perkara dalam Perintah Am Kerajaan saya tahu. Jadi nampaklah di situ berberapa kelemahan kerana ada ketua yang tidak tahu banyak prosedur terutama soal peruntukan kewangan.  Sehingga pada satu tahap, saya merasakan  tidak ada guna bersuara kerana tidak ada keadilan di situ.
UN
Nampaknya Dr. memang begitu komitmen dalam karier.
DRH
Memang itu adalah amanah yang diberikan kepada saya.  Saya kena melaksanakan yang terbaik walaupun ada ketikanya dianggap seperti suatu persaingan.
UN
Maksud Dr tidak mendapat bantuan mana-mana pihak itu bagaimana?.
DRH
Maksud saya  semasa saya melanjutkan pelajaran di IPT di peringakat ijazah lanjutan sehingga PhD, saya tidak pernah mendapatkan biasiswa dari mana-mana pihak  baik dari pusat mahupun dari negeri.  Bermakna saya bebas dan mandiri.Saya menjual aset untuk menampung perbelanjaan pengajian ijazah lanjutan.
UN
Saya sungguh teruja dengan kesungguhan dan keteguhan Dr untuk mencapai kejayaan tanpa mana-mana bantuan kewangan.  Jadi, apa rahsia Dr sehingga berjaya kini.
DRH
Tidak dinafikan semasa di tingkatan enam, maktab perguruan dan ijazah sarjana muda pendidikan saya dibiaya ala kadar sahaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Walau tidak mencukupi saya berusaha bekerja sambilan mencari sumber rezeki tambahan. Selain sebagai penulis dan wartawan sambilan, saya menjual buku secara jualan langsung ke sekolah-sekolah.Sebab itu saya berkeyakinan bahawa kejayaan saya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mengharapkan orang lain untuk mencapai impian dan cita-cita. Allah telah mengurniakan semangat yang tinggi kepada saya di samping sokongan dan seluruh isi keluarga  yang mendoakan kejayaan.
UN
Berdasarkan  pengalaman  Dr,  minat membaca  agak mendalam .  Boleh Dr terangkan apakah perkara yang paling diminati selain membaca  dilakukan ketika lapang?.
DRH
Sebenarnya saya  minat dalam seni...drama dan  teater. Dahulu semasa awal perkhidmatan saya dalam bidang perguruan saya pernah berlakon teater ,mendeklamasi puisi, berpengakap dan   masa terluang saya suka membaca. Saya sasarkan membaca buku atau novel, sebuah naskah setiap hari.  Itu adalah amalan saya sejak dahulu lagi. Selain itu saya juga minat menulis puisi.  , menyanyi , berenang , jogging dan aktiviti kembara. Bagi saya masa itu adalah emas dan sangat berharga.Alhamdulillah telah menghasilkan 20 buah buku kreatif dan akademik. Buku terkini (2003) ialah kumpulan puisi perseorangan CINTA ARAFAH yang telah diterbitkan oleh Dwiwangsa Publication.
UN
Apakah Dr pernah memenangi sebarang sayembara penulisan?.
DRH
Hahaha.  Ada ’tu adalah dalam genre puisi dan cerpen dalam beberapa sayembara di peringkat maktab,universiti,negeri dan kebangsaan..  Antaranya pada sekitar  tahun 90-an saya merangkul tempat pertama, hadiah RM3ribu dan mengalahkan  beberapa sasterawan terkemuka yang lain waktu tu...dalam sayembara menulis Puisi Bosnia anjuran PENA .Saya menggunakan nama seorang wanita.Hahaha...ramai yang tidak tahu rahsia ini.Seperkara yang tidak dilupai saya adalah salah seorang daripada sepuluh pemenang sagu hati dan memperoleh hadiah RM3 ribu menamakan kereta nasional, Proton Saga,1985. Selain itu,  saya suka menulis cerpen dan  puisi yang seringkali disiarkan di akhbar-akhbar dan majalah tempatan dan luar negara  termasuk di Brunei , lndonesia dan Singapura.  Tetapi kini aktiviti agak minimum kerana kesibukan dengan kerja hakiki saya. Namun kini saya kembali menulis esei  ilmiah dan kreatif semula.Saya berazam menulis buku-buku ilmiah.
UN
 Tampaknya Dr agak arif dari segi ilmu pendidikan dan mendalami bidang kesusasteraan dan linguistik.
DRH
Bukan apa saya meminati semua  jurusan ilmu tapi yang paling minat psikologi bahasa dan sastera iaitu yang berkisar kognitif dan pemikiran.
UN
Dr ada menyebutkan tentang perkara yang paling diminati iaitu membaca , menulis cerpen, puisi dan lain-lain. Macam mana pula dengan perkara yang paling tidak disukai.
DRH
Perkara yang paling saya tidak suka semasa kanak-kanak dahulu ialah  terpaksa berjauhan  ibu bapa kerana tinggal dengan datuk. Ini kesan masa lalu saya.Saya menyendiri,sensitif tetapi memiliki daya sensitiviti yang tinggi.  Saya terpaksa tinggal dengan datuk sebab di kawasan kuarter ibu bapa,  lokasi sekolah agak jauh dan tidak bersesuaian. Bapa memutuskan  menghantar  saya dan dua adik saya ke rumah datuk  yang berhampiran bandar. Sangat sedih masa itu. Terasa macam anak terbuang saja.  Tapi apabila bapa saya menerangkan sebab mengapa saya di hantar ke kampung barulah  hati saya tenang walau kerap kesayuan. Sehingga sekarang walaupun hampir 50 tahun berlalu  saya masih dapat merasainya perit perpisahan dengan keluarga.
UN
Benar apa yang dikatakan bapa  Dr . Bapa Dr sebenarnya memandang masa depan Dr . Dan apa yang terhasil sekarang, Dr agak kuat kini melawan perasaan dalam setiap perjuangan kesan   pengorbanan perasaan Dr berpisah daripada  keluarga pada masa silam.  Dan kini bagaimanakah Dr mengisi masa senggang ?
DRH
Masa senggangg saya biasanya saya membaca dan menulis artikel atau mengarang cerpen dan puisi.
UN
Kehidupan sosial Dr?
DRH
Saya suka berpersatuan dan aktif dalam  NGO.Ehemmmm tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya turut berarak bersama-sama para pejuang bahasa Melayu sewaktu menentang PPSMI (Pengajran & Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris). Kebetulan saya juga terlibat ketika penubuhan  Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).  Saya ni sensitif sikit dengan isu-isu semasa yang sedang berlaku.  Kadang-kadang saya akan bersuara melalui online contohnya apabila ada isu yang dibincangkan tidak berkenan di hati saya akan menghubungi langsung dan berdialog dengan ahli panel sama ada di televisyen,radio mahupun dalam majlis-majlis  dialog terbuka.  Saya memang minat berjuang tentang perkara-perkara yang tidak betul dan  harus diperbetulkan.Ya, saya kritis tapi analitis...  Saya tak suka duduk diam sahaja.Ha..ha..ha..sekarang sesiapa boleh melayari blog saya....tiub bocor blogspot.com
UN
Bermakna masa-masa luang Dr diisi dengan perkara yang bermanfaat lah ya.  Jadi tiada istilah rehat nampaknya.
DRH
Emm. Dah minat dan menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan perkara yang saya kurang senang..yelah..mesti ada KBKK...kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif!
UN
Berdasrkankan pernyataan Dr dari tadi, dapat saya ambil kesimpulan bahawa Dr seorang yang berdikari , maksud saya semasa menuntut di universiti sehingga ke peringkat PhD , Dr tidak mendapatkan mana-mana biasiswa pun.  0leh itu apakah prinsip Dr sebenarnya.
 DRH
Saya berpegang kepada prinsip berdikari tanpa ’ ”tongkat ’. Sebenarnya saya belajar dan menyelidik berdasarkan kemahuan dan minat sendiri bukan mengikut acuan pihak lain.ltu adalah  prinsip saya. Hasil daripada pengamatan positif saya sendiri. . Itulah prinsip mandiri  saya.  Saya berpegang kepada prinsip seperti mana semasa mesyuarat permuafakatan pengurusan KPM  bagi  penentuan PPSMI dahulu saya dan KKGBMS berterus terang menyatakan tidak setuju  berhubung pelaksanaan PPSMI.Saya mengemukakan hujah-hujah akademik di meja mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu. 
UN
Dalam erti kata lain, bermakna kita tidak boleh mengharapkan mana-mana pihak untuk menempa kejayaan? Maksudnya berusaha sendiri. Tetapi   pernahkah Dr bergantung dengan mana-mana individu atau pihak hatta dengan keluarga?.
DRH
Kami dari keluarga yang sederhana.  Saya tidak bergantung dengan keluarga kerana kerana datuk saya juga terpaksa memelihara 9 cucunya yang yatim piatu.   Saya lebih memandang kepada adik beradik saya.  Biarlah ibu bapa saya memberikan tumpuan kepada mereka.  Saya tidak bergantung dengan mana-mana pihak pun.Ada juga   frust sebab beberapa kali mohon biasiswa peringkat sarjana dan doktor falsafah diketepikan. Namun kenangan manis yang tidak dapat lupakan ialah kejayaan saya memperoleh ijazah sarjana (M.A) secara separuh masa cuma dua semester atau satu tahun  sahaja di UKM.Kemudian saya ditawarkan terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D di universiti yang sama. Bagi saya itu adalah hikmah yang tidak terhingga kerana saya tidak terikat dengan mana-mana agensi atau menggunakan wang rakyat. Saya  bebas.
UN
’Bebas’.  Seronok bunyinya ya Dr.
 DRH
Memang seronok saya tidak terikat, tidak terasa termakan budi, tidak rasa bersalah kepada masyarakat dan tiada masalah dengan mana-mana  pihak.
UN
Berdasarkan   keceriaan Dr ,memang saya dapat lihat Dr menikmati erti kebebasan ini.
DRH
Dapat dizahirkan dengan keceriaan saya sekarang.  Bukan apa puan, saya telah mengalami pelbagai kisah  pahit duka menempuh kejayaan yang saya perolehi sekarang.  Kena banyak bersabar.  Sebab ramai yang mencemburui kejayaan saya.  Saya tidak suka pula untuk bersaing.  Apabila  ada persaingan saya lebih suka  mengalah dan angkat kaki dulu sebelum apa-apa berlaku.Tetapi bukan bererti saya mengalah begitu sahaja tetapi saya akan terus bersemangat menempa kejayaan seterusnya.Maksudnya saya berfikiran positif..
UN
Adakah Dr seorang yang suka melihat kebahagiaan orang lain daripada kebahagiaan sendiri?
DRH
Ya. Emmm betul...apa pun bergantung kepada sikon.(situasi dan kondisi)
UN
Bagaimana dengan kehidupan rutin Dr?
Dahulu  ada perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang.Saya ada syarikat konsultans sendiri yang pernah mengendalikan beberapa seminar tetapi tidak aktif.lnsya-Allah, saya akan menggerakkan sepenuh masa pada masa yang sesuai kelak. Maklumlah kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang dan berusaha.  Kenalah banyak menempuhi cabaran dengan penuh kesabaran yang banyak.
UN
Betul Dr...  kita kena banyak bersabar dalam setiap perjalanan kehidupan in.Harapan UN kepada  Dr yang secekal ini  yang betah dengan pelbagai kesulitan dan cabaran agar mendorong motivasi kepada guru-guru muda hari ini.
DRH
Bagi saya senang atau sukar kita mesti  sentiasa yakin diri berpaksikan keyakinan kepada Allah dan banyak bersabar.Biar orang menganiaya kita, jangan kita menganiaya orang lain.Ada ubi ada batas....
UN
Benar...  Tentu  ada kekuatan dalam diri Dr  .
DRH
Kekuatan dalam diri saya ialah yakin, berdikari dan ada motivasi pembangunan diri sendiri.  Saya suka melihat ke hadapan dan menoleh ke belakang untuk membuat penambahbaikan.Mesti ada wawasan!
UN
Dr sudah lama berkecimpung dalam profesion pendidikan . Kalau tidak silap lebih  30 tahun.  Apakah sumbangan yang telah Dr berikankan?
DRH
Pengalaman dalam bidang pendidikan selama 30 tahun. Penglibatan dalam NGO dan organisasi persatuan selama 20 tahun. Penglibatan dalam penulisan sama ada penulisan deskritf dan kreatif.Pengalaman menghadiri dan terlibat dalam seminar di dalam dan luar negara termasuk mengembara  ceruk rantau dalam negeri dan luar negara. Pengalaman yang digarap ini biasanya secara gabung jalin dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dalam kuliah saya kongsikan untuk para pelajar saya.Tujuannya meningkatkan motivasi mereka.Selain itu saya garapkan ke dalam karya-karya kreatif. 
UN
Walau banyak kejayaan yang Dr perolehi, tentu ada pelbagai bentuk cabaran dan halangan yang terpaksa Dr hadapi.  Adakah begitu Dr?.
DRH
Biasalah puan, kita bekerja dengan manusia dan persekitaran.Ada interaksi dan komunikasi.Tentu ada halangan-halangannya. Tentu ada yang tidak senang dengan apa yang kita miliki.  Ramai yang cemburu dengan kejayaan kita dan orang lain.  ltu lumrah kehidupan.  Bagi saya  halangan  perlu saya ditatangi dengan merangka pelan A,pelan B dan seterusnya. Sikap cemburu,dengki dan khianat orang lain  anggaplah suatu persaingan sihat.Kita jangan putus-asa.Dalam diam kita boleh bertindak.Umpama menarik tepung dalam rambut.Rambut tidak putus,tepung tidak tumpah.Apa salahnya kita berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pengalaman baru dan menyebarluaskan kepada ilmu pada orang lain.Berhubung dengan halangan-halang birokrasi,tidak perlulah saya bercerita panjang. Ada yang bersifat personal.Namun peraturan yang sedia ada tidak silap tetapi manusia yang melaksanakannya tidak cekap,tidak amanah.   Yang paling mengecewakan saya ialah apabila bertemu ketua majikan yang opurtunis,hipokrit dan tidak ada pendirian; bagai lalang ditiup angin. 
UN
Wah, macam tidak puas hati luahan Dr?
DRH
Tidak puas hati adalah fitrah.Saya manusia hamba-Nya yang serba lemah dan kekurangan.Sebenarnya saya jenis kakitangan yang  bertindak atau menegur mengikut peraturan sedia ada.Perintah Am Kerajaan.  Saya akan merujuk Perintah Am bagi penambahbaikan dalam sesebuah organisasi.Bukan menyembunyikan habuk di bawah karpet. Selain itu perkara yang berkaitan penilaian prestasi yang ada elemen ketidakadilan kerana tidak mematuhi prosedur penilaian.Misalnya semasa zaman penilaian SSB  masih banyak kedapatan Ketua Pejabat yang tidak memanggil staf mereka bagi melaksanakan prosedur penilaian secara telus.Mereka menilai pada padangan luaran dan emosi tetapi bukan kepada sumbangan dan penghasilan kerja kita seperti yang digariskan dalam  panduan skema.  Ini membuatkan saya tidak berpuas hati dan berasa kecewa serta hilang kepercayaan!
UN
Baiklah Dr.  Saya rasa bual bicara  kita sudah  ke penghujungnya.  Saya ingin membuat kesimpulan dengan apa yang diperkatakan.  Beginilah Dr.. Pada padangan saya, Dr adalah seorang cekal menerokai  bidang akademik .  Banyak buku Dr telah diterbitkan pada suatu masa dahulu.. begitu juga dengan cerpen dan  puisi.  Penglibatan Dr dalam NGO banyak membawa implikasi positif sehingga hari ini.  Kekuatan Dr adalah prinsip hidup tidak bergantung dengan sesiapa tetapi tidak malu bertanya kepada mereka yang tahu dan berilmu.  Sejarah hidup Dr banyak membantu Dr untuk mengecapi kejayaan di samping pengorbanan ahli keluarga yang sanggup berkongsi suka duka sepanjang kerjaya Dr.  Itu adalah kekuatan dalaman Dr.  Bagi saya Dr orang yang tabah dan kuat menghadapai cabaran dan dugaan  kerana Dr berpaksikan keyakinanan kepada Allah.  Bagaimana Dr? Adalah Dr setuju dengan kesimpulan saya.
DRH
Tidak ada salahnya puan membuat kesimpulan ini.  Tapi saya ingin melengkapkan lagi rumusan puan ni .  Bagi saya setiap pekerjaan mesti ada perancangan, setelah dirancang lakukan pelaksanaan dengan teratur dan buatlah pemantauan dari semasa ke semasa bagi menentukan perancangan dan pelaksanaan dapat  dilaksanakan dengan bersistemetik.lnsya-Allah jika dikurniakan kesihatan diri yang sihat walafiat saya akan membuat penyelidikan untuk ijazah Ph.D dalam bidang lain pula.
UN
Syabas dan didoakan Dr terus berketrampilan dan berdaya saing dalam kerjaya dan beroleh kejayaan dengan cita-cita Dr yang tidak pernah luntur,tidak kunjung padam itu.Baiklah Dr.  Saya sangat-sangat bertuah dapat mewawancara  dalam sesi bual bicara motivasi ini.    Terima kasih.
DRH
Saya pun bertuah kerana dapat berkongsi apa yang saya miliki dan pernah miliki sebelum ini dalam kerjaya saya.  Bolehlah yang baik diambil sebagai panduan dan yang tidak elok dijadikan sempadan. Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang daripada saya sendiri.Sama-sama.


13 April 2011

GEJALA SOSIAL REMAJA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

INDEKS gejala sosial membabitkan remaja dan belia Melayu menunjukkan peningkatan mendadak. Kes jenayah seperti rogol, pembunuhan, sumbang mahram, pergaulan bebas serta pembuangan anak seolah-olah tidak mampu dikawal lagi.

Setiap hari ada saja pendedahan membabitkan golongan remaja Melayu sehingga kita merasakan negara ini bagaikan tiada peraturan dan undang-undang yang mampu menyekat semua perbuatan di luar norma kemanusiaan ini.
Pendidikan agama yang diperkenalkan seawal pendidikan prasekolah hingga ke universiti tidak mampu membendung gejala negatif yang merebak kesan ledakan teknologi maklumat yang tidak ditapis.
Akibatnya, kita dapat menyaksikan bagaimana sekolah yang sepatutnya menjadi terapi merawat jiwa pelajar dengan unsur keagamaan dan kerohanian bertukar menjadi medan melepaskan perasaan dendam dan amarah yang meluap-luap.

Kes pergaduhan kian meningkat hingga pelajar pandai membawa senjata berbahaya ke dalam sekolah demi membalas dendam terhadap rakan akibat sedikit salah faham.

Sudah sampai masa guru, pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan termasuk juga pihak penguat kuasa seperti polis berbincang mencari langkah terbaik menangani gejala yang membarah ini.

Pada peringkat komuniti, program keagamaan seperti usrah, ceramah motivasi serta kelas Fardu Ain untuk remaja perlu diadakan sekerap mungkin termasuk mewajibkan remaja dan belia menyertai apa saja program ilmiah serta agama sebegini. (sumber: Bharian, 13/4/11)

11 April 2011

HATI-HATI WANG BOLEH LESAP SEKELIP MATA

KESAL...Ayu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya  dan surat daripada bank berkenaan.
KESAL...Ayu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya dan surat daripada bank berkenaan.
KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.

Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.


“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.

Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.

Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.

“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.
“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.

Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.(sumber: HMetro,11/4/11)

28 Mac 2011

VIDEP SEKS: USAHLAH GAJAH SAMA GAJAH BERPERANG

USAHLAH GAJAH SAMA GAJAH BERPERANG


SEJARAH Kesultanan Melayu Melaka yang hebat hampir 600 tahun  silam,
termasyhur dan tersohor sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan syiar lslam dan persuratan Melayu  akhirnya jatuh tersungkur di tangan 'orang asing' kerana sikap tamak, dendam, cemburu dan iri kesumat yang tidak berkesudahan.

Walaupun para perajurit Melayu Melaka bersemangat waja, kental patriotiknya dan gagah perkasa hingga dapat menewaskan serangan pertama 1509 armada Feringgi (Portugis yang datang dari Goa,lndia) yang diketuai de Suqeirra namun dendam yang berlarutan sehingga ke tahun 1511 menyebabkan soldadu Protugis yang menyerang Melaka sekali lagi yang diketuai oleh Alfonso de Albuqarque dapat merobohkan benteng Melayu Melaka dan menewaskannya.

Apakah rahsia kemenangan Portugis?  Kerana ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Kerana hasutan dan dalang yang menabur duri kebencian dan kemusnahan orang-orang Melayu seperti Raja Mandeliar dan Si Kitol. Kerana robohnya kesatuan dan kesepakatan bangsa Melayu ketika itu yang mula berpuak-puak dan bersengketa sesama mereka.

Kerana perebutan harta, emas dan kuasa maka fitnah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri. Kerana hilangnya semangat juang kependekaran  orang-orang Melayu ketika itu lantaran keuzuran Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya serta matinya Hang Jebat.

Bahkan kerana kebanjiran pendatang dan pedagang asing yang lebih mementingkan harta dan kekayaan tanpa menyumbangkan apa-apa untuk pertahanan.Bahkan kerana mengabaikan ajaran-ajaran agama  lslam dan lebih mementingkan hiburan dan perkara-perkara khurafat.Manakala pemerintah utama waktu itu asyik diulit keseronokan duniawi.

 Kini datang lagi setelah ratusan tahun. Sengketa, dendam dan cemburu yang melingkari isu video seks kini melalaikan masyarakat. Di sana sini  kedapatan tohmah, cacian dan  keaiban didedahkan di khalayak tanpa segan-silu. Apakah sejarah  ‘robohnya kota Melaka’akan berulang?  Justeru demi masa depan anak-anak dan generasi kita, ingatlah pesan bijak bestari janganlah 'gajah sama gajah berperang, pelanduk yang mati di tengah-tengah.'


16 Mac 2011

PROSEDUR NILAI PRESTASI GURU WAJAR DIPERBETUL

Dr Rajiee Hadi | Mar 16, 11 3:42pm
Penulis terima banyak aduan sama ada melalui percakapan tidak formal mahupun menerusi persatuan dan kesatuan guru sama ada semasa lalu mahupun hingga kini, tentang rasa tidak puas hati warga pendidikan terutama di kalangan guru-guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan; baik yang bertugas di sekolah-sekolah, maktab-maktab perguruan (kini lnstitut Pendidikan Guru Malaysia/IPGM) dan pejabat-pejabat pendidikan daerah.

Penulis tidak mahu menyentuh selok-belok di kementerian-kementerian lain. Tetapi memadailah bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).ltupun bukan semua aspek; sekadar secebis atau sekelumit isu ketidakpuasan hati para penjawat ini.

Rata-ratanya menzahirkan rasa tidak puas hati; bukan sahaja di kalangan mereka yang sedang berkhidmat atau mengajar tetapi ramai juga yang berstatus mulia sebagai pesara kerajaan Malaysia; meliputi mereka yang bersara wajib dan bersara pilihan kerana kelayakan dan hak-hak mereka yang tidak boleh dipertikaikan sesiapapun.

Ketidakpuasan ini bagaikan rumah siap pahat berbunyi.Walaupun kini situasi dan peluang kenaikan pangkat amat cerah dalam KPM kerana 'sesiapa yang rasakan dirinya layak boleh memohon sendiri' adalah adil dan bijak tetapi kisah-kisah masa lalu wajar penulis catatkan agar menjadi peringatan untuk generasi pendidik hari ini dan masa akan datang.

Semua pihak menyedari bahawa melalui beberapa skim/sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan masa lalu seperti Sistem Saraan baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada idea asalnya baik dan ada beberapa yang boleh diterima pakai. Tetapi yang menjadi permasalahan pokok ialah pada peringkat perlaksanaannya.

Tanyalah guru-guru di sekolah atau pensyarah-pensyarah di mana-mana IPGM rata-ratanya (tidak semua) tidak berpuas hati dengan markah prestasi yang diperolehi, pemilihan kuota yang menimbulkan ketidakadilan dan kronisme yang diamalkan.Walaupun ini bukan tuduhan tetapi penulis cuma terima reaksi yang menzahirkan sedemikian.

Walaupun begitu  penulis cuma mahu bertanya; apakah pihak ketua pejabat atau jabatan seperti Pengarah atau Pengetua ataupun Guru Besar dan Timbalan atau Penolongnya benar-benar mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika melaksanakan memberi markah dan penilaian ke atas maklumat/borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang menetukan prestasi penjawat di bawahnya?

Maksudnya adakah Penilai Pertama, Penilai Kedua atau sesiapa yang telah dipertanggungjawabkan berjumpa,bersemuka dan berbincang dengan stiap staf ketika markah prestasi diberikan agar pihak/individu yang dinilai itu bersetuju?

Sebenarnya pertemuan bersemuka adalah salah satu prosedur telus dalam pemberian markah. Jika penjawat atau guru yang dinilai itu bersetuju atau tidak bersetuju adalah tidak salah mereka memberi sebab dan alasan-alasan konkrit yang mana akhirnya mereka boleh bersetuju atau menolaknya.Soalnya; adakah prosedur seperti ini ada dilakukan?

Penulis tidak menafikan, tidak semua Ketua Jabatan bersikap semborono atau tangkap muat sahaja. Namun sikap ambil mudah dan lepas tangan ini bukanlah mustahil ada terjadi.Yang mendukacitakan,implikasi dan impak ketua atau penolong ketua seperti ini yang bersikap 'tutup sebelah mata' adalah umpama parasit yang menjahanamkan sesuatu sistem dalam sesebuah organisasi.

Walhal tujuan kerajaan; khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia adalah baik dan murni. Namun ada juga segelintir warga KPM pada masa lalu yang iri hati, dengki dan cemburu sesama sendiri. Natijahnya siapakah yang rugi jika ada di kalangan warga KPM khususnya di sekolah dan IPGM  yang hilang keyakinan dan hilang kepercayaan yang mana menjejaskan prestasi kerjaya mereka?

Justeru penulis menyeru jika fenomena atau senario ini masih berlaku atau terjadi, kepada warga KPM silalah buat aduan terus ke pihak atasan KPM atau melalui kesatuan-kesatuan dan persatuan perguruan. Ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang penjawat awam!


Penulis ialah presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.

15 Mac 2011

KAUM 'AAD DIMUSNAHKAN ALLAH

Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum 'Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman. 'Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.

Kaum 'Aad berkata: Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami. (al- Fussilat: 15). Seperti halnya Nabi Hud, kaum 'Ad juga merupakan keturunan Nabi Nuh, namun mereka tidak mengakui keesaan Allah SWT meskipun Nabi Hud telah memperingatkan mereka.

Oelh kerana itu, Allah SWT membinasakan mereka melalui azab-Nya.
Allah mengisahkan perdebatan antara Nabi Hud a.s dengan kaumnya menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Ad saudara mereka , Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada AIlah bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?" Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal, dan sesungguhnya kami menganggap kamu termasuk orang-orang yang berdusta.

Hud berkata: "Hai kaumku, tidak ada padaku kekurangan akal sedikitpun, tetapi aku ini adalah utusan dari Rabb semesta alam.
Mereka berkata: "Apakah kamu datang kepada kami, agar kami hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan apa yang biasa disembah oleh bapak-bapak kami, maka datanglah adzab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar."

Ia (Hud) berkata: "Sungguh sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Rabbmu. Apakah kamu sekalian hendak berbantah dengan aku tentang nama-nama (berhala) yang kamu dan nenekmu menamakannya, padahal Allah sekali-kali tidak menurunkan hujah untuk itu. Maka tunggulah (azab itu), sesungguhnya aku juga termasuk orang yang menunggu bersama kamu". (al-'Araaf: 65-71)

Bahkan mereka meminta didatangkan azab Allah sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka menjawab "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari (menyembah) ilah-ilah kami? Maka datangkanlah kepada kami azab yang telah kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar".
Setelah itu Allah mendatangkan azab yang membentang di ufuk pada waktu mereka amat memerlukan hujan. Datanglah awan yang mereka anggap sebagai tanda datangnya nikmat hujan yang mereka nantikan, namun ternyata adalah azab Allah kepada mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan)! Bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera, (iaitu) angin yang mengandung azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabbnya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa. (al-Ahqaf: 24-25)
Dalam ayat lain, iaitu dalam surat al-Haqqah ayat 6-8, Allah menjelaskan keadaan mereka, yang bermaksud: Adapun kaum 'Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kamu 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tanggul-tanggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk). Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka.

Syaikh 'Abdurrahman as-Sa'di mengatakan, setelah mereka menguasai dunia dan mencapai kemuliaan, semua keperluan hidup diperolehi, daerah dan kabilah di sekelilingnya tunduk kepada mereka, tiba-tiba Allah mengirim angin yang sangat dingin dan kencang saat hari-hari bencana tersebut agar mereka merasakan kehinaan di dunia dan azab akhirat lebih hina lagi.
Kaum Nabi Hud a.s dihancurkan Allah dengan angin yang sangat kencang dan cuaca teramat sejuk selama tujuh malam lapan hari, disebabkan kekufuran dan kemaksiatan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya.(sumber:UM,15/3/11)

06 Mac 2011

PETUA MENJAGA RAMBUT : DR. RAJIEE HADI

  • Amalkan pemakanan seimbang.  Hampir 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino.  anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan krominum harian yang secukupnya.  Rambut juga memerlukan vitamin A,B kompleks,C dan D untuk kekal sihat.
  • Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberikan perhatian selepas seseorang mencecah usia akhil baligh  kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut mula aktif.   Lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap, sekurang-kurannya dua kali sehari.
  • Bilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu.. Gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala.
  • Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancarkan perjalanan darah.
  • Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering.  Kendalikan rambut dengan lembut  dengan gunakan sikat  sesuai untuk menguruskan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala daripada sinaran ultra lembayung.

05 Mac 2011

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

SOLAT SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan soalt subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.  Pertama perkaya yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.  Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahwyang 2 rakaat.

1.  Rakaat pertama: Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii.  Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

SOLAT ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.  Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak empat rakaat.

i)  Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii)  Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga:  Tanda bersyukur dan bermohon akan keredaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikannya dengan tebusan kibas.

SOLAT ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SW dari perut ikan Nun.  Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar.  Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

i)   Rakaat pertama:  Kelam dengan kesalahan
ii)   Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
iii)  Rakaat ketiga:  Kelam dengan malam.
iv)  Rakaat keempat: Kelam dalam perut ikan Nun.

SOLAT MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaummnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari.  Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i)   Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii)  Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh
     melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga:  Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,
     tiada dua atau tiganya.

SOLAT ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak iaah Nabi Musa a.s.  Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar  dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacitanya pada watu Isyak yang akhir.  Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur .
I)   Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya
ii)  Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
iii) Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak firaun.
(sumber : iluv isalm,4-10 Mac /2011)

MENGAWAL KEMARAHAN

1.   Membaca ta'awudz iaitu, "A'udzubillahi minasy syaitanir rajiim".

2.   Menginagati besarnya pahala bagi orang yang bersabar.

3.   Mendiamkan diri ketika sedang marah.

4.   Duduk atau berbaring.

5.  Memikirkan betapa jeleknya penampilan ketika marah

6.  Mengingat agungnya balasan bagi orang yang mahu memaafkan kesalah orang lain.

7.  Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, ruduhan, lahnat dan cercaan kerana itu semua termasuk
     perangai orang-orang jahil.

04 Mac 2011

TANGGUNGJAWAB ISTERI DAN HAK SUAMI



1.      Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga meruah suami mereka selam mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.  Dalam senuah hadis yang bermaksud,”Andainya aku ini orang yang menyuruh isteri itu bersujud kepada orang, pasti akau menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
2.      Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syarak, contohnya ketika bersih daripada haid  dan nifas.”
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu . oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira  (wahai Muhammad) kepada orang beriman.” (surah Al-Baqarah  2:223)
3.      Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya. Sebagaimana firaman Allah SWT yang bermaksud:
“… Maka perempuan-perampuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… (Surah An-Nisa’ 4:34)
4.      Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan izinnya terlebih dahulu.
5.      Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6.      Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7.      Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8.      Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9.      Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

TIPS MENGATASI KEMURUNGAN

Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression, ini terbahagi kepada pelbagai jenis mengikut tahap dan kecenderungannya. Namun kemurungan yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu; Major Depression, Mild Depression, dan Manic Depressive.

Punca

- Sosialisasi keluarga
- Faktor genetik
- Kehilangan sesuatu yang amat disayangi
- Penyakit yang berpanjangan
- Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri
- Rasa rendah diri yang keterlaluan
- Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul

Tips Mengatasi Kemurungan
- Belajar menjadi tenang dan bersabar
- Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai
- Perancangan tugas agar teratur
- Jangan terlalu mengharap diri sendiri
- Elakkan bersendirian. Habiskan masa dengan orang tersayang
- Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif
- Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif.
  (sumber:cintadearhaniey)

25 Februari 2011

Remaja dan alkohol

 


 
Penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata tidak dapat membanteras penyalahgunaan alkohol sebaliknya ia perlu mendapat kerjasama masyarakat terutama umat Islam. - Gambar hiasan

MENGAMBIL, menyalahgunakan, ketagihan dan kebergantungan kepada bahan seperti alkohol adalah terma-terma yang digunakan dalam menerangkan tingkah laku pengambilan bahan berkenaan.
Walaubagaimanapun dalam Islam pengambilan bahan terlarang ini adalah haram dan satu dosa besar. Tetapi dalam keadaan ini terdapat sebilangan kalangan remaja yang telah terjebak sama ada pernah ingin cuba-cuba atau sehingga menjadi ketagihan.
Keterlibatan remaja dalam salah laku ini memberi kesan yang mendalam kearah keruntuhan generasi muda Islam yang diharapkan akan menjadi pewaris kelak dan yang dapat mempertahankan kedaulatan amalan cara hidup Islam di muka bumi ini.

Remaja didedahkan dengan penggunaan alkohol ini adalah melalui jaringan sosial (seperti kelab hiburan, acara sambutan perayaan, rakan sebaya, mudah didapati secara terbuka di tempat kerja/awam dan juga tarikan cara hidup).

Keseriusan keterlibatan remaja Islam dalam alkohol walaupun belum sampai kepada ketagihan melampau tetapi sudah ada yang telah mencubanya. Perbuatan ini tidak terbatas kepada remaja bandar mahu pun luar bandar, miskin atau kaya, berpendidikan atau tidak.

Kalangan remaja yang ditemui yang telah mencubanya banyak yang tidak faham dan ada setengahnya pula saja-saja buat tidak faham dengan bertanyakan:

  • "Minum sikit atau banyak tetapi tidak memabukan jadinya tak salah lah?
  • "Diminum oleh kanak-kanak bawah umur tu salah tapi kalau dah dewasa tak apa?"
  • "Sekiranya meminumnya akan membawa kepada mudarat seperti penyakit maka baru salah?
  • "Minum untuk berikan ketenangan dari masalah dan macam ubatlah tak apa?"
  • "Masa muda tak apa minum tapi dah tua boleh bertaubat?
  • "Orang Islam lain pun minum?
  • "Orang besar-besar atau artis pun minum?"
  • "Ada jual kat mana-mana, hotel, kedai serbaneka 24 jam dan atas kapal terbang pun free lagi?"
Bahaya kesan penyalahgunaan alkohol

Di antara beberapa bahaya kesan dari penyalahgunaan alkohol dalam kalangan remaja:
  1. Salah satu daripada dosa besar dan mesti bertaubat.
  2. Kunci kepada melakukan salah laku jenayah dan maksiat lain.
  3. Penyakit sosial dan mental (psikologikal).
  4. Alkohol akan mengurangkan keupayaan minda untuk memberi fokus.
  5. Remaja yang minum selalunya akan juga mengambil dadah berbeza dengan orang dewasa yang hanya minum
  6. Remaja yang didedahkan dengan meminumnya di peringkat awal lagi akan menjadi ketagih walaupun bekerja atau melanjutkan pelajaran.
  7. Ramai remaja yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terlibat daengan dadah atau alkohol atau kedua-duanya.
  8. Remaja yang minum akan jadi kemurungan dan memberi kesan kepada tindak membunuh diri kelak.
  9. Remaja yang minum dan mabuk mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual, seksual tidak selamat, sex party atau mangsa rogol)
  10. Kesan kepada masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan.
  11. Mudah terjebak dalam penyalahgunaan jenis-jenis dadah lain
  12. Bagaimana menghalang anak remaja daripada terjebak?
  13. Komunikasi yang jelas - ibu bapa mesti mendekati anak-anak melalui kemahiran komunikasi yang berkesan.
  14. Pemantauan aktiviti dan rakan kenalan anak.
  15. Pembabitan anak dalam aktiviti kokurikulum.
  16. Mengajar anak-anak kemahiran sosial seperti pengurusan stres, membuat keputusan dan kawalan kendiri.
  17. Memberi pendidikan terutamanya agama bagi menyediakan anak yang berakhlak dan soleh.
  18. Bagaimana Remaja Terlibat?
  19. Pertamanya faktor remaja itu sendiri -sejauh mana personaliti, pendidikan, amalan agama dan kemahiran mereka dapat membantu tidak terlibat.
l Ingin cuba-cuba atau eksperimen - Biasanya remaja yang dipengaruhi rakan sebaya, ingin tahu atau suka kepada cabaran 'yang bodoh' dan boleh 'gah' yang dia dah pernah cuba dan rasa hebat diri berbanding dengan rakan lain yang takut memcuba?

l Bersosial - kerana kawan, atau inginkan diterima oleh rakan sebaya lain. Setengahnya melihat sekadar bersosial suka-suka sahaja.

l Penggunaannya sebagai rawatan - seperti mendapati bahawa alkohol dapat membantu menukarkan mod yang positif dan meghilangkan kedukaan, kesunyian, stres dan masalah.

l Ketagihan - merupakan peringkat di mana remaja mendapati bahawa perubahan secara psikologikal dan fisiologikalnya bergantung kepada alkohol.

l Kompulsif - apabila berlaku perubahan pada kefungsian otak terutamanya bahagian yang mengawal emosi dan motivasi sudah bergantungan kepada alkohol.

Kesimpulan
Pengambilan alkohol dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi dan ini adalah satu gejala yang sangat tidak sihat berlaku pada remaja Islam kita.

Oleh kerana faktor individu remaja dan persekitaran sama-sama memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada gejala ini maka perlu difikirkan cara terbaik menjauhkan daripada merosakkan lagi ramai akhlak anak muda kita.

Contohnya, alkohol ini boleh didapati secara terbuka. Tidak kurang juga remaja kita yang bekerja mencari rezeki dengan majikan yang melibatkan dalam penjualan dan juga menyediakan minuman alkohol kepada pelanggan dan ini perlu dihentikan.

Sayangilah anak bangsa kita dan atas kesedaran dan usaha kita ini insya-Allah dapat membangunan golongan muda yang berakhlak dan menjadi khalifah di muka bumi ini. (sumber: forum, UM 24/2/11)

Lengkapkan ilmu imam dan makmum


DALAM kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW menerusi hadisnya menjelaskan mengenai manfaat sembahyang berjemaah. Melalui hadis itu Rasullullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).

Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksaan kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa."

Demikianlah betapa besarnya kelebihan yang diperoleh mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah.
Malah sebenarnya, fadilat solat berjemaah itu tidak ada noktahnya. Ia sentiasa bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar.

Ini kerana bagi yang solat berjemaah, mereka bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadilat dan keuntungan sampingan yang lain lagi, mengukuhkan hubungan sesama individu yang bersolat, ketenangan, pahala iktikaf dan pahala berjalan ke masjid, selain banyak lagi yang bersangkutan dengan aspek duniawi dan ukhrawi.

Ganjaran besar itu kerana solat adalah anugerah yang begitu istimewa. Apa lagi perintah mendirikan solat disampaikan secara terus daripada Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW.
Kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah mestilah memperkasakan diri untuk mencapai kesempurnaan dalam solat berjemaah.

Kesempurnaan tidak akan berhasil selagi individu itu tidak menguasai ilmu. Imam yang mengetuai solat berjemaah juga perlu mempunyai ilmu seperti syarat sah menjadi imam, jenis imam dan sunat yang dituntut kepada imam semasa solat.

Begitu juga dengan makmum, mestilah mengetahui syarat sah mengikut imam, cara mengikut imam jika terlepas satu atau lebih rakaat serta cara menegur imam sekiranya melakukan kesilapan dalam solat.
Buku Solat Berjemaah Mencapai Fadilat Melalui Kaifiat tulisan Ahmad Faisol Omar yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. berusaha mengungkap sisi keilmuan dalam melaksanakan ibadat solat untuk rujukan kepada imam dan makmum.

Syarat, penjenisan, peraturan dan hukum-hakam yang dikemukakan di dalam buku ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan penyelesaian terhadap kemusykilan yang sering melanda para Muslim ketika mendirikan solat berjemaah.

Buku setebal 148 muka surat ini menghuraikan pelbagai persoalan tentang solat jemaah yang dibahagikan kepada lima bab. Pada setiap bab, penulis pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil bagi memudahkan rujukan. Contohnya, jika pembaca ingin mengetahui bagaimana cara untuk menegur imam yang melakukan kesilapan dalam solat, maka bolehlah merujuk kepada tajuk kecil Menegur dan Membetulkan Imam dalam Bab 4, Hubungan Imam dan Makmum.

Selain itu, penulis turut memberi jaminan bahawa fakta, hukum dan kaifiat beribadat tentang solat berjemaah yang dihuraikan dalam buku ini adalah berdasarkan rujukan kitab yang muktabar.
Kupasan yang ditampilkan dalam menangani setiap permasalahan berteraskan keilmuan Imam Syafie, sekali gus menjadikan buku ini sesuai menjadi rujukan kepada umat Islam di negara ini. (sumber: forum, UM, 25/2/11)

24 Februari 2011

ULANGTAHUN PERKAHWINAN: DOA

Tanggal 24 Februari adalah tanggal keramat yang menghiasi sejarah hidup Ummi kerana  hari ini adalah ulang tahun perkahwinan Ummi Nessa bersama suami tercinta.  Doa dari pengunjung blog  Ummi Nessa diharapkan dapat mendoakan kebahagiaan hidup Ummi Nessa bersama suami.  Ummi Nessa bersyukur ditakdirkan dapat melayari bahtera rumah tangga dengan liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.  Ummi tahu tidak mudah untuk mengapai bahagia jika tiada kasih dan sayang serta cinta bertolak dari CINTA HAKIKI yang melahirkan CINTA SEJATI.  

Walaupun kehidupan kami sederhana tapi kami cukup bahagia . Itulah amalan kami bersama.  Banyak ranjau yang kami perlu lalui di hari muka.  Ummi berharap kebahagiaan kami mendapat restu dari semua pihak yang mengenali Ummi.

Lagu Endang S. Taurina dan M. Shariff  Rinduku Rindumu adalah lagu yang sering menemani Ummi saat berjauhan dengan suami tersayang. Semoga perkahwinan kami hingga ke penghujung nyawa. 

22 Februari 2011

Berkualitikah ustaz lulusan Mesir?


UNIVERSITI-UNIVERSITI di Mesir banyak melahirkan tokoh-tokoh agama di Malaysia suatu ketika dahulu.
Tidak dinafikan Mesir merupakan salah satu destinasi pilihan dalam pengajian agama di kalangan pelajar Malaysia.
Namun sejak kebelakangan ini, semakin banyak kedengaran suara-suara yang tidak enak didengari mengenai pelajar-pelajar kita di Mesir.

Kualiti pelajar keluaran Mesir terutama dari bidang agama semakin diragui. Umum mengetahui sistem jadual dan pengajaran di Mesir agak longgar dan agak tidak menitikberatkan soal kedatangan. Keadaan ini sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar untuk menimba sebanyak ilmu yang mungkin.
Akan tetapi, bagi pelajar-pelajar yang kurang rajin (malas), keadaan sebegini semestinya membuatkan mereka tidak menghadiri kuliah-kuliah di universiti.

Akhirnya, graduan-graduan yang dilahirkan kurang berilmu apabila pulang ke Malaysia kelak. Padahal, majoriti masyarakat awam Malaysia masih memandang tinggi graduan-graduan yang dilahirkan dari Mesir.
Secara tidak langsung, fenomena ini dapat menimbulkan fitnah kepada 'orang-orang agama' lebih-lebih lagi apabila mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam institusi agama di Malaysia.

Sebagai perbandingan secara kasar, sebanyak 1,000 graduan dari Mesir menamatkan pengajian mereka setiap tahun.
Tetapi terlalu sedikit yang kita lihat mereka menjadi suara-suara di barisan hadapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. Ke mana perginya graduan-graduan Mesir yang lain?

Apakah mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup untuk memperjuangkan dakwah dengan menerangkan asas-asas Islam yang sahih kepada masyarakat? Persoalan ini bukan untuk merendahkan graduan-graduan Mesir, sebaliknya ambillah sebagai kata semangat dan perangsang untuk mengembangkan pemahaman agama Islam yang tulen di kalangan masyarakat. Percayalah, masyarakat amat memerlukan input- input agama dari anda semua.

Kepada pihak kerajaan, saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita menghantar pelajar-pelajar ke Arab Saudi. Dengan keadaan negara Mesir yang masih bergolak, inilah masa yang sesuai untuk kita menghantar lebih banyak ke Arab Saudi. Mereka juga kebelakangan ini mempunyai banyak unverisiti yang berprestij seperti Ummul Qura' dan Universiti Islam Madinah.

Kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak ke Timur Tengah, didiklah mereka agar ikhlas dan berdisiplin dalam menuntut ilmu. Janganlah apabila pulang ke tanah air nanti, minda mereka kosong. Percayalah apabila seseorang graduan dari Timur Tengah meletakkan kopiah di kepala, masyarakat akan terus mengangkat mereka sebagai 'ustaz' biarpun pengetahuan agama tidak seberapa.

Kepada graduan-graduan Timur Tengah, ikhlaslah dalam menuntut ilmu dan bawalah pulang permata-permata yang berguna untuk masyarakat di Malaysia.
(sumber: UM, 22/2/11)

20 Februari 2011

SJN. A. KADIR SALOT 31183 DAN ISTERI, SANIMAH ARIFFIN KE RAHMATULLAH : AL FATIHAH!

Innalillahi wainalillahi rajuun

Tanggal 18 Februari  2010, adalah tanggal yang  tidak dapat Ummi Nessa  lupakan hingga akhir hayat.  Mak tercinta telah menghembuskan nafasnya yang terkahir jam 6.40 petang di Hospital Besar Melaka kerana masalah fungsi hati. Mak meninggalkan 4 anak Abang Mahzer, Ummi Nessa, Maryantee  dan Mohd. Muhailey serta  4 cucu yang masih kecil Nur Qistina , Nur Qhairul Nisa, Akila Auni dan Aliya Adriana.  Disaat kami  bermanja dengan mak, Allah lebih menyayanginya.  Kami akur dan reda.

Nama mak Ummi Nessa ialah SANIMAH BINTI ARIFFIN  dilahirkan di Tebung , Melaka dan menikah dengan A. Kadir bin Salot (43 tahun yang lalu) mereka dikurniakan 5 cahayamata iaitu Mahzer, Mahnessa, Maszri, Maryantee dan bongsu Mohd. Muhailey.  Kesemua cahayamata mak dan abah  telah mendirikan rumah tangga kecuali adik kami Masri yang meninggalkan kami pada 3.3.2006 yang lalu. Sejak dari itu, kesihatan mak sering terganggu kerana kerinduan pada anak-anaknya khusus pada anaknya yang tidak akan kembali lagi selama-lamanya. Akhirnya  abah ( A. KADIR BIN SALOT ) juga mengikuti mak pada 02.09.2010 lalu jam 4.30 petang di Hospital Univrersiti Kebangsaan Malayisa  ketika umat Islam sibuk menyambut Hari Raya Aidul Fitri. Mak dan abah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sempang Pantai Merlimau Melaka.

Mak seorang yang tegas, garang tetapi penyayang.  Namun, mak banyak menyimpan impian yang tidak kesampaian. Mak pernah menetap di Kedah, Ulu Kinta dan Bakri Kem Muar.  Ummi Nessa merindui leteran mak selama ini.  Leteran mak bagi Ummi Nessa adalah hiburan kerana diakhir leterannya, Ummi Nessa sering membuat mak tertawa.  Ummi Nessa teramat merinduinya.

Tiada terdaya jari ini menaip untuk disiarkan dalam blog.  Namun dengan kekuatan diri dan rasa tanggungjawab Ummi Nessa gagahi juga.  Pesanan mak yang tidak dapat Ummi Nessa lupakan adalah Ikhlas dan bertanggungjawab terhadap suami seta keluarga dan menghidang makanan atau minuman jangan sesekali menggunakan barangan plastik kerana tiada penghormatan katanya.  Mak, Icah rindu mak.

Ummi Nessa selaku anak beliau ingin memohon kemaafan  serta halalkanlah makan minum beliau kepada sesiapa yang mengenalinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah mak dan abah serta diampunkan Allah segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan selama hayatnya. AL-FATIHAH.